Ads

Jawab Pertanyaan Tular, Datuk Seri Ismali Sabri Tidak Teragak-agak Untuk Tarik Balik Kebenaran Konvoi Motor!

MASKULIN perasan ada di antara pembaca MASKULIN yang giat dan ‘gatal tangan dan kaki’ untuk join aktiviti konvoi motor. Namun tunggu dulu, adakah konvoi tersebut mematuhi SOP yang di tetapkan?

Menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri di sebuah siding media semalam, menegaskan kerajaan tidak akan teragak-agak untuk tidak membenarkan aktiviti tersebut berjalan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurutnya lagi, janganlah orang ramai mengambil kesempatan di atas kelongaraan yang kerajaan telah berikan dengan tidak memathui SOP, seperti penjarakan sosial serta melakukan aktiviti yang melibatkan berkumpul secara beramai-ramai.

Ads

Namun, baru-baru ini kecoh dengan kes polis menahan beberapa motor di Pahang menjadi tular di sosial media.

Bagaimana pun, Datuk Seri Ismail memberitahu pihak polis akan mengambil tandakan terhadap kes yang berlaku di Pahang dan menganggap sebagai kes yang kecil sahaja kerana berlakunya beberapa kes yang melanggar undang-undang jalan raya. Namun sekiranya ia berleluasa tidak mustahil untuk beliau menarik balik kebenaran yang telah diberikan.

Ads

“Apabila kita membenarkan konvoi motorsikal, orang dewasa sepatutnya dapat mengawal diri sendiri. Kejadian Semalam (29/6/2020) adalah kejadian pertama. Kita anggap ia sebagai kes terpencil yang berlaku dan tidaklah menjadikan semua konvoi diberhentikan setakat ini.

Ads

“Tetapi jika berleluasa selepas ini, semua yang melakukan konvoi melakukan kesalahan seperti berkumpul secara beramai-ramai tidak menjaga penjarakan sosial, bukan perkara mustahil untuk kerajaan melihat semula kebenaran yang telah diberikan.” Tegasnya di sidang media semalam.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
adidas Peranakan Collection

adidas Peranakan Collection Gabungkan Warisan Budaya Dengan Gaya Streetwear Moden

adidas Peranakan Collection gabungkan warisan budaya Peranakan dengan gaya streetwear moden dalam koleksi eksklusif penuh identiti dan estetika unik.