Steroid anabolik sering menjadi pilihan bagi lelaki yang ingin membina otot dengan cepat.
Namun, adakah penggunaan steroid benar-benar berbaloi atau lebih banyak mendatangkan mudarat?
Apa Itu Steroid?
Steroid anabolik adalah bahan sintetik yang meniru hormon testosteron dalam badan.
Ia digunakan untuk mempercepatkan pertumbuhan otot dan meningkatkan prestasi fizikal.
Walaupun ia mampu memberikan hasil yang cepat, penggunaan steroid tanpa kawalan boleh membawa kesan sampingan yang serius.
Foto : mStar
Kesan Sampingan Fizikal
Penggunaan steroid secara berlebihan boleh mengundang pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan fizikal.
Salah satu kesannya ialah gangguan hormon, di mana steroid boleh menyebabkan testis mengecut dan mengurangkan penghasilan testosteron semula jadi.
Selain itu, pengguna steroid sering mengalami masalah kulit seperti jerawat teruk akibat peningkatan aktiviti kelenjar minyak.
Ads
Keguguran rambut juga boleh berlaku, terutama bagi lelaki yang mempunyai kecenderungan genetik kepada kebotakan.
Lebih membimbangkan, penggunaan steroid memberi tekanan tinggi kepada organ dalaman seperti hati dan buah pinggang, yang boleh membawa kepada kegagalan organ dalam jangka panjang.
Foto : Iluminasi
Kesan Psikologi
Selain kesan fizikal, steroid juga boleh memberi impak negatif kepada kesihatan mental.
Pengguna sering mengalami perubahan emosi secara mendadak atau lebih dikenali sebagai ‘mood swings’.
Ini boleh menyebabkan mereka menjadi cepat marah atau mengalami keadaan yang dikenali sebagai ‘roid rage’.
Ads
Apabila seseorang berhenti menggunakan steroid, tahap hormon dalam badan berubah secara drastik, yang boleh membawa kepada kemurungan dan kecemasan.
Malah, ada pengguna yang mengalami ketagihan terhadap steroid kerana kesan psikologi dan fizikal yang dialami, menjadikannya sukar untuk berhenti.
Masyarakat kita ramai yang mahu menjalankan perniagaan makanan namun tiada ilmu dalam pengendalian makanan, demikian pendapat cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali umum sebagai Chef Wan.
Chef Wan tampil menyuarakan pendapat itu susulan kes keracunan mihun goreng dan telur mata yang diedarkan di sebuah sekolah sehingga membawa maut.
“Kebanyakannya orang-orang Melayu kita yang meniaga ni mereka tiada pengetahuan tentang sanitasi dan kebersihan,” kata Chef Wan ketika ditemui MASKULIN.
“Anda tanya mereka tentang jenis kuman, anda tanya mereka tentang jenis suhu. Kosong. Asalkan boleh memasak sahaja, jual”.
Cuaca Tropika, Kuman Mudah Membiak
Chef Wan juga menerangkan yang kuman amat mudah membiak jika tidak dikendalikan dengan cara yang betul lebih-lebih lagi di negara bercuaca tropika yang panas dan lembap seperti Malaysia.
Oleh itu, semua makanan perlu dihidangkan secepat mungkin ketika masih panas.
Bagi perkhidmatan catering yang memerlukan makanan disimpan dahulu sebelum dihantar, suhunya perlu diturunkan dahulu secepat mungkin sejurus selepas dimasak.
Kemudian, barulah makanan tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan semula apabila hendak dihidangkan nanti, demikian penjelasan Chef Wan.
Jangan Kedekut Beli Peti Sejuk
Selain itu, Chef Wan juga berpesan kepada peniaga agar tidak kedekut mengeluarkan wang untuk membeli sistem penyejukan yang betul.
“Peti sejuk ada satu atau dua sahaja, tapi nak meniaga macam-macam. Ambil pesanan katering macam nak mampus.
“Bila peti sejuk disumbat penuh, sudah tiada peredaran udara. Bila tiada peredaran udara, peti sejuk itu tidak cukup sejuk,” ujar Chef Wan.
Ulasnya, peti sejuk perlu mempunyai suhu tertentu yang cukup sejuk agar bakteria dan virus tidak membiak.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar lelaki tingkatan lima dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat makan mihun goreng dan telur mata yang tercemar.
Makanan itu diperoleh dari sebuah program yang dianjurkan di sebuah sekolah di Gombak.
Pelajar lelaki berusia 17 tahun tersebut menjamah bihun goreng dan telur mata yang dibawa pulang oleh ibunya yang menghadiri program berkenaan.
Memetik laporan Astro Awani, dia dan ibu bapanya mengalami cirit-birit selepas menjamah makanan tercemar itu.
Bagaimanapun, dia ditemukan tidak sedarkan diri oleh bapanya dua hari kemudian sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.
Dalam kejadian berasingan, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun juga telah menjamah makanan lebihan yang dibawa pulang oleh ayahnya yang merupakan pengawal keselamatan di sekolah berkenaan.
Kanak-kanak itu mengalami demam dan cirit-birit dua hari kemudian dan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan.
Sejumlah 82 orang dilaporkan mengalami gejala keracunan makanan daripada 247 orang yang terdedah kepada makanan tersebut, demikian lapor Berita Harian.
