Jenama Fesyen Mewah Christian Louboutin Buka Butik Pertama Di Malaysia

Share

Buat penggemar fesyen premium nama Christian Louboutin bukanlah nama asing lagi. Pereka fesyen asal Perncis ini cukup terkenal dengan rekaan-rekaannya yang sentiasa menarik perhatian bukan sahaja dari gologan VIP malah selebriti popular.

Terbaru, Christian Louboutin telah membukan butik pertamanya di Malaysia. Pembukaan butik tersebut yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur merupakan yang ke-164 di seluruh dunia.

Bahagian barangan kulit dan kasut
Bahagian kasut wanita

Dengan saiz 92 meter persegi, butik ekskulsif jenama Christian Louboutin menawarkan pelbagai variasi pakaian, kasut dan aksesori untuk lelaki dan wanita. Lebih menarik rekaan dalam butik ini juga merupakan inpirasi daripada butiknya yang pertama di Galerie Vero Dodatin Paris.

Bahagian lelaki

Butik ini mempunyai rekaan dalaman yang luas dengan memeiliki laluan bulatan plaster – melahirkan suasana bak berada di lounge. Hiasam karpet merah pula merupakan simbol ikonik jenama Christian Louboutin.

Manakala di bahagian lelaki, padanan warna biru dan hijau yang disertakan dengan siling berwarna keemasan pula merupakan tribute kepada galeri tipikal Parisian.

IKLAN