Jus Mujarab Turunkan Kolesterol Cara Mudah Guna Nenas & Sayur Sawi!

Share

Kolesterol tinggi memang menakutkan. Jika ia tidak dikawal boleh mengakibatkan penyakit berbahaya seperti strok dan serangan jantung. Selain mengambil ubat yang dibekalkan doktor, ramai juga yang mengamalkan petua cara alami untuk menurunkan kolesterol.

Selain menjaga dan mengatur makanan yang masuk ke dalam tubuh, banyak petua cara alami yang boleh anda amalkan untuk menurunkan kolesterol. Salah satunya perkongsian daripada Noor Azlina

menggunakan dua bahan mudah.

Petua yang dipelajarinya daripada seorang doktor ini berjaya menurunkan kolesterol yang dialaminya dengan cepat dan berkesan tanpa mengambil ubat. bagi penghidapi kolesterol, tak salah untuk anda mencubanya. Manalah tahu berkesan untuk masalah kolesterol anda.

Guna nenas & sawi untuk turunkan kolesterol

Di sini Kak Noor nak kongsi ilmu yang Kak Noor sendiri belajar daripada seorang doktor.
Tip untuk menurunkan kolesterol dengan cepat dan berkesan tanpa mengambil ubat.

Bahan-bahannya:

– Buah nenas + sayur sawi @ lobak

Cara membuatnya:

1. Potong buah nenas dan sayur sawi agar mudah nak blend.

2. Blend halus bahan tu sampai jadi juice. 

3. Minum 1x sehari tiap-tiap hari. 

Insha Allah atas izin-Nya.

SAWI TU IALAH LOBAK. Orang Kedah panggil.

IKLAN