Jersi Home & Away Skuad Harimau Malaya 2020 Diperkenalkan Nike

Share

MASKULIN yakin pasti ramai di antara anda merupakan penyokong dan peminat bola sepak tempatan merindui aksi mereka di atas padang mahu pun kaca televisyen. Penularan pandemik yang berlaku kini telah menghentikan seketika aktiviti bola sepak tempatan namun ia tidak bermakna membunuh semangat pemain dan penyokong. Hari ini, jersi pasukan kebangsaan kebanggaan kita telah diperkenalkan oleh Nike dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Jersi skuad Harimau Malaya yang terbaru ini masih dikeluarkan oleh jenama gergasi dunia sukan dan bola sepak iaitu Nike. Menariknya, pengenalan baharu hari ini menyaksikan dua versi diperkenalkan sekali gus. Jersi home dan juga jersi away yang pastinya mampu memberikan dimensi baharu imej bola sepak kebangsaan.

BACA: Sumber Pendapatan Ronaldo Hingga Berjaya Menjadi Pemain Bola Sepak Pertama Bergelar Bilionair

Pengenalan kit terbaru Harimau Malaya yang baharu turut meraikan warisan dan evolusi bola sepak Malaysia. Kedua-dua rekaan mengekalkan warna tradisi iaitu kuning dan hitam dengan turut mengetengahkan rekaan moden yang diintrepetasikan sebagai komponen bola sepak yang penting.

REKAAN ELEGAN

Untuk Home, skuad negara tampil dengan jersi berwarna kuning dengan lengan berwarna hitam. Di bahagian dada terpampang jelas logo FAM yang turut berwarna kuning dan hitam serta logo Nike. Ia tampil dengan rekaan berkolar yang lebih sofistikated dan elegan. Skuad kebangsaan akan menggenakan jersi ini bersama seluar hitam dan stoking kuning.

Jersi Home

Bagi Away pula, Nike menampilkan sedikit kelainan dengan menonjolkan rekaan belang yang sedikit condong. Berbeza dengan rekaan lebih kurang sama yang pernah dipakai sebelum ini. Tampil dengan dua warna utama iaitu kuning dan hitam, ia mengambil inspirasi daripada jalur gemilang.

Jersi Away

Untuk perlawanan di tempat lawan, skuad kebangsaan akan memakai seluar pendek berwarna hitam dan stoking hitam dengan belang kuning.

Kedua-dua jersi Harumau Malaysia ini telah pun mula berada di pasaran bermula pada hari ini di beberapa outlet terpilih serta laman sesawang rasmi Nike Malaysia.

Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!

IKLAN