Nama J Balvin cukup besar dalam industri muzik dan juga fesyen terutama bagi peminat muzik Latin. Dia yang turut digelar sebagai ‘Prince of Reggaeton’ merupakan antara artis papan atas yang paling popular dalam industri muzik Latin.
Dengan populariti yang dimiliki olehnya maka tidak hairanlah banyak jenama yang berlumba-lumba ingin berkolaborasi bersamanya. Sebelum ini beliau pernah melakukan kolaborasi bersama Takashi Murakami, Jordan Brand dan malahan Deepak Chopra.
Terbaru, J dia dikatakan bakal berkolaborasi dengan jenama makanan ringan global, McDonald’s. Ia merupakan kolaborasi terkini yang dijayakan McDonald’s selepas projek hampir sama bersama Travis Scott telah tular dan mendapat sambutan yang luar biasa.
Ads
SENTUHAN TERSENDIRI
Untuk kolaborasi kali ini, McDonald’s merekrut J Balvin untuk memberikan ideanya dengan mencipta ‘signature servings’. Baginya menu pilihan ialah Big Mac yang datang tanpa pickles, kentang goreng bersaiz medium dan Oreo McFlurry sebagai pelengkap menunya.
Ads
Ads
Selain itu, kolaborasi ini turut menyaksikan beberapa barangan eksklusif dikeluarkan bersama. Set istimewa J Balvin ini akan mula berada di pasaran Amerika Syarikat bermula pada 5 Oktober 2020.
Jika anda penggemar kasut atau sneakers pastinya anda tahu tentang populariti luar biasa koleksi kasut adidas Yeezy dalam tempoh beberapa tahun lalu.
Walaupun popularitinya dikatakan agak menurun sejak kebelakangan ini namun setiap model terbaru diperkenalkan di Malaysia pasti laku keras dan habis dijual dalam sekelip mata.
Untuk variasi terbaru, koleksi kasut yang direka oleh rapper terkenal Kanye West ini bakal memperkenalkan colorway terbaru untuk model YEEZY 500 iaitu dengan warna Bone White.
adidas Malaysia menerusi laman Facebook mereka mengumumkan bahawa koleksi terbaru ini akan mula dijual di pasaran Malaysia pada 24 Ogos 2019.
YEEZY 500 Bone White akan dijual secara fizikal di butik adidas Originals dan juga menerusi jualan di atas talian menerusi laman sesawang rasmi adidas Malaysia.
Menurut adidas, koleksi ini akan dilancrkan di hanya dua lokasi iaitu adidas Originals Store Suria KLCC dan adidas Orinals Store Pavillion.
Jika berminat untuk memiliki kasut YEEZY terbaru ini anda perlu beratur dan mendaftarkan diri di dua lokasi tersebut pada 24 Ogos bermula jam 6 pagi.
Hanya sesiapa yang berjaya mendaftarkan diri dan berada di dalam barisan ditetapkan sahaja akan berpeluang untuk membeli kasut tersebut.
adidas YEEZY 500 Bone White dijual pada harga MR900 untuk pasaran Malaysia. Kepada anda yang berminat pergilah beratur untuk meningkatkan peluang memiliki kasut hypebeast ini, ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pilihlah keperluan pakaian asas, praktikal, bergaya serta ringkas untuk dibawa dalam bagasi anda. Namun begitu, sebelum mengemas pakaian, senaraikan terlebih dahulu aktiviti yang akan dilakukan sewaktu bercuti supaya ia bersesuaian dengan tempat dan acara yang dikunjungi.
Antara aspek penting yang perlu difikirkan sebelum anda buat pemilihan pakaian:
-Saiz beg atau bagasi yang sesuai dan muat untuk keperluan yang perlu dibawa (termasuk ruang untuk kelengkapan dandanan diri)
-Cuaca di tempat destinasi anda
-Apa perkara utama yang akan dilakukan di sana
-Durasi percutian
Kita perlu fokus tentang jenis pakaian dan aksesori yang diperlukan serta sesuai, praktikal tetapi masih menarik dan bergaya untuk aktiviti serta acara daripada mula menjejakkan kaki di tempat percutian hingga selamat pulang ke rumah.
Ingat, percutian adalah sesuatu yang ceria. Pastikan anda bawa pakaian dalam warna kegemaran. Kadangkala kita perlu berani mencuba pakaian reka corak atau motif dan tekstur yang baru atau warna terang sebagai salah satu cara untuk menyemarakkan lagi mood percutian.
