Ini Sebabnya Kena Henti Makan Pedas Sebulan Dua Kalau Badan Berangin & Emosi Selalu Stres!

Share

Tidak dinafikan ramai yang suka makan pedas. Bak kata orang, lagi pedas, lagi berselera nak menikmati hidangan.

Rupa-rupanya anda tidak digalakkan makan pedas ketika perut tidak sihat kerana ia boleh mengaktifkan mod stres.

Dr Hafiz Sulaiman menerusi laman Facebooknya berkongsi sebab-sebab anda diminta untuk berhenti makan pedas untuk sebulan dua bagi mengelakkan badan rasa sakit dan stres.

Ini perkongsiannya. Semoga bermanfaat.

Nak kabo simple je. Kalau ada angin badan sakit-sakit… emosi sokmo stres… stop lah dulu makan pedas sebulan dua.

Risiko pelbagai penyakit muncul

Capsaicin dalam cili boleh rangsang saraf kita. Jika perut tak sihat, ia boleh aktifkan “mode stress”. Banyak risiko penyakit muncul tuan-puan.

Radang Gastrik. Sensitif usus IBS. Radang usus IBD.
Radang perut dan usus.
Leaky gut.
Cetus simptom penyakit autoimun.
Terukkan Alergi macam ekzema, resdung, asma.

Lepas perut dah sihat balik. Takde hal makan berpada.

Saya biasa buang biji cili sebab situ paling banyak capsaicin. Capsaicin ni ada manfaat tapi kena tahu risiko juga.

Know your limit.

Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.

IKLAN