Jam Tangan Terkemuka Swiss Lancar Koleksi Terkini Di Butik Baharu KLCC

Share

Rado, jenama yang diiktiraf di peringkat global terkenal dengan rekaan inovatif dan penggunaan bahan bermutu tinggi dalam penghasilan jam tangan yang paling tahan lama di dunia. 17 Ogos lalu, Jam tangan terkemuka Swiss Rado telah meraikan pembukaan butik terbaharu dan terbesar di Malaysia dalam sebuah acara ekslusif di Suria KLCC.

Sebuah pertunjukan fesyen yang memberi fokus kepada tema Rado bagi tahun 2018 iaitu ‘The Elements of Time’ mempersembahkan beberapa rekaan terbaharu daripada koleksi HyperChrome, DiaMaster dan True, selain pelancaran koleksi eksklusif Rado di Malaysia iaitu koleksi True Thinline Nature.

Konsep Terbaharu ‘Master of Materials’

Rekabentuk butik Rado turut diberikan nafas baharu seiring dengan konsep terkini yang ingin ditampilkan melalui ciri-ciri asli dan elemen terbaharunya. Butik ini mengetengahkan rekabentuk kontras antara minimal dan kerja tangan bertekstur berasaskan bahan bermutu tinggi.

Walaupun butik terbaru Rado ini telah dibuka secara rasminya kepada orang ramai pada 4 Julai yang lalu, tetamu yang hadir pada acara ekslusif ini berpeluang melihat koleksi terkini Rado dengan lebih dekat. Kepada anda yang ingin mendapatkan koleksi ini, boleh segera ke butik berdekatan ataupun ke KLCC sendiri.

 

IKLAN