Gaya Hidup

“Jika Tahu Kita Tidak Kena COVID-19, Beristigfar & Bertaubat Pada Allah” Menteri Agama Beri Sedikit Kata Dua

Share

Kes Covid pada peringakat sekarang ini masih terkawal, bagaimana pun masih ada beberapa kes baharu sehingga kini nombornya mencecah 85, yang membawa jumlah keseluruhan 5,072 dan angka kematian sebanyak 83 orang. Bagaimanapun jumlah yang sedang dirawat 2,342 (ICU: 56 termasuk 32 kes bantuan penafasan) dan jumlah kes sembuh terus meningkat kepada 2,647.

Menjawab dan menasihati golongan yang merasakan bangga dirinya tidak terkena covid, Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri ada memberi kata dua kepada gologan ini.

Menurutnya, bersyukur, beristihgfarlah dan segera bertaubatlah jika ada rasa bangga itu. kerana Allah itu Maha Pengampun.

“Bila kita tak kena kita syukur pada tuhan kita Kembali kepdaNya dengan beristigfar dan berdoa padanya. Bukanlah jika kita tidak kena penyakit itu maknanya Allah reda, tidak. Dan banyak kali kita tengok, mereka yang dalam keadaan seperti ini dimewahkan” kata Menteri Agama itu dengan tenang.

Malah, dirinya turut memperingatkan, adakah kekayaan sesorang itu membuatkannya berpuas hati? Tidak jawapannya. Beliau turut memberi contoh orang yang berada sering sahaja di hadkan nikmat dan batasnya.

“Bila sesuatu itu tak terjadi pada kita, bukan maknanya kita betul tetapi kita berdoa dan ucapkanlah Allhamdulillah serta beristigfar dan bertaubat pada Allah. Itulah cara yang terbaik.”Katanya dalam video pendek yang sempat dikongsikan dari pada Jakim.

Malah, beliau juga turut berdoa kepada mangsa COVID-19 yang telah pergi dan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia.

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
IKLAN