Jenama COS dilancarkan di London’s Regent Street pada Mac 2007. Menghasilkan pelbagai pilihan rekaan daripada pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak, semuanya mempunyai elemen mewah dalam menginovasi definisi klasik dalam siluet yang lebih moden.
Pada 17 September 2017 yang lepas, bertempat di The National Gallery, Trafalgar Square, jenama mewah fesyen melancarkan majlis ulang tahun ke-10 dalam dunia fesyen. Ia juga dilancarkan semasa berlangsungnya London Fashion Week.
Antara tetamu VIP yang turut sama memeriahkan majlis ini termausklah Will Poulter, Tom Daley, Dustin Lance Black, Sam Rollinson, Charlotte Wiggins,
Alexander Groves, Azusa Murakami, Gary Card, Jasmine Hemsley, Dylan Weller, Leah Weller, Greta Bellamancina, Jasmine Guinness, Agathe Chapman, Tiphaine De Lussy, Naomi Shimada, Patrick Gibson, Charlie Barker, Siobhan Bell, Richard Biedul, Sascha Bailey, Clara Amfo, Grace Chatto, Connie Constance, Eve Delf, Roger Frampton, Bella Howard, Ella Hunt, Iskra Lawrence, Joel Mignott dan Ben Nordberg.
Ads
“Ia adalah sebuah penghormatan untuk meraikan ulang tahun yang ke 10 jenama COS ini. Apa yang lebih bermakna apabila ia dikelilingi oleh hasil kerja ikonik dari The National Gallery ini serta pemandangan yang bermakna, Trafalgar Square. Kami sangat bangga dengan jenama ini kerana mampu pergi sejauh ini dan sesungguhnya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kolaborasi dan juga supporters dari dulu hingga kini”. – Karin Gustafsson, Pengarah Kreatif COS.
Berkhatan membabitkan pemotongan penghujung kulit kulup zakar atau kulit yang meÂnutup penghujung zakar. Prosedur ini biasa dilakukan kepada kanak-kanak lelaki sebelum baligh, seolah-olah menggambarkan persediaan atau keraian sebelum baligh.
Sebenarnya, prosedur ini diamalkan bagi menjaga kebersihan anggota kemaluan lelaki. Ini kerana penyakit barah zakar jarang kelihatan kepada lelaki berkhatan dan masalah salur reproduktif pasangan perempuan seperti jangkitan dan kanser pangkal rahim jarang berlaku apabila pasangan lelaki berkhatan.
Berkhatan untuk perempuan membabitkan pemotongan ‘klitoris’ atau bibir kecil dan keseluruhan bibir besar. Berbalik kepada berkhatan untuk lelaki, cara pemotongan kulit penghujung zakar mengikut kemudahan yang ada atau yang biasa dilakukan oleh Tok Mudim atau orang yang ditauliahkan untuk membuat prosedur itu. Kebiasaannya penghujung kulup zakar dipotong dan kulit yang terdedah dicelup dengan minyak untuk menghentikan pendarahan. Luka kulit akan reda dalam tempoh seminggu atau dua.
Sebelum kulit kulup dipotong, kepala zakar akan dilucut keluar daripada penghujung kulup dan jika sukar akan dibantu dengan merendam dalam minyak. Kini, ada pelbagai cara moden untuk prosedur berkhatan. Ia boleh dilakukan ketika kanak-kanak lelaki itu masih bayi. Cara pemotongan moden ini membabitkan pengunaan alat penyepit atau klam, di mana kulit penghujung zakar diklam serta dipotong. Klam itu ditanggalkan selepas seminggu atau akan tertanggal secara sendiri.
Berkhatan perlu dilakukan mengikut keadaan zakar kerana kulit kulup perlu dipotong secara seimbang supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Jarang wujud keadaan yang mana kecederaan berlaku akibat prosedur berkhatan secara moden. Berkhatan secara tradisional sudah ketinggalan zaman dan tidak harus dikekalkan kerana banyak masalah berlaku akibat prosedur itu seperti kecacatan kulit, parut tebal, infeksi dan kecacatan kepada zakar.
Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar, prostat, serta kanser serviks (pangkal rahim) dan payudara kepada wanita. Telah dibuktikan bahawa kuman yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV) adalah antara faktor pencetus kanser serviks di kalangan wanita. Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan. Terdapat kajian menunjukkan jika semua lelaki berkhatan, maka sebanyak 20 peratus kadar kejadian kanser serviks boleh dielakkan. Virus sama juga boleh mencetuskan kanser payudara.
Kajian pemerhatian turut menunjukkan risiko kanser zakar rendah di kalangan mereka yang berkhatan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkhatan pada umur kurang dari satu tahun. Hasil dari kajian ini, ramai orang bukan Islam juga mengamalkan khatan. Kajian di beberapa negara Eropah menunjukkan lelaki yang berkhatan mempunyai kadar risiko kanser prostat dua kali lebih rendah. Kejadian kanser ini ada hubung kait dengan penyakit kelamin di mana lelaki berkhatan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit tersebut.
Minda kanak-kanak lelaki perlu dipersiapkan terlebih dahulu sebelum prosedur dapat dilakukan dengan mudah dan selamat. Berilah asuhan agama yang mendalam kepada mereka. Terangkan kenapa berkhatan digalakkan dalam agama Islam. Beritahu mereka kelebihan berkhatan. Membawa kanak-kanak lelaki ke majlis kenduri berkhatan adalah cara yang baik. Ia memberi idea kepada kanak-kanak tersebut betapa pentingnya berkhatan. Kadang kala, kita perlu menjanjikan benda kesukaan mereka seperti alat permainan komputer atau basikal jika mereka bersetuju berkhatan. Ianya bukanlah rasuah tetapi sekadar pemudah cara.
Andai anak lelaki anda bersetuju untuk berkhatan, maka bawalah mereka berjumpa doktor atau mereka yang bertauliah. Anak anda perlu diperiksa oleh doktor bagi mengetahui tahap kesihatan dan juga bagi menghindarkan komplikasi prosedur tersebut. Doktor perlu mengetahui dan memastikan zakar anak anda normal, anak anda tiada penyakit hemofilia (penyakit gangguan pembekuan darah), tidak mengambil ubat yang boleh mengakibatkan pendarahan seperti aspirin atau warfarin, tidak menghidap penyakit jantung reumatik dan penyakit lain seperti kencing manis, sawan, asma dan alahan. Kanak-kanak yang mempunyai masalah sebegini akan dirujuk kepada doktor pakar bedah bagi menentukan kaedah berkhatan yang sesuai dan selamat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Walaupun ada sedikit kekurangan dan kelainan upaya, Allah kurniakan pula iltizam yang tinggi kepada mereka. Kami kongsikan 7 tokoh golongan kurang upaya atau kelainan upaya berbanding manusia normal yang tidak pernah patah semangat dan lebih berjaya daripada sesetengah manusia yang sempurna segala sifat.
Dilahirkan dengan penyakit distrofi otot, di mana otot menjadi lemah secara perlahan-lahan, Ralph ialah pengasas Braun Corporation, pengeluar yang menerajui bidang kerusi roda. Syarikatnya juga yang pertama mengeluarkan kenderaan van yang mesra kerusi roda.
Stephen Hawking adalah tokoh terkenal di dalam bidang akademik dan juga penerima pelbagai anugerah. Walaupun menderita penyakit motor neuron, beliau adalah salah seorang ahli fizik yang terkenal di dalam bidang sains. Banyak buku yang telah beliau terbitkan dan menjadi sangat popular.
Bukan semua bentuk kecacatan itu dalam bentuk fizikal. John Nash mengalami penyakit Skizofrenia Paranoid iaitu penyakit yang mengganggu fikiran dan mental. Namun begitu, penyakitnya tidak menghalang minatnya terhadap bidang matematik. Ilmunya dalam geometri serta persamaan dan pembezaan separa amatlah dikagumi dan kisahnya telah diadaptasikan di dalam filem bertajuk “The Beautiful Mind” lakonan Russell Crowe pada tahun 2001.
