
“Bila diubah ke posisi meniarap, membuak-buak keluar kahak dari tiub pernafasan. Tak ubah seperti gam kasut.Pekat dan melekat.”
Itulah kata-kata dari seorang doktor, jika ditanya tentang pesakit COVID-19 ini.
Menurut kenyataan Dr Ahmad Samhan, Seorang doktor di Jabatan Kecemasa & Trauma Hospital Kuala Lumpur di Facebook, untuk proses keluarkan kahak, pesakit perlu meniarap kemudian barulah kahak akan keluar dari tiub pernafasan.
Tambahnya lagi, kahak pesakit COVID-19 pekat dan melekat tidak ubah seperti gam kasut.
“Kahak terhasil dari tisu paru-paru yang telah mati amat sukar untuk disedut.
“Begitu siksanya untuk bernafas dengan kahak pekat memenuhi paru-paru. Pesakit bukan saja batuk kahak tapi batuk tisu paru-paru yang telah reput.” Tambahnya lagi.
Doktor ini turut menerangkan mengapa sesetengah dari pesakit COVID-19 di tiarapkan? Menurutnya ada kajian dalam New England Journal of Medicine, pesakit yang diletakkan dalam keadaan meniarap menunjukkan peningkatan kandungan oksigen dari 85% hingga 98%.
“Ini kerana lebih banyak oksigen yang boleh masuk dengan mudah. Ada bahagian paru-paru tak terbuka jika diletakkan dalam posisi terlentang disebabkan tekanan graviti pada tubuh.
“Inilah yang dihadapi oleh pesakit di ICU yang diceritakan oleh salah seorang sahabat saya. Sekarang kalian tak merasa betapa siksa bernafas tapi bila dijangkiti inilah yang bakal kalian hadapi.” Ujarnya
Malah, dirinya turut menyatakan kekecewaannya melihat orang ramai keluar rumah tanpa alasan yang kukuh hingga berlakunya kesesakan lalulintas kerana orang ramai tidak menyedari pentingnya duduk di rumah dan putuskan rantaian jangkitan ini.
Dia turut meminta doktor-doktor ataupun yang berkenanan terus kongsikan keadaan pesakit ini unutuk meningkatkan lagi kesedaran kepada orang ramai. Malah ini turut mengatakan COVID-19 lebih teruk dari pneumonia biasa.
7 Perkara Yang Boleh Batalkan Puasa & Perlu Iman Yang Kuat Untuk Elaknya!

Berbaki beberapa hari lagi, bulan Ramadan yang mulia akan menjengah umat Islam yang merinduinya saban tahun.
Bukan sekadar datang begitu sahaja tetapi bulan Ramadan ini penuh dengan pahala serta keberkatan yang tidak diduga.

Fahami erti puasa
Menginjak usia dewasa ini, sudah-sudahlah kita semua amalkan perbuatan lapuk seperti ponteng puasa dengan pelbagai ‘alasan budak-budak’.
Tetapi apabila hari raya Aidilfitri menjelang, kitalah antara yang pertama berlumba-lumba mahu sediakan persiapannya berbanding orang lain.
Dalam tidak sedar, kita sebenarnya menjadi contoh kepada generasi hari ini yang sedang membesar dan belajar dari tingkah laku orang dewasa.

Jadilah teladan yang baik
Jika kita menunjukkan teladan yang tidak baik pada bulan puasa, bagaimana anak-anak kecil akhir zaman ini akan hormat dan patuh lagi pada ajaran Islam suatu masa nanti?
Ini adalah kritikan sosial yang perlu difahami bersama dan kalau boleh, marilah kita sama-sama jadi umat Islam yang baik selain mendapat keredaan Allah SWT.
Perkara yang boleh batalkan puasa
Sehubungan itu menerusi entri ini, Maskulin suka citanya berkongsi beberapa perkara yang boleh membatalkan puasa.
Tujuannya bukanlah untuk menggalakkan sebaliknya sekadar peringatan bersama agar umat Islam yang berpuasa mampu menjadi orang yang hebat jika tidak melakukan :
1. Makan dan minum dengan sengaja
Tidak kiralah banyak atau sedikit. Andai terdetik di hati mahu makan dan minum dengan sengaja, puasa anda akan terbatal jika anda benar-benar memasukkannya ke dalam mulut anda.

2. Memasukkan sesuatu dalam rongga
Tak kiralah apa yang anda sumbat dalam tubuh badan anda. Air, makanan, dadah dan segala jenis bahan yang tidak elok termasuklah menjalani pembedahan. Puasa anda terbatal dan perlu digantikan semula.
3. Muntah dengan sengaja
Tak ada angin, tak ada ribut, anda tiba-tiba jolok jari anda ke dalam mulut. Kesannya, anda termuntah dan segala isi makanan yang diambil semalam. Walau apa alasan anda, anda muntah dengan sengaja dan puasa pada hari itu adalah terbatal.
4. Bersetubuh sekali pun tidak keluar air mani
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan, seandainya seseorang itu melakukan persetubuhan meski pun tidak mengeluarkan air mani. Puasa kedua-dua pasangan itu terbatal dan perlu dibayar semula.
5. Beronani
Kalau masih single dan duduk seorang diri kemudian melakukan onani dengan membayangkan aksi fantasi ghairah, kemudian zakar anda mengeluarkan air mani, puasa anda secara automatik terbatal begitu sahaja.
6. Datang darah haid atau nifas
Mana-mana wanita atau isteri yang didatangi haid atau darah nifas wajib ABC (Allah Bagi Cuti). Ini kerana tubuh mereka kotor namun setelah bersih, perlulah menggantikan semula puasa yang ditinggalkan itu.
7. Gila atau murtad
Mana-mana orang yang gila atau murtad, segala amalan berpuasanya adalah terbatal. Tetapi dalam hal ini, ada sahaja orang kurang siuman berpuasa. Orang yang sihat tubuh badan dan tidak gila sengaja meninggal puasa. Jadi siapa yang gila?
Apa-apa pun ini adalah sekadar perkongsian untuk menyegarkan semula ingatan kita untuk mengelakkan diri yang sudah penuh dengan dosa ini, terus melakukan dosa tanpa ada rasa takut atau mahu insaf.
Semoga Ramadan ini menjadi permulaan yang baik untuk kita semua khususnya umat Islam yang sentiasa mencari keredaan Allah SWT.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Mantapkan Pengalaman Guna iPhone Dengan 10 Tip & Trik Sangat Berguna, Barulah Lebih Seronok

Pada tahun 2022 dianggarkan sebanyak 1.2 bilion unit iPhone digunakan di seluruh dunia. Manakala jumlah iPhone yangt terjual sepanjang tahun tersebut menyaksikan sebanyak 56.6 juta unit.
Ternyata telefon pintar keluaran jenama Apple ini sangat relevan dan masih mendapat permintaan yang cukup tinggi dari pengguna di seluruh dunia. Mungkin bagi sesetengah pengguna iPhone mereka ada sebab tersendiri mengapa peranti ini menjadi pilihan.
Namun MASKULIN yakin salah satu sebab yang utamanya ialah sistem operasi atau dikenali dengan nama iOS yang dianggap cukup mesra pengguna. iOS terbaharu iaitu iOS 16 diperkenalkan bersempena pengenalan iPhone 14 beberapa bulan lalu. Kemaskini terbarunya menyaksikan ia kini pada versi iOS 16.2.

Terbaru, Apple memperkenalkan sebuah video menampilkan trik dan tip yang cukup menarik serta berguna untuk pengalaman penggunaan iPhone yang jauh lebih menarik.
Menerusi sebuah video di channel Apple Support, mereka berkongsi sepuluh tip dan trik untuk ciri baharu dalam iOS 16. Antara yang menarik ialah Lock Screen yang baru direka bentuk semula dan boleh disesuaikan, keupayaan untuk memilih dan mengeluarkan subjek daripada foto dan banyak lagi.
Ikuti 10 tip dan trik iPhone di bawah!
1.
Jika anda mengetik dan menahan (tap and hold) subjek di dalam foto dalam apllikasi Photo pada iOS 16, anda boleh mengangkat subjek daripada foto dan meletakkannya ke dalam apl lain.
2.
Lock Screen baharu pada iOS 16 membolehkan pengguna menyesuaikan elemen berbeza, termasuk warna dan gaya masa dan tarikh. Selain itu kita juga boleh menambah pelbagai jenis widget dan banyak lagi.
3.
Menerusi tetapan Setting > Wi-Fi, anda boleh memilih akses yang telah disimpan untuk ‘discover’ kemudian ‘copy’ dan ‘paste’ kata laluannya.
4.
Jika sering menaip perkara sama berulang kali seperti alamat e-mel atau alamat biasa, anda boleh mencipta teks pengganti dengan tetapan di Setting > General > Keyboard > Text > Replacement.
5.
Jika bateri telefon makin rendah dan ingin menjimatkan penggunaan bateri boleh memilih Low Power Mode. Caranya pergi ke Control Center untuk akses segera. Atau boleh ke Setting > Control Center dan tambahnya ke dalam senarai Included Controls.
6.
Jika mahu berkongsi lebih dari satu keping foto ke aplikasi lain, anda perlu tap dan hold fiti itu, alihkannya kemudian terus ke aplikasi yang ingin anda tujukan. Kemudian hanya drag dan drop sahaja kesemua foto ke aplikasi pilihan.
7.
Jika mahu buka kamera dengan pantas, hanya tap dan hold pada Camera shortcut di bahagian bawah sebelah kanan Lock Screen.
8.
Bagi iOS 5 ke atas anda kini boleh menggunakan Live Text bagi melakukan terjemahan segera ketika di aplikasi kamera atau fiti. Di aplikasi kamera, halakan kamera je teks pilihan kemudian tap Live Text yang muncul di bahagian atas sebelah kanan kemudian pilih ‘translate’. Ia juga boleh digunakan bagi foto yang telah diambil.
9.
Dengan menggunakan aplikasi Notes, anda kini boleh melakukan imbasan atau scan dengan mudah. Ia akan secara automatic crop dan edit imej tersebut supaya menjadi lebih jelas tanpa sebarang gangguan silau.
10.
10. Untuk melihat foto pertama di dalam simpanan galeri anda hanya buka aplikasi Photo, tap pada bahagian tepu untuk terus lompat ke foto mengikuti album atau keputusan carian.
Semoga dengan tip dan trik ini mampu membantu mengkayakan pengalaman anda menggunakan iPhone di masa akan datang. Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Kredit: Apple Support
Lelaki Sekarang Ramai Yang Keterlaluan, Ini Gurau Senda Gaya Rasullullah

Biasalah, kalau kita suka bergurau. Gurau senda ibarat garam dan gula dalam makanan. Tanpanya kehidupan jadi hambar dan tawar. Tanpanya terasa hidup tidak indah dan hilang menarik. Malah gurau senda mampu jadi pengakrab sesuatu perhubungan dan mengindahkan sesuatu keadaan.
Namun begitu, bukan setiap ketika gurau senda itu perlu. Malah setiap gurau senda pasti ada hadnya. Tidak bermakna, dalam setiap keadaan kita harus bergurau dan bersenda sehingga menampakkan kita ini seolah-olah orang yang tidak serius dan hanya mahu main-main.
Agama Islam tidak pernah melarang kita bergurau senda, malah bergurau senda itu digalakkan sekiranya dapat menjadi pengakrab silaturahim. Yang dilarang adalah gurau senda yang tidak mengikut adab, yang terkeluar daripada yang sepatutnya. Berikut adalah garis panduan atau adab bergurau senda dalam Islam seperti amalan Rasulullah dan para sahabat.
Jangan keterlaluan
Terlalu banyak bergurau dibimbangi akan melalaikan kita daripada tanggungjawab utama sebagai seorang Muslim. Bergurau secara melampau batas boleh melekakan daripada ibadat dan tugas untuk menegakkan kebenaran.
Bergurau secara terlebih-lebih juga boleh menyebabkan orang lain hilang hormat pada kita. Apatah lagi jika orang dewasa, pasti akan menjejaskan rasa hormat orang yang lebih muda terhadap kita. Boleh jadi dianggapnya kita ini orang tua yang tidak serius, tidak belajar apa-apa daripada pengalaman dan gemar mengambil mudah segala perkara.
Para sahabat Rasulullah juga bergurau sesama mereka tetapi dengan didikan Rasulullah, mereka mengambil serius dalam perkara yang serius. Rasulullah menegaskan hal ini dalam hadis yang diriwayatkan al-Bukhari dan al-Baihaqi daripada Anas, “Aku bukan dari ahli yang bersuka-suka dan berseronok-seronok, mereka bukan daripadaku.” Hal ini juga dinyatakan dalam hadis riwayat Bukhari, “Para sahabat Nabi bergurau sesama mereka, namun dalam perkara yang benar, mereka serius.”
Pesanan Umar al-Khattab, “Sesiapa yang banyak ketawa akan mengurangkan kehebatan, sesiapa yang banyak bergurau akan jatuh darjatnya.” Oleh itu, bersederhanalah, tahu bila waktu perlu bergurau dan tahu bila waktunya perlu serius!
Jangan lukakan perasaan orang lain ketika bergurau
Bergurau senda memang disunatkan dalam kalangan keluarga dan sahabat handai, dengan syarat tidak menyakitkan hati mereka atau melukakan perasaan mereka. Hal ini antara yang selalu kita lupakan, kerana kita biasa mengambil mudah akan perasaan orang-orang yang akrab dengan kita. Malah apabila bergurau senda, kita terlupa bahawa mereka juga ada hati dan perasaan, lalu kata-kata kita menggores hati mereka tanpa kita sedari.
Daripada beberapa hadis Rasulullah, kita dapat belajar mengenai garis panduan bergurau agar tidak menyakitkan hati orang lain. Dalam Sunan Abi Daud dan al-Tarmizi daripada Abdullah al-Saib yang mendengar daripada bapanya (yang mendengar daripada) datuknya, dia mendengar Rasulullah bersabda, “Janganlah seseorang mengambil barang saudaranya dengan tujuan main-main atau betul-betul, dan sesiapa yang mengambil tongkatnya, hendaklah dikembalikan.”
Dalam riwayat Abu Daud daripada Abdul Rahman bin Abi Laila diceritakan, mengenai Rasulullah berjalan bersama-sama mereka dan salah seorang mereka tertidur. Ketika tidur, rakan-rakan ingin bergurau dan mengambil talinya menyebabkan dia terperanjat daripada lena. Melihat kejadian itu, Rasulullah menegur, “Tidaklah harus bagi seorang Muslim mengejek, memeranjatkan temannya.”
Dalam suatu peristiwa semasa peperangan Khandak, Zaid bin Tsabit bersama para Muslimin lain mengangkut tanah dan selepas itu berasa mengantuk lalu tertidur. Ketika itu datanglah Umarah bin Hazm mengambil senjatanya dengan niat mahu bergurau. Rasulullah melihat dan menegur perbuatannya.
Daripada kisah ini menunjukkan bahawa perbuatan bergurau senda ada had dan batas tertentu terutamanya dalam kalangan saudara-mara dan rakan taulan. Silap bergurau senda boleh buat persaudaraan tercalar dan persahabatan putus di tengah jalan. Itu yang perlu kita semua elakkan.
Elakkan menipu atau berdusta semasa bergurau
Ada kalangan kita yang bergurau senda kerana mahu menarik perhatian orang lain, terutamanya dalam sesebuah majlis. Selalunya mereka bergurau senda dengan membawa cerita-cerita yang direka-reka, dengan tujuan menceriakan suasana. Cerita-cerita yang direka ini kadangkala amat keterlaluan, lucah, malah boleh jadi bohongan semata-mata. Ini antara amalan yang ditegah oleh Rasulullah.
Dalam hadis riwayat Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasai dan al-Baihaqi dinyatakan, Buhz bin Hakim mendengar daripada bapanya yang mendengar daripada datuknya bahawa Rasulullah bersabda, “Nerakalah bagi mereka yang bercakap bohong untuk mentertawakan orang lain, neraka baginya, neraka baginya!”
Dalam hadis riwayat Ahmad dan Tabarani daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Belum sempurna iman seseorang mukmin sehingga dia meninggalkan dusta ketika bergurau dan meninggalkan pertengkaran walaupun dia benar.”