Gaya Hidup

Jangan Tertipu Dengan Produk Kurus Dalam Tempoh PKP, Anda Hanya Perlu Bersenam!

Share

Duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini menyebabkan anda makan secara tidak terkawal? Ingin kurus dalam tempoh PKP? Mahu membuat pembelian Ubat Kurus secara online.

Ibu-ibu, kaum wanita mahupun lelaki sebenarnya lebih terdedah kepada penipuan jualan produk-produk kurus yang tidak bertauliah ini. Sebenarnya apa yang anda perlu lakukan hanyalah keluarkan peluh dan jaga pemakanan anda.

Berhati-hati! Ambil tahu risiko pembelian ubat kurus secara online. Anda mungkin terdedah kepada risiko-risiko seperti berikut:

1. Ubat tidak berdaftar dengan KKM.

2. Ubat yang dicampur dengan bahan terkawal seperti Sibutramine tanpa mengetahui jumlah kandungan sebenar bahan tersebut yang dicampurkan.

3. Iklan ubat yang tiada kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat, KKM

4. Kesan sampingan yang memudaratkan daripada ubat tidak berdaftar atau palsu

KKM ingin menasihatkan agar jangan terus percaya iklan ubat kurus. Semak dahulu sebelum klik:

1. No. pendaftaran MAL ubat dan pelekat keselamatan hologram dan

2. No. KKLIU bagi iklan ubat

Untuk kekal sihat, lakukan senaman secara berkala dan ambil diet yang seimbang.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM

 

IKLAN