
Taman awam memainkan peranan penting dalam membentuk gaya hidup sihat dan harmoni dalam kalangan masyarakat bandar.
Di tengah kesibukan kerja dan tekanan kehidupan moden, taman awam bukan sekadar ruang hijau tetapi menjadi tempat untuk bersosial, beriadah serta menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Ia menyediakan persekitaran kondusif bagi komuniti menjalankan aktiviti kecergasan seperti berlari, berbasikal dan bersenam. Sekali gus memperkukuh hubungan sosial serta meningkatkan kesejahteraan hidup.
Di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur, wujud satu ruang hijau yang semakin menjadi tumpuan golongan aktif iaitu IWK Eco Park @ Pantai Dalam.

Terletak hanya beberapa minit dari pusat bandar, taman ini bukan sekadar lokasi riadah biasa tetapi simbol keseimbangan antara pembangunan moden dan kelestarian alam sekitar.
Dengan akses mudah melalui lebuh raya utama dan pengangkutan awam, IWK Eco Park kini diramal menjadi pilihan ideal bagi warga kota yang mahu bersukan atau bersantai selepas waktu kerja tanpa perlu meninggalkan kawasan metropolitan.
Lebih menarik, taman ini dibina di atas Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2 menjadikannya antara projek paling inovatif di Malaysia.
Ia mengubah tapak utiliti kepada kawasan hijau dan berfungsi untuk komuniti, sekali gus membuktikan bahawa kemudahan infrastruktur juga boleh diintegrasikan dengan gaya hidup sihat dan mesra alam.

Fasiliti Untuk Semua Golongan
IWK Eco Park menampilkan pelbagai kemudahan sukan dan riadah yang sesuai untuk semua peringkat umur dan minat. Di antara tarikan utamanya yang ditawarkan di IWK Eco Park seperti berikut:
- Arena IWK (padang bola sintetik) – direka untuk permainan bola sepak siang atau malam dengan permukaan tahan lasak dan selesa sepanjang tahun pada kadar sewaan berpatutan.

- Gelanggang Futsal atau Netbal – ruang serba guna bagi aktiviti intensif yang menguji stamina dan semangat berpasukan.

- Gelanggang Pickleball – menawarkan sukan baharu yang kini menjadi fenomena global dengan menggabungkan elemen strategi dan keseronokan.
- Gelanggang Tenis dan Badminton – disediakan untuk mereka yang sukakan cabaran teknikal serta fokus mental.

- Gelanggang Volleyball – ideal untuk aktiviti komuniti atau kejohanan santai.

- Trek Jogging – dikelilingi kehijauan semula jadi yang menawarkan suasana tenang untuk berjalan atau berlari.

- Taman Permainan Kanak-Kanak – menawarkan ruang selamat dan menyeronokkan untuk si kecil bermain sementara ibu bapa beriadah.

- Dewan Merbau dan Dewan Chengal – merupakan dewan serbaguna lengkap bagi penganjuran acara korporat, majlis perkahwinan atau aktiviti komuniti.

- Laman Teratai pula menyediakan kawasan riadah terbuka dilengkapi kemudahan BBQ pit yang sesuai untuk perhimpunan keluarga dan aktiviti luar.

Selain itu, taman ini turut menyediakan kawasan parkir luas dan percuma bagi keselesaan pengunjung.
Komitmen Terhadap Alam Sekitar
Lebih daripada sekadar ruang rekreasi, IWK Eco Park mencerminkan komitmen Indah Water Konsortium dalam memupuk kesedaran kelestarian alam.
Dengan menggunakan teknologi rawatan moden yang selamat dan terkawal, kawasan ini membuktikan bahawa pembangunan boleh berjalan seiring dengan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Pendekatan ini bukan sahaja memperindah landskap bandar tetapi juga mendidik masyarakat tentang pentingnya memanfaatkan semula ruang sedia ada untuk kegunaan awam. Ia sekali gus menjadikan IWK Eco Park sebagai contoh terbaik konsep eco-recreation dalam konteks Malaysia moden.
Komuniti Aktif, Hidup Lebih Bermakna
Bagi penggemar gaya hidup aktif, atlet mahu pun keluarga yang mahu mencari ruang santai di hujung minggu, IWK Eco Park menawarkan sesuatu untuk semua. Ia bukan sekadar taman tetapi pusat komuniti yang menggalakkan gaya hidup sihat, kebersamaan dan keseimbangan mental.
Dengan pelbagai fasiliti sukan moden, suasana hijau yang mendamaikan serta akses mudah dari bandar, IWK Eco Park menjanjikan pengalaman segar yang menggabungkan sukan, komuniti dan kelestarian.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, layari https://ecopark.iwk.com.my atau hubungi 03-2242 0420.
IWK Eco Park bukan sekadar taman rekreasi tetapi simbol harapan untuk masa depan bandar yang lebih hijau, sihat dan lestari. Di sinilah warga kota belajar bernafas semula, satu langkah kecil ke arah kesejahteraan bersama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang









