Seiring perkembangan trend terkini serta selera pengguna yang rata-rata lebih selesa membeli-belah di atas talian, jenama pakaian kasual terkenal Pull&Bear telah melancarkan gudang di atas talian rasminya di Malaysia.
Pelancaran ‘online store’ tersebut telah mula beroperasi sejak 31 Mei 2022 yang lalu. Menerusi satu kenyataan media daripada mereka, Pull&Bear kini menawarkan pelbagai koleksi eksklusif yang diinspirasikan oleh trend terkini bukan sahaja untuk lelaki malah untuk wanita.
Koleksi-koleksi istimewa dan edisi terhada juga bakal ditawarkan dari semasa ke semasa untuk peminat jenamanya. Malah bersempena pelancaran gudang di atas talian ini, Pull&Bear turut mengumumkan diskaun istimewa sebanyak 15% serta tawaran pos percuma untuk pesanan di atas talian kali pertama.
Ads
Anda hanya memasukan kod khas yang ditawarkan iaitu HELLOMALAYSIA15. Selain itu, Pull&Bear turut menampilkan pelbagai variasi dan koleksi menarik bersempena Spring/Summer 2022. Di antaranya koleksi pakaian yang bertemakan warna putih dan bersifat cukup ‘timeless’.
Ads
Selain itu gabungan pakaian dari material selesa dan lebih loose sesuai dan melengkapkan gaya dengan corak belang atau jalur. Bagi menyemarakkan lagi sensasi musim panas, corak flora bersama warna yang lebih terang memberikan kesegaran kepada pemakainya.
Ads
Tidak lupa juga dengan seleksi denim dari Pull&Bear yang sentiasa relevan dengan gaya semasa. Buat anda yang ingin dapatkan koleksi dengan tawaran menarik dari Pull&Bear boleh layari laman sesawang mereka di www.Pull&Bear.com.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak tahun lalu kita telah berdepan dengan norma baharu dalam cabaran berdepan pandemik yang masih lagi menghantui kehidupan seharian. Sudah banyak perkara yang berubah dalam kehidupan kita termasuklah bagaimana kita berhubung di antara satu sama lain.
Sentuhan yang minima, penjarakan sosial serta tidak dapat merentas negeri merupakan perkara yang kuta semua harus lakukan demi melandaikan kadar jangkitan wabak Covid-19.
Sebagai sebuah jenama yang cukup terkenal, Levi’s pada tahun ini memperkenalkan konsep yang cukup istimewa bersempena kemunculan bulan Ramadan dan yang seterusnya Syawal.
“Ini adalah peluang tepat untuk melihat ke dalam diri kita dan memberi perhatian terhadap mereka yang berada di sekeliling kita – ahli keluarga, jiran, rakan, insan tersayang, mereka yang tidak diendahkan, mereka yang kurang bernasib baik dan sebagainya.
“Levi’s percaya pada usaha ke arah perubahan positif, justeru menyerlahkan bagaimana ungkapan gembira, kehangatan serta hubungan interaksi antara keluarga dan rakan-rakan pada musim perayaan ini berupaya mewujudkan rasa penuh hormat dan penerimaan, terutama dalam meraikan perbezaan sesama kita,” – Imran Butt, Pengurus Negara Levi Strauss Malaysia.
Dan sebagai tanda hormat kepada musim perayaan yang penuh girang, kempen Ramadan pada tahun ini mengetengahkan etos empati, keaslian, integriti dan berani dalam satu mesej yang penuh harapan.
“Ia bagi mengingatkan kita bahawa kemajuan hanya berlaku apabila kita bersifat inklusif dan saling memahami. Apabila kita dapat mengatasi halangan, kita mampu bersatu dan mengangkat suara antara satu sama lain untuk mencetuskan perbezaan.
“Sebagai jenama yang terus berkembang menerusi semangat perintis dan inovatif tanpa henti, kami mahu dilihat sebagai pendorong untuk menyebarkan mesej bahawa kebaikan itu tidak lapuk ketinggalan zaman.
“Dan apakah maksudnya kebaikan? Ia yang menjadikan dunia kita lebih baik, daripada meraikan perbezaan antara satu sama lain hinggalah kepada memilih pakaian yang dihasilkan dengan mengambil kira kesejahteraan planet ini.” jelas Imran Butt lagi.
Antara perkara yang paling utama ditekankan oleh Levi’s menerusi koleksi ini ialah aspek harmoni dan keselesaan. Palet warna lembut disulami pastel ceria menghiasi koleksi ini bersama fabrik lestari dan berkualiti tinggi dalam potongan moden. Ia kemudian menonjolkan impak optimisme anda pada musim perayaan akan datang.
