Slogan “Now everyone can fly” kini dilihat menjadi realiti apabila pengangkutan udara semakin mudah diakses oleh lebih ramai lapisan masyarakat.

Malah, peningkatan jumlah masyarakat yang bermastautin ke negeri atau negara lain bagi tujuan kerja atau pengajian juga memberi impak kepada kadar kebergantungan mereka kepada pengangkutan udara.

Semakin ramai yang menaiki pesawat, maka semakin banyak jugalah ragam penumpang yang ditemui. Secara tidak langsung, tatacara kawalan keselamatan di udara juga diubah suai dari semasa ke semasa.

Tahukah anda yang sebagai penumpang pesawat, ada beberapa perkataan yang tidak boleh disebut walaupun hanya untuk bergurau semata-mata?

Jika anda melakukannya, anda boleh dikeluarkan dari pesawat serta-merta, demikian menurut perkongsian video di laman Instagram seorang selebriti yang merupakan bekas pramugara Zarul Husin, atau lebih dikenali sebagai Zarul Umbrella.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarul Umbrella (@zarulumbrella)

1. Bom

Bom ialah perkataan yang diharamkan di dalam mana-mana penerbangan walaupun hanya sekadar gurauan. Perkataan itu tidak akan sesekali dianggap sebagai jenaka oleh pihak penerbangan. Zarul memberi contoh kejadian pesawat Malaysia Airlines MH122 tempoh hari. Pesawat yang sedang menuju ke Kuala Lumpur dari Sydney, Australia itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Sydney apabila ada seorang penumpang mendakwa membawa bom.

IKLAN

2. Senjata

Jika anda menyebut yang anda memiliki barangan seperti pisau, parang, pistol atau apa sahaja senjata yang berbahaya, perkara itu juga akan diambil serius. Pihak penerbangan akan menganggap bahawa perkara itu merupakan satu ancaman kepada penerbangan berkenaan, sama taraf dengan perkataan bom.

3. Rampas (Hijack)

Walaupun anda tiada niat mahu pun upaya untuk merampas sebuah pesawat, janganlah sesekali mengeluarkan perkataan itu dari mulut anda. Di mata pihak penerbangan, perkara itu tetap dianggap sebagai satu ancaman keselamatan.

IKLAN

Benarlah kata pepatah “kerana mulut badan binasa”. Banyak lagi perkara lain yang boleh dijadikan gurauan berbanding perkara-perkara yang disenaraikan diatas.

Penting untuk anda tahu yang jika anda membuat gurauan sedemikian ketika pesawat sedang berada di udara, juruterbang boleh membuat pertimbangan untuk membuat pendaratan kecemasan di mana-mana lapangan terbang berhampiran untuk mengeluarkan anda serta merta dari pesawat berkenaan.

Bukan sahaja anda telah menyusahkan diri anda, jadual penerbangan untuk keseluruhan hari juga akan terjejas disebabkan kelewatan tiba ke destinasi dan mengambil penumpang seterusnya. Ingatlah, jaga mulut anda di dalam pesawat ya!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI