Jangan Asyik Bagi Alasan, Buat Sahaja! Syukur Shuib

Share

MUHAMMAD SYUKUR BIN SHUIB

Struktur tubuhnya sangat konkrit untuk dilabelkan sempurna, begitu menjaga rutin pemakanan dan kecergasan sebagai tunjang utama, jejaka ini punya visi untuk memastikan penampilan dirinya kekal dan menjadi contoh dan inspirasi untuk semua lelaki di luar sana. Fizikal yang menarik melambangkan kesihatan dalaman kita.

Kenapa memilih bidang kecergasan?
Saya memilih untuk serius di dalam bidang kecergasan ini adalah untuk memperoleh ilmu yang lebih mendalam untuk bidang kesihatan dan kecergasan di samping mendapatkan sijil sebagai jurulatih khusus dalam sains senaman. Ini penting bagi mendapatkan kepercayaan client terhadap keupayaan saya dalam membimbing demi mencapai target. Saya juga kerap membuat bacaan serta kajian di samping mencuba terlebih dahulu setiap gerakan sebelum diajar kepada client.

2.Latihan yang sering dilakukan?

Setiap latihan mengambil masa dari satu minggu ke setahun untuk belajar. Ia bergantung pada fizikal individual dari segi tinggi, berat, umur dan jantina. Latihan yang diamalkan adalah single muscle group or goal. Tetapkan satu matlamat dan kerjakan dalam satu sesi.


3.Diet yang diamalkan?
Paleo diet untuk sepanjang tahun.

4.Bagaimana anda menguruskan client dan cabaran terbesar?
Banyak meluangkan masa untuk kenali setiap individual, masalah yang dihadapi dan selalu sampaikan motivasi yang sangat tinggi. Paling sukar dalam kerjaya saya apabila client tidak sampaikan masalah yang dihadapi.

5.Kepentingan nutrisi dalam setiap latihan?
Kualiti adalah kualiti. Kita sepatutnya makan demi kekuatan fizikal dan mental.

 

  1. Tiga latihan yang anda cadangkan setiap hari?

Compound exercises, isolation exercises, core and cardiovascular.

7.Quotes
You are what you eat.

8.Cara motivasi
Progress dan results. Mengambil gambaran perubahan setiap sesi dan sentiasa mencatat record client untuk rujukan yang akan menambah motivasi mereka. Selain itu jangan asyik memberi alasan. Saya sebagai jurulatih atau idola, saya perlu sentiasa menunjukkan minat dan konsisten mengamalkan aktiviti bersenam.

9.Pencapaian terbaik anda
One and only IFBB Amateur Men’s Physique Athlete dari Malaysia dan 6th place at Arnold Classic Africa Africa.

10.Goal
Sentiasa dapat mengamalkan gaya hidup sihat sehingga akhir hayat.

11.Nasihat?
Jangan menipu dalam dunia kesihatan. Tiada jalan pintas dan mempunyai minda yang positif because if you think you don’t have time, you don’t.   Fitness adalah perjalanan yang sangat panjang, bukan hasil yang boleh dicapai dalam satu hari. Cipta badan demi kekuatan fizikal dan mental. Sentiasa memberi inspirasi dan motivasi antara satu sama lain.

 

IKLAN