Inisiatif Anak Muda Menawarkan #CarpoolGE14 di Twitter Untuk Pulang Mengundi Dapat Sambutan

Share

 

Rakyat Malaysia ni memang terkenal dengan budi pekerti dan sopan santunnya. Memang tu lumrah dari dulu pun. Baru-baru ni satu kumpulan anak muda telah menyediakan satu website untuk anak muda pulang mengundi di kawasan masing-masing. Ini bagi yang bekerja di Kuala Lumpur dan pusat mengundi mereka jauh sehingga memakan perjalanan berjam-jam.

 

 

Saat diumumkan pilihanraya ke 14 ini akan diadakan pada hari rabu 9 Mei, mulalah rakyat Malaysia tak tentu arah nak balik mengundi ataupun tidak kerana kesuntukan masa. Ketika itu, topik ini hangat diperkatakan di laman twitter sehingga anak muda menggunakan hashtag #pulangMengundi.

 

Ia bermula dari seorang di Twitter yang menawarkan carpool untuk pulang ke kampung halaman. Dalam tweet tersebut, beliau menawarkan sesiapa sahaja yang tidak dikenali untuk menumpang beliau ke kampung halaman. Ternyata ia mendapat sambutan hangat apabila mereka yang lain meminta dan menghulurkan bantuan bertanyakan kepada sesiapa yang nak ke pusat mengundi yang sama.

Demi memudahkan perbualan dan pencarian, sekumpulan anak muda telah membuka satu website di Twitter, Instagram dan Facebook kepada mereka yang ingin ke pusat mengundi dan tiada pengangkutan awam. Kira ini bantuan sesama rakyat la. Korang yang masih tak ada pengangkutan dan nak tumpang geng-geng ni, boleh ke Twitter dengan menggunakan #balikmengundi dan #CarpoolGE14 ataupun ke carpool.pulangmengundi.com

Kalau Sabah/Sarawak tu maaf lah, korang kena naik flight jugak 🙂

 

Cayalah anak muda Malaysia! Keep it up!

Selamat pulang mengundi!

IKLAN