Jabra Evolve2 75 Hadir Dengan Fon Kepala Khas Buat Trend Gaya Kerja Hibrid Terkini

Share

Berdepan norma baharu sejak hampir dua tahun kebelakangan ramai pekerja berdepan dengan situasi kerja hibrid di rumah atau di pejabat. Kini memasuki fasa endemik, skop kerja yang bersifat seperti ini dilihat sebagai salah satu cara kerja terbaru yang efisien dan berkesan.

Lebih 68% daripada pekerja menganggap bahawa situasi kerja seperti dinyatakan di atas sangat ideal. Disebabkan itulah permintaan untuk peranti bagi memudahkan tata kerja berjalan lancar kini semakin meningkat. Selain komputer riba dan peranti pintar, peranti audio seperti fon kepala dan telinga juga cukup pting.

Selaku jenama audio terkemuka, Jabra menampilkan peranti audionya yang terkini yang diyakini mampuo memenuhi aspirasi pengguna. Mereka memperkenalkan Jabra Evolve2 75. Ia direka khusus untuk menjadikan gaya kerja fleksibel lebih mudah dan produktif.

Kajian kerja hibrid Jabra yang terkini menunjukkan 85% daripada pekerja pengetahuan menyatakan bahawa keyakinan terhadap audio, video dan keterhubungan membolehkan mereka mencapai kecemerlangan dalam pekerjaan mereka .

Evolve2 75 memaksimumkan kefleksibelan dan meningkatkan tumpuan bagi pekerja-pekerja tersebut menerusi panggilan yang benar-benar jelas dan muzik yang paling sesuai dalam apa jua keadaan persekitaran.

Jabra juga telah melakukan evolusi rekaan dengan bentuk padanan ergonomik yang unggul bagi cawan telinga menerusi pembaharuan reka bentuk kusyen kulit tiruan berkembar untuk meningkatkan pengudaraan dan mengurangkan tekanan telinga.

Ia mampu mengoptimumkan kelengkungan dan lapik cekak untuk memastikan set fon kepala kekal di tempatnya. Ini bukan sahaja mengelakkan rasa tidak selesa, tetapi juga meningkatkan prestasi pembatalan hingar aktif keseluruhan dengan begitu dramatik untuk memaksimumkan keselesaan.

KEUNGGULAN OPTIMUM

Evolve2 75 merupakan set fon kepala Evolve pertama dari Jabra yang menyertakan Pembatalan Hingar Aktif (ANC) termaju oleh Jabra yang boleh dilaraskan sepenuhnya, supaya anda boleh memilih sebanyak mana (atau sesedikit mana) bunyi persekitaran yang ingin didengari.

Butang ‘HearThrough’ membolehkan anda mendengar bunyi di sekeliling anda bila perlu.

Dengan penetapan yang boleh diubah menurut kesesuaian anda seperti MySound (bagi app mudah alih Sound+), mengoptimumkan muzik untuk profil pendengaran yang tersendiri, dan pelarasan Equaliser, yang terdapat dalam app Sound+ serta Jabra Direct pada peranti mudah alih dan komputer), Evolve2 75 cukup sesuai bagi keperluan yang berbeza-beza.

PENGURUSAN KAWALAN JAUH

Dioptimakan untuk semua platform Unified Communications utama, Evolve2 75 menghubungkan rakan sekerja pada mana-mana platform pilihan mereka. Set fon kepala ini juga menyediakan keupayaan penangkapan data supaya Jabatan Teknologi Maklumat (IT department) dapat membuat keputusan berpengetahuan dan mengesan sebarang isu sebelum ia mendatangkan masalah.

Perisian Jabra Xpress juga memudahkan penyeliaan dari segi pengerahan, pengemaskinian perisian tegar dan pengurusan penetapan secara kawalan jauh.

Dengan jarak tanpa wayar yang mantap sejauh 30 meter dan keterhubungan dengan komputer dan peranti mudah alih, Evolve2 75 mempunyai kefleksibelan yang lebih, yang menjanjikan lebih kebebasan untuk berjalan dan bercakap tanpa menjejaskan kualiti panggilan.

Patrick Khor, Ketua Jualan, Singapura & Malaysia di Jabra berkata, “Matlamat kami bagi setiap tambahan yang dibuat pada Siri Evolve bukanlah semata-mata untuk menghasilkan set fon kepala yang baharu, tetapi untuk meletakkan standard yang baharu. Kerana itulah kami melihat kepada pelbagai aspek produk di peringkat pembangunannya supaya dapat membawakan pengalaman audio yang sebaik mungkin.

Dengan kombinasi teknologi dual-foam kami yang termaju, cekak yang dipertingkatkan dan reka bentuk ‘comfort pattern’ revolusioner baharu, Jabra Evolve2 75 memberikan pengasingan bunyi dan keselesaan yang luar biasa bagi pengalaman audio yang lebih baik secara keseluruhannya, yang meletakkan rasa selesa pengguna selaras dengan keunggulan bunyi.”

SPESIFIKASI

  • Pembatalan hingar 26% lebih banyak berbanding model yang terdahulu, Evolve 75, menerusi Jabra Advanced ANC yang boleh dilaraskan, cipset khas dan Teknologi Dual Foam Jabra yang baharu
  • Mikrofon Open Office premium dengan lengan joran mikrofon yang boleh disembunyikan, yang juga 33 peratus lebih pendek daripada Evolve 75
  • Teknologi 8 mikrofon
  • Kualiti panggilan yang unggul
  • Audio berkualiti tinggi dengan lengan joran yang boleh disembunyikan dalam mod discreet, atau bila berada dalam posisi ke bawah sepenuhnya dalam mod performance.
  • Dioptimakan bagi gaya kerja yang fleksibel
  • Diperakui untuk semua platform UC utama
  • Jarak tanpa wayar sehingga 30m/100 kaki
  • Keterhubungan dwi peranti
  • Butang khas Microsoft Teams (pada varian MS Teams)
  • Busylight 360° bersepadu
  • MusicTime sehingga 36 jam, TalkTime 24 jam (tanpa ANC dan Busylight) —TalkTime 33% lebih lama daripada Evolve75
  • Muzik bertenaga dengan pembesar suara 40mm & codec AAC
  • Pengurusan peranti dengan Jabra Direct dan Xpress
  • Personalisasi dengan Jabra Sound+ dan Jabra Direct
  • Google fast pair* (*Android sahaja)

Evolve2 75 kini ditawarkan di pasaran menerusi pengedar Jabra yang berdaftar dalam varian MS Teams dan Unified Communication (UC) dalam warna hitam atau kuning air pada harga RM1,950.

Ia juga boleh didapati dengan tempat letak pengecas pada harga RM2,230 (hitam sahaja). Anda juga boleh melayari pautan ini untuk mendapatkan harga yang terperinci.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim