Gaya Hidup

Jangan Guna 5 Wayar Extension Ini Kerana Cepat Overheat & Boleh Sebabkan Kebakaran

Share

Sebagai pengguna kita hendaklah sentiasa dengan apa jua produk yang digunakan di kediaman atau di pejabat terutamanya barangan elektrik.

Ramai yang kadangkala mengambil remeh tentang keselamatan apabila menggunakan barang elektrik. Antaranya ialah memastikan barang atau produk elektrik yang dibeli selamat untuk digunakan.

Penggunaan barangan elektrik yang tidak mengikuti spesifikasi keselamatan boleh mengakibatkan berlakunya litar pintas sekali gus meningkatkan risiko berlakunya kebakaran. Antara produk yang sering kita guna namun agak dipinggirkan faktor kesematannya ialah soket pelbagai atau extension.

Foto hiasan

Pada April lalu, Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan Mekanikal Hong Kong (EMSD) telah mengeluarkan amaran kepada orang awamnya untuk berhenti menggunakan lima jenama extension atau model yang didapati tak selamat digunakan. Memetik laporan Bastille Post dan World of Buzz, wayar yang terdapat di dalam extension ini terlalu nipis daripada spesifikasi ditetapkan.

Oleh itu ia berpotensi untuk menjadi panas terlalu cepat atau overheat dan menyebabkan kebaakaran. Berikut 5 jenama dan model extension yang anda harus elak! Jika anda menggunakan salah satu daripada model ini, sila cabut daripada plag utama sekarang!

1. Jenama: Remax
Model: RU-S4

2. Jenama: LDNIO
Model: SC3301

3. Jenama: LDNIO
Model: SC3604

4. Jenama: NA
Model: ZGN-T06

5. Jenama: NA
Model: ZGN-T08

BACA: Ikuti 14 Saranan Jimatkan Elektrik Dari TNB, Untuk Elak Bil Melambung!

Kesemua 5 model extebnsion ini tidak dilengkapi dengan ciri-ciri dan mengikut piawaian keselaatan ditetapkan termasuklah di negara kita. Selain dilengkapi wayar yang nipis kesemua model (kecuali RU-S4) dilaporkan tidak dilengkapi fius yang menjadi sebahagian ciri penting keselamatan.

MASKULIN nasihatkan anda untuk berkongsi informasi ini agar ahli keluarga dan rakan-rakan tidak menggunakan produk yang tidak mencapai tahap keselamatan seperti yang ditetapkan oleh SIRIM. Ini kerana produk-produk ini boleh didapati dengan senang menerusi platform beli-belah secara online.

Nasihat kami, belilah produk yang mendapat kelulusan daripada SIRIM. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Kredit: Bastille Post & World of Buzz

IKLAN