Gaya Hidup

Jangan Biasakan Tidur Letak Telefon Dekat Kepala, Silap Waktu Terbakar Muka Nanti!

Share

Kes telefon meletup sehingga mengakibatkan kecederaan bukanlah kali pertama kedengaran sama ada dalam negara ini mahu pun di luar negara.

Yang lebih tragik, kejadian itu berlaku sewaktu mangsa tidur dan telefon diletakkan berdekatan dengan kepala.

Sehubungan itu, pakar kesihatan turut menyarankan orang ramai untuk mengubah tabiat ini kerana kesan buruknya seperti point ini sukar dijangka :

1. Gadget ada gelombang magnetik

Para saintis telah membuktikan barangan elektrik termasuk telefon bimbit dan set televisyen mengalirkan gelombang magnetik sewaktu digunakan.

2. Gangguan sistem saraf

Gelombang ini boleh menyebabkan gangguan terhadap sistem saraf kita meski pun kita cuma menggunakannya sebagai jam penggera.

3. Risiko meletup

Mulai hari ini, tolong letakkan telefon itu sejauh mungkin daripada anda atau dimatikan terlebih dahulu jika mahu letak berhampiran anda ketika tidur. Risau ia boleh meletup secara tiba-tiba.

Walau apa-apa pun alasan anda, pakar berkata demikian kerana tidak mahu kes yang sama berulang kembali dan sebagai pengguna yang bijak, anda tahu mana yang baik atau mana yang tidak.

IKLAN