Fokus juga diberikan kepada rangkaian selsksi baju dan seluar berteknologi sejuk baharu. Ia direka dengan menggunakan fabrik breathable dengan kemampuan melakukan regulasi suhu serta =teknologi penyerapan lembapan. Helaian dalam koleksi ini menampilkan fabrik lestari seperti adunan Cottonized Hemp dan Tencel untuk memberikan keselesaan optimum.
Penggunaan teknologi microclimate menerusi Sorbtek Repreve – serat poliester bersumberkan daripada botol air kitar semula pula mengalihkan lembapan daripada kulit selain memberi perlindungan UV.
Teknologi terkini ini menawarkan ciri-ciri sumbu dalam keadaan menegak, di mana serat berongga bertindak memerangkap udara dan menebat lembapan dari luar fabrik bagi memastikan pengeringan pantas.
Ia helaian yang mengatasi jangkaan anda, daripada fabrik yang bersesuaian dengan iklim sehinggalah kepada teknologi di sebaliknya, berikutan ia sebahagian daripada komitmen Levi’s untuk menyediakan pilihan yang lebih bertepatan, yang akan mengubah industri ke arah lebih baik.
Antara item menarik perhatian untuk seleksi lelaki ialah kemeja berkolar Mandarin, celana xx chino, baju panas dan juga jaket trucker. Tampil ditawarkan pada harga dari RM199 ke RM329, koleksi Ramada 2021 akan boleh didapati menerusi laman sesawang levi.com.my dan di butik Lebvi’s seluruh negara bermula bulan ini.
Sejak dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq sering menjadi perhatian netizen, setiap tingkah lakunya di perkatakan. Terbaru ketika Sidang Dewan Rakyat di parlimen dilangsungkan buat kali pertama baru-baru ini, Menteri termuda ini menarik perhatian ramai lagi dengan sut yang digayakannya.
Hadir ke Parlimen dengan memakai sut beige dan kemeja berwarna merah hati, ternyata persalinan tersebut kelihatan lain dari yang lain apatah lagi tali leher yang dipakainya adalah daripada Royal Malaysia College (RMC), sebagai tanda berbangga dengan tempat beliau menuntut ilmu suatu ketika dahulu.
Lazimnya kita akan melihat pakaian ahli parlimen ketika mereka bersidang adalah sesuatu yang formal dan pakaian mereka kebanyakkannya terdiri daripada persalinan sut hitam mahupun berwarna biru gelap. Hal ini menyebabkan ramai netizen mengecam tindakan Syed Saddiq memakai sut tersebut.
Menyifatkannya tidak sesuai dan tidak kelihatan formal, guru imej yang dikenali sebagai Mary Anni tampil membuat ulasan dan analisa mengenai pakaian Saddiq di laman faceboknya agar kita semua boleh mempelajari sesuatu yang baik daripadanya.
Namun begitu, Mary pada akhir analisa nya memberitahu bukanlah niatnya untuk menjatuhkan imej Saddiq, sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman dan tips untuk mereka diluar sana mengambil contoh cara berpakaian yang betul dan mengikut aturan untuk memahami etika dalam penampilan profesional.
Siapa tidak kenal dengan Montblanc, jenama asal Jerman pengeluar barangan mewah yang terkenal dengan produk seperti alat tulis, jam, barang kemas, kaca mata, barangan kulit serta pelbagai lagi.
Di sebalik empayar perniagaannya, Montblanc juga tidak pernah menyisihkan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat. Terbaru Montblack telah memperkenalkan koleksi eksklusif yang seiring memberikan sokongan terhadap program memerangi HIV/AIDS di benua Afrika.
Koleksi yang dikenali dengan nama (Montblacc M) RED ini dilancrkan untuk mengumpul dana bagi membantu misi tersebut.
Dengan kerjasama bersama organisasi (RED), Montblanc memperkenalkan koleksi produk istimewa iaitu beg bagasi dan juga peralatan menulis mewah eksklusif.
Kajian terbaru mendapati seramai 7 juta penduduk di Afrika merupakan pembawa HIV dengan seramai 240 ribu orang merupakan orang yang baru dijangkiti.
Menerusi kempen ini setiap jualan daripada koleksi (MOntblanc M) RED, Montblanc akan menyalurkan sebanyak €5 kepada (RED)’s Global Fund bagi membantu pelbagai program bantuan di Afrika.
Beg bagasi istimewa ini diperbuat daripada bahan red polycarbonate dengan kemasan kulit di bahagian pemegang serta perimeternya. Manakala untuk pen keluaran edisi istimewa ini pula mempunyai mekanisme snap dan penutup bermagnetik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang