Lelaki dan wanita memang diciptakan dengan cara pemikiran yang berbeza. Maka, jangan hairan bila kadangkala wanita bersikap membingungkan dan selalu membuatkan lelaki bingung.
Apalagi kalau wanita sedang marah, apa pun yang dilakukan lelaki mungkin akan selalu dilihat salah di matanya.
Berikut adalah lima perkara yang lelaki perlu awasi.
#1: Kehilangan fokus ketika mendengarkannya
Bila kamu mulai bosan mendengarnya bicara, setidaknya lakukan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatiannya, sehingga dia tidak meneruskan perkataannya.
Namun jangan pula bersikap sambil lewa seperti melakukan sesuatu yang lain seperti bermain game di smartphone. Aduh, itu pasti sangat menyinggung hatinya dan boleh membuat wanita membebel kamu habis-habisan.
Lelaki kadang-kadang terlalu obses pada smartphone mereka, terutama kalau ada game yang mereka muat turun di dalamnya.
Sikap kamu yang terlalu obses itu boleh membuatkan wanita bengang. Mereka pasti akan merasa diabaikan dan tidak dianggap istimewa.
#3: Mempersoalkan berat badan
Bila si dia bertanya tentang berat badannya padamu, sebaiknya kamu hanya senyum sahaja untuk tidak menyakiti hatinya.
Hmmm… Kamu boleh mengatakan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatiannya pada hal lain selain berat badannya, seperti “Wow baju you cantik” atau “ You look gorgeous dengan kasut tinggi ni”. Ya, perempuan sukakan pujian!
Wanita mana pun tentu tidak akan rela jika lelaki yang mereka sayang kelihatan tergila-gila pada wanita lain. Apalagi jika yang membuat lelaki kagum pada wanita lain itu kerana paras atau bentuk badan. Wanita akan marah kalau mengetahui hal itu.
#5: Ajak dating tapi sibuk berborak dengan kawan
Jika kamu mahu berkumpul bersama teman-temanmu, sebaiknya jangan ajak pasangan untuk ikut serta ke sana. Biarlah kamu sendirian dan katakan padanya bahawa kamu akan tetap menghubunginya sepanjang kamu bersama teman lain.