Jangan Asyik Kurang Tidur Kerana Ia Boleh Membebankan Tubuh Kamu Dan Ada Kesan Lebih Teruk Lagi. Nak Tahu Kenapa? Ini jawapannya!

Share

Anda pasti tak percaya apabila membaca tajuk artikel ini. Penulis pun tak percaya dengan kenyataan tersebut. Kurang tidur sehari, bersamaan dengan 6 bulan makan junk food?

Namun kajian ilmiah telah membuktikannya. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Josiane Broussard, dan beberapa penyelidik dari Cedars-Sinai Medical Center di Los Angeles

mendapati, kurang tidur semalaman mengurangkan sensitiviti badan terhadap insulin sama seperti ketika anda makan makanan berlemak selama 6 bulan lamanya.

Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh buah pinggang yang membolehkan badan anda untuk menggunakan gula ( glukosa) dari karbohidrat dalam makanan yang anda makan untuk tenaga selain membantu menjaga tahap gula dalam darah anda dari menjadi terlalu tinggi ( hiperglisemia ) atau terlalu rendah ( hipoglisemia ).

 

Kurang tidur boleh menyebabkan anda diserang penyakit diabetes.

Apabila tubuh menjadi kurang sensitif terhadap insulin, tubuh anda tidak boleh menghasilkan insulin yang cukup untuk menjaga kadar gula darah stabil.Jika keadaan ini berterusan, tubuh anda tidak dapat memproses dan mengawal gula dengan baik dalam tubuh.

Kurang tidur boleh menyebaban kerosakan insulin dan berpotensi diserang penyakit diabetes.Jadi, kalau anda kurang tidur beberapa hari ni, ‘bayar hutang’ tidur anda tu balik ye..

 

sumber: lelakisihat.com

 

IKLAN