Gaya Hidup

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2019 Mengikut Negeri, Paling Tinggi Di Kedah & Perak

Share

Umat Islam perlu menunaikan zakat fitrah bagi membangun golongan yang kurang berkemampuan dapat menyambut hari raya Aidilfitri sama seperti kita.

Setiap negeri menetapkan kadar yang tertentu dan untuk tahun 2019, boleh dikatakan hampir seluruh negeri meletakkan RM7 sebagai nilai asas.

Dalam masa sama, Kedah dan Perak menyaksi pembayar zakat fitrah boleh dikenakan nilai sehingga RM21 berdasarkan beras yang dimakan.

Senarai kadar zakat fitrah 2019

Dinilai ikut jenis beras

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana perbezaan ini wujud dan bagaimana cara untuk menilai harga yang perlu dibayar?

Jawapannya adalah bergantung kepada jenis beras yang dimakan oleh rakyat Malaysia. Misalnya untuk nilai RM7, beras yang dimakan adalah dari jenis super tempatan.

Bagi yang makan beras import termasuklah beras wangi, beras basmathi dan sebagainya, anda perlu membayar di antara nilai RM10, RM14 atau RM21.

Sumber : Mysumber

IKLAN