Pandangan pertama akan menentukan kejayaan sesuatu hubungan kerana tanpa grooming, individu yang ingin didekati mungkin tidak berminat dengan anda.
Tambahan pula anda harus percaya dengan ungkapan ‘dari mata jatuh ke hati’ kerana setiap wanita mahupun lelaki akan lebih tertarik pada rupa atau impresi pertama.
Apa yang menarik perhatian mereka mungkin berbeza dari satu wanita kepada wanita yang lain namun kesemua mereka sepakat mementingkan pemerincian gaya dalam setiap penampilan.
Ads
Sehubungan itu, Maskulin kongsikan 5 perkara yang boleh memberikan impresi baik atau buruk tentang diri anda pada si dia. Jadi berhati-hatilah pada pandangan pertama!
1. Bulu hidung, telinga dan kening
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat. Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
Ads
2. Gigi
Gigi anda adalah salah satu daya menarik bagi seseorang wanita kerana mereka kerap berada pada paras tersebut dan duduk di meja bertentangan, maka itulah perkara yang mereka akan perasan selalu. Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menggemari lelaki yang bergigi putih
3. Bulu leher
Wanita dengan segera akan perasan apabila seseorang lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda. Singgah kedai gunting seketika untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah menggunting rambut anda untuk memperkemaskan penampilan.
Ads
4. Kuku jari
Hubungan peribadi dan profesional semuanya bermula dengan berjabat tangan – oleh itu penggayaan kuku anda juga haruslah berada pada tahap yang setanding dengan profesionalisma anda. Tiada wanita yang ingin keluar bertemujanji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti tinggal di hutan berbulan lamanya.
5. Wangian dan pewangi
Wanita ini cepat perasan jika anda memakai bau-bauan yang berlebihan. Bukan sahaja berkenaan pewangi anda tapi juga berkenaan mandian badan yang anda kadangkala pakai selepas pulang dari gimnasium.Gunakan mandian badan tanpa bau yang kuat seperti mandian badan yang bebas dari wangian. Pasti terasa segar.!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Itu sahaja sebenarnya yang menjadi pemisah kepada seorang lelaki untuk tampil kemas bak the true gentlemen atau selekeh. Pengayaan atau fesyen itu penting namun jika penjagaan diri sahaja sudah gagal bermakna anda tidak ada kesungguhan untuk tampil kemas.
Pada zaman kini grooming dan penjagaan kulit bukan lagi satu perihal yang eksklusif untuk wanita sahaja. Lelaki moden berkerjaya dalam bidan profesional harus sentiasa peka dengan penjagaan diri. Ia harus seimbang. Penampilan dan penjagaan diri.
Tiada guna juga jika penampilan kemas dengan pakaian menarik tapi bau badan yang boleh membuatkan orang lain menutup hidung.
Jika anda ingin menjadi ‘the true gentlemen’ ikuti beberapa perkongsian MASKULIN di bawah.
Percaya atau tidak terdapat ramai lelaki yang tidak gemar menggunakan deodoran atau anti perspirant. Mungkin ada sahaja alasan yang mereka berikan. Sebagai lelaki kita sebenarnya akan mengeluarkan peluh yang banyak dan itu akan menyebabkan badan berbau.
Anda juga perlu pandai bezakan antara deodoran dan antiperspirant.
Bukan sukar pun untuk kita lakukan sebenarnya. Apa kata sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, anda potong kuku terlebih dahulu. Lakukan setiap minggu dan jadikannya seagai rutin. Pasti kuku akan sentiasa pendek dan terjaga rapi.
Wajah adalah poin utama yang diperhatikan oleh sesiapa sahaja yang berkomunikasi dengan kita. Oleh itu ia perlu dijaga sebaiknya bagi memberikan persepsi yang baik. Jika bulu hidung mengurai manja keluar ia pasti kelihatan agak menggelikan. Trim atau potonglah buku hidung atau telinga agar ia tidak terlalu panjang.
Sesetengah orang berdepan dengan masalah ini tapi tidak menyedarinya. Iylah, bau nafas sendiri memang suka runtuk kita rasa sendiri kerana sudah biasa. Makanan yang terlekat di antara celahan gigi boleh menjadi punca utama mulut berbau.
Amalkan berus gigi sebanyak 2 atau 3 kali sehari. Termasuklah jika anda berada di pejabat. Atau anda boleh menggunakan gula-gula getah berpudina untuk mengawal baunya.
Ingin berambut panjang? Tidak salah sama sekali. Namun biarlah ia kemas dan dipotong atau trim dengan rapi, Begitu juga dengan jambang atau janggut. Usah biarkan ia tumbuh berselirat di atas wajah anda. Selain itu anda perlu cuci rambut dan jambang dengan kerap.
Jika anda mencari produk grooming lelaki yang murah dan berpatutan, boleh dapatkannya di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ya, anda boleh melakukannya sendiri. Berikut langkah-langkah yang boleh anda lakukan. Selamat mencuba!
JANGAN LAKUKANNYA TERLALU KERAP
Membasuh rambut terlalu kerap menghilangkan minyak semula jadi daripada kulit kepala anda, dan mengakibatkan kesan sebaliknya; akar rambut menjadi lebih berminyak.
LARASKAN SUHU AIR
Air seharusnya suam atau sejuk, jangan sekali-kali terlalu panas; haba berlebihan boleh menyebabkan rambut anda kering.
JIMATKAN SYAMPU
Amaun syampu yang sama dengan 1/4 daripada tapak tangan anda cukup untuk rambut anda. Hanya gunakannya sekali, agar rambut tidak menjadi berat.
URUT PERLAHAN-LAHAN
Dengan gerakan membulat, gosok syampu selama lebih kurang 20 saat. Biarkan syampu mengalir turun ke hujung rambut.
BERI PERHATIAN KEPADA PERAPI
Tidak seperti syampu, perapi hanya perlu digosok pada rambut dan hujungnya. Biarkan perapi itu terperap pada rambut anda selama 5 hingga 7 minit.
INGAT, KURANG ADALAH LEBIH BAIK
Amaun yang bersamaan dengan satu sudu kecil sudah cukup untuk rambut pendek. Untuk rambut yang sederhana panjang hingga panjang, setengah sudu besar sudah memadai.
BILAS RAMBUT ANDA DENGAN SEMPURNA
Pastikan semua sisa dibersihkan. Bilas rambut anda sekali lagi dengan air sejuk; kejutan terma daripada perubahan suhu menjadikannya lebih berkilat!
AKTIFKAN PEREDARAN PADA AKAR
Semasa masih lagi berada di dalam bilik mandi, gunakan sikat untuk meleraikan kekusutan rambut perlahan-lahan, sentiasa dari hujung rambut ke bahagian tengah rambut.
Selamat mencuci rambut!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak kira sama ada lelaki atau wanita, kebersihan muka harus dijaga untuk kelihatan lebih kacak dan beryakinan tinggi.
Tak susah mana pun sebenarnya. Jika malas menggunakan kaedah tradisional, anda boleh juga membeli produk pembersihan yang ada dijual di pasaran.
Berikut adalah 7 jenis produk lelaki yang boleh dicuba keberkesanannya :
1. Nivea Men Whitening Oil Control Foam 150 gm
Nivea Men memberikan anda pengalaman mencuci muka yang menakjubkan seperti menjadikan kulit anda kelihatan lebih bermaya dan berseri sepanjang hari. Tekstur buih yang terkandung di dalamnya turut memberikan pembersihan yang mendalam pada kulit wajah anda selain menjadikan kulit muka bebas minyak. Pencuci muka ini mempunyai 10 kali ganda efek yang mampu mencerahkan kulit muka anda. Harga di pasaran sekitar RM14.70.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit biasa
2. Garnier Men Turbolight White & Oil Control Icy Duo Foam 100ml
Pencuci muka ini mempunyai buih mencuci dengan kesan tindakan sebanyak dua kali. Produk ini mampu membersihkan liang pori dengan baik kerana di dalamnya terkandung bahan seperti tanah liat putih. Selain boleh menjadikan kulit muka anda bebas minyak dan kotoran hanya dengan sekali cucian, ia turut mampu menjadikan kulit muka anda lebih cerah berseri dengan adanya icy mineralite complex. Harga di pasaran sekitar RM16.93.
Pencuci muka ini mempunyai ekstrak Aloe Vera sebagai komponen utamanya. Kandungan ini merupakan bahan semulajadi antibakteria dan anti-radang yang mampu melegakan kulit sensitif. Bukan sahaja dapat membersihkan kulit muka tetapi ia juga merawat kulit muka yang bermasalah. Pembersihannya yang mendalam mampu membersihkan segala kotoran yang tersumbat pada liang pori muka dan juga mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. Pencuci muka ini sesuai digunakan untuk kaum wanita dan juga lelaki yang mempunyai masalah kulit sensitif dan juga mengekalkan keremajaan pada kulit wajah. Harga di pasaran sekitar RM17.50.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit penuaan
4. L’Oreal Men Expert White Activ Cleansing Foam 100ml
Pencuci muka ini diperkaya dengan Pro Exfoliatine iaitu agen mengupas yang dapat membuang kotoran pada permukaan kulit untuk memastikan proses pembersihan dapat dilakukan dengan teliti sekali gus memberikan seri pada kulit wajah agar kekal berkeyakinan sepanjang hari. Produk ini direka khas untuk lelaki yang mempunyai jenis kulit kering yang melampau selain mampu memberikan kulit yang cerah secara semulajadi. Pencuci muka ini bukan sahaja untuk kulit kering, tetapi ia juga untuk kulit yang normal bagi memberikan perlindungan yang berpanjangan kepada para lelaki yang sering terdedah di bawah sinaran matahari. Harganya di pasaran adalah sekitar RM23.00.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit kombinasi
5. Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash 150ML
Pencuci muka yang dirumus khas untuk memberikan anda kulit yang licin dan bebas dari masalah kulit. Pencuci muka yang menggunakan bahan bebas sabun yang membersihkan kulit anda dengan mengeluarkan minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit muka. Neem terkenal dengan ciri-ciri penulenan dan antibakterianya. Neem mampu membunuh bakteria yang menyebabkan masalah pada kulit dan dengan digabungkan bersama kunyit, ia membantu mengawal jerawat dan menjadikan kulit anda lembut, bersih, segar dan bebas dari masalah. Harga di pasaran sekitar RM28.24.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit berminyak
6. Hada Labo – AHA/BHA Foaming Wash160ml
Pencuci ini sememangnya jenama yang terkenal di negara Jepun. Tekstur buih ringan dan pengunaan 2 kali dalam sehari mampu membersihkan kotoron pada kulit wajah. Selain memberikan muka nampak licin dan cerah dan membantu menanggalkan sel kulit mati, anda tidak perlu bimbang kerana pencuci muka ini bebas dari bahan pewangi, minyak mineral, alkohol dan pewarna. Pencuci muka ini juga menyeimbangkan pH kulit sekali gus mengurangkan kerengsaan pada kulit wajah. Pencuci muka ini sesuai digunakan oleh kaum wanita dan juga lelaki. Harga di pasaran RM35.40.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit kering
7. Physiogel Daily Defence Cleansing Gel Cream 200ml
Pencuci muka ini sesuai untuk yang berkulit alergik, ia telah diuji oleh para dermatologis. Ia mencuci segala kotoran pada muka tanpa mengeringkan kulit muka anda. Memberikan kelembapan yang berpanjangan pada kulit dan kelembutan yang bak sutera. Kelebihan produk ini adalah, ia bebas dari bahan pewangi, preservatif dan pewarna. Pencuci muka yang sangat sesuai untuk yang berkulit kering dan sensitif. Harga di pasaran sekitar RM41.50.
Keutamaan : Terbaik untuk kulit sensitif
Produk-produk di atas adalah pilihan kebanyakan lelaki dan jika anda mahu gunakan produk yang dinyatakan, sila dapatkan rujukan pakar untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang