Tidak dinafikan, bawang mempunyai bau yang tidak berapa digemari orang ramai hingga ada yang menyamakan bawang dengan orang yang berbau busuk. Namun, ramai orang tidak tahu bahawa sebenarnya bawang terdapat banyak khasiat dan kebaikan kepada kesihatan.
Tidakkah anda tahu bahawa bawang sebenarnya bukan sekadar boleh digunakan untuk menyedapkan rasa dalam makanan malah ia memiliki banyak khasiatnya.
Di bawah ini MASKULIN berikan sedikit informasi tentang kebaikan bawang kepada kesihatan manusia.
1. Mengekalkan kesihatan jantung
Dengan memakan bawang besar sebenarnya dapat menurunkan kolestrol yang tidak baik dengan cara pemakanan yang betul. Makan secara mentah dan teratur memberi impak keberkesanan yang baik.
Ads
2. Mengawal gula dalam darah
Mineral penting didalam bawang besar dapat membantu sel-sel untuk bertindak balas dalam mengawal paras gula dalam badan.
Memudahkan pengeluaran kahak dalam dada pesakit asma yang mengalami batuk teruk.
4. Memudahkan penghadaman
Ads
Bawang besar mempunyai serat yang dapat membantu dan mengekalkan kesihatan dalam sistem penghadaman. Serat yang ada membantu penyakit daripada mengalami sembelit misalnya.
5. Meningkatkan sistem imun
Memberi manfaat dalam meningkatkan sistem imun dan merawat keradangan dan sistem kunci yang kuat dapat mempertahankan diri daripada penyakit.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jom berdetox sekarang untuk mengekalkan kesihatan yang sihat setiap hari!
1.Toksin dari luar (Eksotoksin)
– iaitu disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga.Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestic seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya.
2.Toksin dalaman (Endotoksin)
-yang berpunca daripada gangguan emosi, stress, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.
Secara umumnya masalah- masalah seperti jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.
Simptom di atas hanya yang boleh dilihat pada wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.
Tanda-tanda awal badan terdapat banyak toksin adalah seperti :
• Merasa letih dan kurang bertenaga
• Sering sakit kepala
• Lemah daya ingatan
• Masalah pencernaan
• Susah untuk tidur
• Letih tanpa sebarang sebab
• Lenguh sendi / badan
• Badan banyak angin / sinus
• Cepat merasa cemas
• Penuaan-pra matang
• Berat badan berlebihan
Kepentingan membuang toksin dalam badan
Kajian menunjukan kandungan toksin yang banyak dalam badan akan mengurangkan kemampuan untuk mengimbangkan gula dan metabolisme kolestrol. Ini adalah perkara yang serius apabila ingin mengurangkan berat badan dan kesihatan badan secara menyeluruh yang tidak diambil penting oleh ramai orang. Jika anda ingin membakar lebih lemak dan mengurangkan risiko mendapat diabetes, adalah lebih baik untuk anda membuang toksin di dalam badan terlebih dahulu.
Dalam dunia moden yang penuh dengan toksin kini, adalah sangat mustahil untuk bebas toksin sepenuhnya.
4 cara utama mengeluarkan toksin secara semulajadi
1.Membuang Air Kecil
Fungsi utama buah pinggang ialah untuk membuang kekotoran daripada aliran darah. Dengan meminum air yang banyak setiap hari membantu buah pinggang anda menjalankan fungsinya dengan mudah. Warna air kencing anda boleh memberikan anda petunjuk samada anda minum sejumlah air yang badan anda perlukan. Jika warna air kencing anda jelas atau hanya mempunyai sedikit warna kuning, maka itu adalah satu petanda yang baik. Jika ia berwarna kuning pekat dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan, maka anda perlu minum lebih banyak air.
2.Membuang air besar
Buang air besar sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. Ini merupakan salah satu cara yang terbaik untuk membuang segala kekotoran dalam badan. Bagi sesetengah individu, untuk ke bilik air sekali sehari juga menjadi masalah, dan jika anda mengalami masalah susah membuang air besar, digalakkan mengambil makanan yang mengandungi serat. Serat membantu mencuci kolon dan membantu membuang air besar degan mudah.
3.Mengeluarkan peluh
Kulit kita merupakan organ yang terbesar dan memiliki berat sekitar enam paun. Kulit kita bertindak sebagai perlindungan di antara persekitaran luar dan dalam badan.Kulit juga penting untuk melindungi organ dan otot kita. Ini bermakna, kulit kita merupakan antara salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan toksin dan kekotoran dalam badan. Bagaimana? Melalui peluh. Pakar juga mencadangkan sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu kita hendaklah mengeluarkan peluh seperti senaman dan melakukan aktiviti riadah seperti berjoging, berbasikal dan sebagainya. Pilihan lain bagi mereka yang tiada masa ialah, boleh mencuba sauna dan mandi wap.
4. Bernafas
Bernafas dengan betul merupakan antara perkara asas yang penting untuk badan, tetapi ramai yang mengambil ringan tentang perkara ini. Setiap kali kita bernafas, kita menyedut oksigen ke dalam badan kita. Paru-paru kita berperanan menapis segala kekotoran seperti allergen. Bantu paru-paru anda dengan bernafas dengan lebih baik dengan mengamalkan senaman pernafasan. Cara yang paling mudah ialah mula dengan menarik nafas pendek selama lima minit sehari. Yoga dan meditasi juga dapat membantu kita bernafas dengan betul dan sihat.
SUMBER : DIARI KURUS
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah tak anda berhadapan dengan masalah berat badan yang statik dan tidak menurun walaupun anda telah berusaha berhempas pulas di gym dan kawal pemakanan anda? Mungkin anda menganggap anda sudah sampai ke tahap plateau, namun adakah itu benar? Ini antara kesilapan yang anda lakukan jika berat badan anda tidak turun dalam masa terdekat walaupun anda tak pernah lepaskan dumbblle dari tangan.
Makan sayuran dengan sos terlalu kerap
Tumbs up kepada anda yang rajin makan salad setiap hari. Salad merupakan fiber yang bertidak untuk memberi tenaga dan menurunkan berat badan lebih cepat. Ini kerana kalori intake makanan ini sangat rendah, dan sesuai untuk dijadikan snek untuk anda yang rajin mengunyah. Namun, segelintir anda tidak gemar makan daun kerana dianggap lembu atau kambing, nak nak bila anda terpaksa makan secara mentah. Ewww! Tak sedap kan? Apabila anda menambah sos yang padat untuk salad anda yang sihat, bijirin penuh, pasta dan hidangan lain, secara tidak langsung anda telah meletakkan beribu kalori dalam pemakanan anda. Minyak mempunyai 2,000 kalori per cawan dan sangat mudah untuk meresap pada separuh cawan ke salad anda atau menyemai sayur-sayuran anda dengan semua kalori yang ditambah. Sebaliknya, cuba bertukar dengan sup sayur-sayuran dan cuba elakkan minyak perasa dan sos. Demi kurus kan? Tak apa kot kalau orang nak kata anda kambing.
Makan daging terlalu kerap
Daging, ayam, dan ikan merupakan protein yang bagus untuk anda kurus. Namun terlalu banyak daging pun boleh membatutkan penurunan berat badan anda. Kajian baru-baru ini hampir 14,000 orang menunjukkan bahawa mereka yang makan daging paling banyak adalah 27 peratus lebih mungkin menjadi gemuk. Beberapa kajian menggambarkan bahawa mereka yang menggunakan pola makan berasaskan tumbuhan cenderung mempunyai BMI dan tahap lemak badan yang lebih rendah, termasuk kajian baru-baru ini yang melibatkan lebih 55,000 wanita yang memperlihatkan produk makanan yang lebih sedikit, semakin rendah kadar berat badan berlebihan dan obesity.
Makan sarapan dan makan tengah hari di meja pejabat
Pernah dengar tentang mindful eating? Ini salah satu cara untuk anda cepat berasa kenyang. Menonton filem, drama, mahupun makan sambil buat kerja bukan satu cara untuk anda kurus walaupun kuantiti yang anda makan itu sedikit. Ini kerana badan anda tidak berada dalam mode makan jika anda melakukan perkara lain sambil makan. Jadi, potensi untuk anda lapar dengan lebih cepat akan kerap berlaku, dan anda juga akan lupa bahawa anda sudah makan. Jadi, anda pasti akan mengambil kudap-kudapan. Nasihat kami, apa kata anda ambil sedikit masa untuk anda luangkan bersama makanan anda seketika. Tak lama pun, 10 minit pun dah cukup. Letak tepi kejap phone tu.
Makan sambil berdiri
Ini amat bahaya. Pernah tak anda pergi ke meja rakan anda ketika anda sedang bekerja di pejabat? Makanan apa yang anda makan? Pasti kudap-kudapan kan? Lalu anda ke pantri dan mengambil keropok sambil memikirkan makanan apa yang anda akan makan pada malam nanti. Tahukah anda bahawa anda sedang memasukkan makanan sampingan yang berkalori tinggi? Jadi, jika anda berasa lapar dan bosan sambil bekerja, apa kata jika anda duduk dan makan snek seperti buah-buahan dan lihat seketika apa yang anda makan. Ini juga termasuk dalam mindful eating.
Anda MINUM kalori anda!
Pernah tak anda makan makanan yang seimbang, tapi anda sulamkan dengan air manis. Kononnya anda minum minuman yang berkhasiat, namun tahukah anda bahawa se sihat mana pun minuman itu, ia tetap mempunyai kalori tersendiri. Nasihat kami, apa kata jika anda sulamkan makanan anda dengan air suam, kerana banyak mana pun anda minum, kalorinya masih 0! Sekurang-kurangnya dalam masa berat badan anda tak turun-turun ni.
Makan bila tak lapar
Biasalah, bila sedang bekerja ni, jika ada saja makanan depan mata, mulalah nak merasa. Ada saja yang nak dikunyah. Jika anda seorang yang berdisiplin tinggi, kami nasihatkan anda agar jangan terpengaruh dengan kudap-kudapan ini. makan mengikut masa yang ditentukan. Dah sampai masa baru makan, belum sampai masa, TAHAN! Kata nak kurus kan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Terdapat lebih kurang 9 contoh jenis makanan dan minuman yang anda perlu elakkan dalam diet harian bagi mendapatkan pemakanan sihat dan seimbang.
Jika anda menghadapi masalah untuk tidak mengambil makanan ini sekali gus, cuba usaha untuk tidak mengambil makanan ini satu persatu bagi mengurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan. Jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan.
1.Minuman bergas (solf drinks)
Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis dan boleh menyebabkan ketagihan. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan ketagih terhadap air bergas. Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai khasiat. Oleh itu, ia perlu dibuang jauh-jauh daripada diet harian anda. Tambahkan pengambilan air, teh serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.
2-Minuman kedai kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Sama ada kopi ‘O’ atau kopi susu rendah kalori. Kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, pesan kopi ‘O’, tanpa menambah susu, creamer atau gula.
3.Produk kaya tepung
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.
4.Roti, kek dan pastry
Roti keju yang besar dan muffin bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan baik untuk diet harian. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu tinggi.
Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa sama ada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjerin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.
5.Makanan dan Minuman pek segera (instant)
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Makanan dan minuman jenis ini yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu, anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.
Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi adakah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi?.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan. Pengambilan makanan dan minuman jenis ini boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini atau lebih baik cuba elak kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori tinggi.
6.Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
7.Makanan goreng
Setiap makanan goreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu atau makanan digoreng dengan mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Jika sesekali teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepsi.
8.Makanan segera
Siapa yang tidak suka burger dan kentang goreng bukan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian. Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak dan jarang mempunyai vitamin serta mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada satu hingga dua kali sahaja setiap bulan.
9.Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah buah semula jadi dan segar daripada buah-buahan yang diproses seperti ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.