
Curang. Satu perkataan yang sangat dibenci sesiapa sahaja – terutamanya wanita yang setia dalam sebuah hubungan. Ia dianggap pengkhianatan terbesar dalam perkahwinan atau percintaan.
Namun realitinya, tidak semua lelaki bernasib baik memiliki hubungan yang setia hingga hujung nyawa. Zaman ini, godaan semakin hebat. Ada wanita yang lebih gemar mengejar suami orang kerana faktor kewangan stabil, lebih matang, romantik, dan kerjaya kukuh. Dalam masa sama, ada lelaki yang mudah hanyut dengan rayuan dan perhatian luar biarpun memiliki isteri yang cantik, setia dan sempurna.
Kajian yang dijalankan oleh saintis dari University of Florence, Itali serta diterbitkan dalam Journal of Sexual Medicine mendapati lelaki yang curang lebih berisiko meninggal dunia pada usia lebih muda berbanding lelaki setia. Antara faktor utama adalah serangan jantung secara mengejut.
Lebih mengejutkan, kajian mendapati ramai lelaki yang mengalami serangan jantung ketika sedang berlaku curang. Tekanan emosi, kebimbangan melampau, penggunaan ubat kuat, serta pengaruh alkohol atau dadah menjadi punca utama.
Lelaki curang mungkin nampak bahagia di luar, tetapi realitinya mereka hidup dalam tekanan. Hidup dalam penipuan membuatkan mereka tidak tenang, sentiasa cemas, takut rahsia terbongkar, dan akhirnya menanggung stres berpanjangan. Semua ini meningkatkan hormon stres kortisol, yang mampu merosakkan sistem imun dan mempercepatkan penuaan.
Kajian juga menunjukkan lelaki setia lebih sihat dari segi psikologi – hidup lebih bahagia, kurang tekanan, dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.
Antara sebab lelaki berlaku curang:
Ego & Uji Kejantanan – sekadar mahu lihat sama ada mereka masih menjadi rebutan.
Kurang kasih sayang – mencari perhatian ketika berasa diabaikan.
Pengaruh rakan sebaya – lelaki mudah terikut dengan geng yang sama-sama curang.
Godaan & peluang – bila ruang terbuka, ada yang tewas pada nafsu.
Namun, alasan tetap alasan. Curang bukan takdir, tapi pilihan.
Curang mungkin nampak menyeronokkan seketika, tetapi risikonya bukan kecil – dari keruntuhan rumah tangga, hilang maruah diri, hingga membawa maut lebih awal.
Lelaki sejati bukan diukur pada berapa ramai wanita boleh dimiliki, tetapi sejauh mana dia mampu setia pada seorang wanita. Kesetiaan bukan sahaja menjaga perhubungan, malah menjaga kesihatan dan umur panjang anda.
👉 Maskulin Reminder:
Jangan jadi lelaki yang nampak kuat di luar, tapi rebah kerana kelemahan diri sendiri. Ingat, kesetiaan itu bukan sekadar moral, tapi juga rahsia umur panjang lelaki sejati.