Nama Beethoven sangat tidak asing lagi terutamanya kepada penggemar muzik. Beliau adalah komposer muzik klasikal yang sangat terkenal. Walaupun beliau kehilangan pendengaran pada usia 26 tahun (perkara terburuk yang boleh terjadi kepada mana-mana pengarang lagu), Beethoven masih tetap meneruskan minatnya dalam menghasilkan seni. Kebanyakan karyanya yang digemari ramai sebenarnya dihasilkan beliau setelah menjadi pekak sepenuhnya.
Brown ialah seorang penyair, pelukis dan penulis buku yang terkenal dan juga penghidap penyakit palsi serebrum. Dilahirkan di Ireland, Brown tidak dapat bergerak dengan sendirinya sehinggalah berumur 5 tahun di mana hanya kaki kirinya sahaja yang dapat berfungsi. Namun begitu, dengan hanya menggunakan kaki kirinya sahaja, beliau dapat melukis dan menggunakan mesin taip bagi menghasilkan puisi dan buku yang sangat popular sehingga ke hari ini.
Vincent Van Gough merupakan salah seorang pelukis paling berpengaruh dan terkenal dalam sejarah. Namun beliau menderita dengan kemurungan dan masalah mental dan beberapa kali pernah dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa.Walaupun meninggal dunia dengan cara membunuh diri, hasil seni lukisnya menjadi antara karya teragung sepanjang zaman.
Dilahirkan tanpa kedua-dua tangan dan kaki, Nick dibesarkan di Australia. Walaupun kurang upaya, kekurangannya membuatkan beliau berdikari dan belajar untuk menggunakan papan selaju, berenang, dan juga meluncur di pantai. Kini, Vujicic yang sudahpun berumahtangga dan dikurniakan anak telah menjadi seorang pakar motivasi dan menerima pelbagai anugerah.
Sumber : Illuminasi
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Solidartiti antarabangsa dan sesama jiran tetangga dalam dunia global kini dilihat menjadi semakin penting dan memainkan signifikasi cukup besar dalam melawan penularan wabak COVID-19.
Contohnya negara kita dalam beberapa hari ini menerima bantuan bukan sahaja daripada kelengkapan perlatan keselamatan perubatan tetapi kepakaran doktor dari China.
Seperti yang kita juga tahu, Itali merupakan negara Eopah yang paling teruk terjejas dengan penularan wabak ini. Sehingga artikel ini ditulis, Itali telah mencatatkan lebih 10 ribu kematian menjadikan mereka negara paling teruk terjejas dengan kehilangan jiwa.
Jika dilihat kepada statistik global terkini terutamanya di Eropah, Jerman mencatatkan julah kematian yang cukup rendah berbanding jumlah kes dicatatkan. Iaitu 433 kematian dengan hampir 58 ribu kes.
Jerman mempunyai pelan tindakan yang cukup efisien disamping ujian saringan yang banyak serta kelengkapan perubatan terbaik. Walaupun turut berdepan masalah COVID-19 namu Jerman tidak langsung keberatan membantu jiran tetangganya seperti Itali.
Terbaru, Jerman telah mengaktifkan penggunakan kapal terbang rawatan rapi atau ICU plabe dikenali sebagai Airbus A310 Medvac.
Ia bakal digunakan oleh kerajaan Jerman untuk membawa pesakit dari Itali dan beberapa negara Eropah lain. Kapal terbang yang lengkap dengan pelbagai perlatan terkini perubatan mempunyai sebanyak 44 buah katil di mana 16 daripada jumlah tersebut khusus untuk merawat pesakit memerlukan kawalan rapi. Seramai 25 orang petugas kesihatan boleh berkhidmat dalam satu-satu masa.
Kelengkapan yang tedapat di dalam Airbus A310 Medvac:
Semoga lebih banyak negara tampil ke hadapan membantu jiran tetangga yang berdepan dengan situasi sangat kritikal ketika ini. Tahniah kepada Jerman yang boleh menjadi contoh negara-negara maju yang lain.
Stay safe guys!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
adidas membawa pengalaman marathon lebih lengkap ke SCORE Marathon 2026 menerusi House of Fast, Recovery Zone dan pelbagai ganjaran eksklusif untuk komuniti pelari.