Namun begitu, bagi mereka yang tidak berani bereksperimen, anda boleh memilih rona neutral seperti hitam, putih, kelabu, biru dan hijau zaitun (olive) yang juga sangat menarik digayakan dengan warna terang dan reka corak. Warna kasut yang paling mudah untuk disuai padan pula adalah hitam, putih ataupun perang (tan).
Tetapi semuanya adalah pilihan individu. Apa yang penting anda bijak serta berani bereksperimen. Pemilihan fabrik pakaian pula adalah untuk keselesaan. Pilih pakaian dalam fabrik yang mudah dijaga (low maintenance). Contohnya fabrik kapas (cotton), linen, denim dan khaki.
Perlindungan kulit dari matahari juga jangan diabaikan. Anda disarankan membawa topi, kaca mata hitam dan paling penting krim pelindung matahari. Kita semua tahu bahawa jika kulit terlalu lama di bawah panahan matahari, proses penuaan akan lebih mudah berlaku serta kesan-kesan sampingan yang lain.
Cadangan pakaian bagi percutian yang panjang
-2 helai jean – biru, kelabu, hitam atau putih
-Sehelai seluar pendek
-Sehelai chinos
-Sehelai seluar formal (dress pants)
-2 kemeja polo
-2 kemeja
-Sepasang but atau kasut untuk beriadah
-Sepasang loafers
-Sehelai blazer
-Sehelai sweater
-Stoking dan pakaian dalam (underwear) untuk 7 hari
-Sepasang stoking sukan
-Pakaian untuk ke gym
-Pakaian untuk berenang
Cadangan pakaian untuk cuti hujung minggu (3 hari)
-Sehelai blazer
-Sehelai kemeja jalur (striped shirt)
-2 helai kemeja kasual – polo atau kemeja-t
-Sehelai chinos
-Sehelai jeans
-But atau kasut untuk beriadah
-3 pasang stoking – sekurangnya sepasang stoking sukan
-2 helai pakaian dalam (underwear)
-Pakaian renang
-1 tali pinggang
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Wangian yang wangi itu sentiasa buat sesiapa senang dengan anda. Malaysia mempunyai suhu yang tidak stabil dan sering menyebabkan hormon pada badan anda tidak menentu. Ada kalanya anda akan berasa badan anda segar walhal, badan anda hamis dan kurang selesa untuk didekati.
Wangian merupakan jalan terbaik untuk menutup aib anda ketika anda keluar bersama teman rapat mahupun kekasih. Tentu anda tidak mahu pasangan anda lari dari anda kan? Ini antara wangian yang boleh anda gunakan untuk buat si dia atau teman rapat anda selesa untuk bergaul dengan anda:
Wangian yang bersifat segar ini sesuai untuk digunakan secara harian. Jika anda mengenakan wangian ini dalam 2-3 semburan pada awal pagi, ia masih kekal segar pada badan anda sepanjang hari walaupun anda masih belum balik serelah lewat malam.
Missoni Pour Homme, wangi lelaki terbaru Italy house Fashion, diibaratkan seperti memakai Blazer mewah di tepi pantai.Ia diilhamkan dari wangian pantai-pantai Mediterranean yang cerah yang diterjemahkan menjadi bau yang sangat segar. Ramuan lemon hijau yang digabungkan dengan halia menjadikan cologne ini eksotik dan sesuai untuk dipakai di mana-mana musim.
Bergamote Soleil Atelier Cologne adalah cologne musim panas yang menarik kerana ia mempunyai bau seperti mengupas oren di tepi pantai. Ramuan utama Calabrian bergamot segera menjadikan si pemakai berasa gembira walaupun berhadapan dengan panas terik mentari. Ia sesuai dipakai jika anda sering bekerja di kawasan terbuka dan peluh, tidak menjadikan badan anda hamis!
Seperti berada di tepi laut British, cengkerang Kayu Sage & Salt Salt Jo Malone London adalah wangi asin yang kaya dengan kayu yang sama sekali berbeza dengan apa yang biasanya kita fikirkan. Diilhamkan dari garis pantai yang berbatu di Kepulauan British, garam dan herba menjadi keutamaan ramuan. Ia adalah bau yang halus setiap hari, sesuai untuk lelaki yang bercuaca seperti negara kita walaupun seharian di pejabat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.