
Mungkin tiba maanya untuk kita pakai pelitup muka sekali lagi apabila berada di tempat sesak? Apa tidaknya, negara kini berdepan dengan peningkatan kes Influenza A atau selesema bermusim yang semakin membimbangkan.
Mungkin sebelum ini penyakit ini lebih sinonim dengan kanak-kanak, kini semakin ramai orang dewasa turut menjadi mangsa. Walaupun kelihatan seperti ‘sekadar selesema’ biasa, namun Influenza A sebenarnya boleh jadi lebih serius.
Penghidapnya boleh berdepan demam panas, sakit badan, dan keletihan melampau sehingga pesakit terpaksa berehat seminggu.
Situasi ini bukan sahaja isu kesihatan, tetapi turut menjejaskan produktiviti kerja. Ramai pesakit mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya, malah ada yang perlu mengambil cuti panjang.
Lebih membimbangkan, jenis virus yang menular kali ini dikatakan lebih agresif daripada biasa, menjadikan Influenza A sebagai ancaman kesihatan awam yang tidak boleh dipandang ringan.
Terdapat empat jenis virus influenza yang telah dikenal pasti iaitu Influenza A, B, C, dan D. Namun hanya dua jenis utama — Influenza A dan B — yang biasanya menyebabkan wabak setiap tahun. Daripada dua ini, Influenza A dianggap paling “berbisa” dan mudah menular.
Menurut pegawai perubatan, Dr. Zul, antara Influenza A dan B, hanya satu yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan — dan itulah jenis yang paling berbahaya iaitu Influenza A.
“Antara influenza A dan B, hanya satu daripadanya yang boleh disebarkan melalui manusia dan binatang. Yang lagi satu, ia hanya boleh merebak melalui manusia sahaja,” jelasnya dalam satu perkongsian di TikTok.
“Yang boleh merebak menerusi binatang tu adalah versi influenza yang lagi sakit, ‘barai’, ‘rabak’, ‘kopak’ semua tu. Ia juga senang bermutasi dengan cepat dan banyak strain (varian).”
Dr. Zul turut menjelaskan bahawa Influenza B hanya mempunyai dua strain utama iaitu Yamagata dan Victoria, manakala Influenza A boleh bermutasi kepada pelbagai varian baharu. Inilah sebab mengapa jangkitan Influenza A sering membawa simptom yang lebih berat dan cepat merebak.
@mediczul A or B? Which on is worse? #influenza #medical #gp #mediczul #virus ♬ original sound – Vitamin-Z | Medical Doctor – MedicZul | Medical Doctor
Antara simptom biasa yang dikaitkan dengan Influenza A termasuk:
Bagi kebanyakan orang, simptom ini boleh berlangsung hingga seminggu atau lebih. Namun bagi golongan berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak kecil, ibu mengandung dan pesakit kronik, komplikasi seperti pneumonia boleh berlaku jika tidak dirawat segera.
Walaupun keadaan masih terkawal, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai agar kekal berwaspada. Antara langkah penting yang disarankan termasuk:
BACA DI SINI: Cara Tingkatkan Pace Larian Dalam Tempoh Sebulan
Influenza A bukan sekadar “demam biasa”. Ia penyakit berjangkit yang boleh menyerang sesiapa sahaja, terutama ketika perubahan cuaca dan musim hujan.
Jika anda mula rasa badan seram sejuk, sakit kepala dan sendi, jangan tunggu — dapatkan rawatan segera. Ingat, pencegahan lebih baik daripada terlantar seminggu di katil.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.