Gaya Hidup

Joaquin Phoenix Dedahkan Salah Satu Babak Paling Menarik ‘JOKER’ Telah Dipotong

Share

Karakter Joker kini menjadi salah satu nama yang cukup popular di kalangan penggemar filem yang diadaptasikan dari komik.

Dan populariti karakter ini dapat dilihat dengan kejayaan luar biasa filem ‘Joker’ yang ditunjangi oleh pelakon hebat, Joaquin Phoenix. Ia kini menjadi salah sebuah filem adaptasi komik palingberjaya dalam sejarah perfileman.

Sehingga kini ia telah mendapat jumlah kutipan sebanyak USD737.5 juta di seluruh dunia. Kehebatan filem ini sebenarnya banyak direalisasikan oleh lakonan penuh kaliber Joaquin.

Namun tahukah anda bahawa terdapat adegan atau babak terbaik bagi Joaquin telah dipotong daripada filem ini?

Menerusi temubual bersama Collider, Joaquin dan pengarahnya, Todd Phillips berbincang mengenai pembikinan ‘Joker’. Mereka berdua berkongsi bahawa tempoh sebenar jumlah masa filem ialah dua jam setengah.

Ini bermakna mereka telah memotong kita-kira setengah jam daripada babak keseluruhan.

“Terdapat banyak babak yang telah dipotong dan ia tak akan dimuatkan di dalam DVD. Saya bukan jenis yang suka buat ‘deleted scene’ dalam DVD,” jelas Phillips.

Todd Phillips & Joaquin Phoenix.

Namun bagi Joaquin di antara babak yang telah dipotong merupakan yang terbaik bagi dirinya. Walaupun begitu dia memahami keputusan yang dilakukan oleh pengarahnya yang mahukan hala tuju filem mengikut acuannya.

“Itulah yang menariknya tentang filem. Mungkin bagi saya itu adegan terbaik namun mungkin tidak dalam bventuk kolektif keseluruhannya,” tambah Joaquin.

Apa agaknya babak yang telah dipotong itu? Semoga pihak Warner Bros dan DC akan memuatkannya dalam keluaran Blu-Ray di masa akan datang.

IKLAN