Senaman kaki penting untuk menguatkan otot kaki dan memberi keseimbangan badan bagi mengelak anda mudah jatuh atau terkehel. Bagi yang sering berlari atau berjoging, senaman kaki ini perlu dilakukan agar aktiviti anda berjalan lancar.
Ini kerana otot di bahagian kaki merupakan antara otot yang paling besar pada tubuh badan kerana terdapatnya tulang yang panjang dan besar. Bahkan otot kaki juga penting kerana ia menyokong bebanan berat tubuh badan.
Untuk pengetahuan anda, kekuatan kaki boleh menolak enam kali ganda berat tubuh badan. Sama seperti senaman otot lain, senaman kaki juga penting untuk menyeimbangkan otot yang terbentuk antara otot kaki dan badan.
Jadi kalau anda ingin kuatkan kaki & bina betis berotot, pastikan buat empat senaman ini secara rutin. Tak semestinya perlu ke gym, sambil tengok tv di rumah pun anda boleh lakukan senaman kaki ini. Mudah kan?
Senaman ini boleh dilakukan menggunakan berat badan sahaja, dumbbell, iron plate, barbell atau kettlebell. Cuba tambah beban secara berperingkat. Anda juga boleh lakukan static lunge sekiranya kekurangan ruang atau lakukan walking lunge sekiranya anda mempunyai ruang.
CARANYA: Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu, pandang lurus ke hadapan, langkah ke hadapan dan rendahkan badan anda sehingga paras paha, selari dengan lantai.
2. Squat
Senaman ini agak popular dan sinonim dengan senaman di bahagian kaki. Senaman ini antara paling berkesan serta melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang anda. Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya.
CARANYA: Buka kaki anda selebar bahu, berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan. Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha perlu selari dengan lantai.
Senaman yang mudah dilakukan di mana-mana sahaja, sama ada di taman rekreasi atau pun di rumah. Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda pijak, paras paha juga perlu selari dengan paras lantai. Sekiranya terlalu rendah, ia kurang berkesan dan sekiranya terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar, cuba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kemampuan anda.
CARANYA: Semasa anda mulakan langkah, pastikan badan tegak, pandang ke hadapan dan hembus nafas, dan semasa anda langkah ke belakang, tarik nafas . Jangan lakukan dengan terlalu laju. -Pastikan permukaan bangku atau bench stabil. Cuba tambah beban secara progresif.
4. Sumo Deadlift
Senaman ini pula lebih efektif membina otot kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.
CARA: Pastikan posisi kaki anda menghadap penjuru, tolak badan anda ke atas dengan menggunakan tumit kaki dan hembus nafas. Pastikan juga kaki dan badan tegak dan jangan melengkung.
* Lakukan senaman ini dengan meningkatkan dulu pengulangan dan kemudian tambah beban secara berperingkat. Cuba sebanyak 3 hingga 4 set dan 20 hingga 30 pengulangan bagi mereka yang ingin membakar lebihan lemak.
Nama pemain badminton negara, Lee Zii Jia, sekali lagi jadi bualan ramai. Bukan sebab prestasi di gelanggang, tapi kerana tindakan misteri di media sosial yang buat ramai tertanya-tanya — apa sebenarnya yang sedang dia lalui?
Baru-baru ini, Zii Jia memuat naik beberapa foto ilustrasi berunsur pelik dan gelap di akaun Instagram miliknya. Antara gambar yang dikongsi termasuk wajah terbakar, muka dicucuk jarum, jasad individu terbaring dengan darah mengalir serta suasana keliling yang gelap dan suram.
Lebih pelik, Zii Jia turut menukar display picture Instagram kepada warna hitam kosong. Tanpa sebarang kapsyen atau penjelasan, aksi ini pantas mengundang spekulasi dalam kalangan netizen.
Petanda Tekanan Emosi?
Ramai yang mula risau. Ada yang kaitkan dengan kemurungan, ada yang anggap ini cara Zii Jia meluahkan perasaan. Sebagai atlet yang bawa harapan negara, tekanan adalah sebahagian daripada cabaran hidup — itu fakta yang semua lelaki kena hadap, terutama bila berada di puncak kerjaya.
Ruangan komen di Instagram Zii Jia dibanjiri dengan kata-kata semangat.
Realiti Lelaki & Tekanan Mental
Lelaki selalu digambarkan kuat, lasak, tahan cabaran. Tapi realitinya, siapa pun tak terkecuali daripada gangguan emosi, kemurungan, tekanan hidup — termasuklah atlet sehebat Zii Jia. Dalam dunia lelaki, bila emosi tertekan tapi tak luah, itu yang boleh memakan diri.
Kesihatan mental bukan soal lemah, tapi soal kesedaran. Ramai lelaki terlalu fokus nak berjaya sampai abaikan aspek emosi dan mental. Bila burnout, bila prestasi turun, bila tak ada support system — itu yang bahaya.
Maskulin Sokong Bro, Bukan Sekadar Di Gelanggang
Sebagai lelaki, kita kena saling support. Kalau bro rasa tekanan, jangan simpan. Cari kawan, cari bantuan, bersuara. Kita semua pernah rasa jatuh, tapi jangan biar diri karam.
Maskulin harap Lee Zii Jia terus kuat, bangkit dan jaga mental serta fizikal. Prestasi di gelanggang penting, tapi kekuatan mental lagi utama dalam perjalanan hidup.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.