Setiap kali menjelang hujung minggu, inilah waktunya untuk kita meluangkan masa bersama keluarga terutamanya anak-anak serta isteri.

Manakan tidak, dari Isnin hingga Jumaat anda juga sudah penat bekerja maka tidak salah jika anda manjakan diri untuk jalan-jalan cuti mata dan rehatkan minda.

Namun demikian, warga kota sering berdepan dengan masalah tidak tahu mahu ke mana kerana Kuala Lumpur tidak memiliki landskap panorama yang indah.

Tetapi 8 lokasi yang dikongsikan ini merupakan alternatif untuk anda menikmati waktu cuti dengan riang sama seperti orang lain :

1. District 21

Kalau Di Ibu Kota, 8 Lokasi Ini Memang Sesuai Untuk Habiskan Masa Sabtu & Ahad!

District 21 terletak dalam sebuah pusat beli-belah, IOI Mall di Putrajaya. Lokasi ini menyediakan ruang permainan aktiviti lasak yang boleh dicuba oleh sesiapa. Bukan sahaja anak-anak boleh mencabar adrenalin mereka malah golongan dewasa pun tidak berkecuali. Antara aktiviti yang disediakan di District 21 ini adalah seperti Sky Trail, The Maze, Power Station untuk wall climbing, Roller Glider untuk merasai pengalaman flying fox, Go Pedal untuk bermain go kart, Pump Track untuk bermain basikal, skuter ataupun skateboard, Free Fall, Low Ropes dan akhir sekali Tubby Ride.

Lokasi :District 21, AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya

Waktu operasi : Isnin – Jumaat (12.00pm – 8.00pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum,Cuti Sekolah (10.00am – 8.00pm)

Harga kemasukan : Isnin – Jumaat RM58/pax | Sabtu, Ahad, Cuti Umum,Cuti Sekolah RM75/pax

2. Taman Burung Kuala Lumpur

Kalau Di Ibu Kota, 8 Lokasi Ini Memang Sesuai Untuk Habiskan Masa Sabtu & Ahad!

Bagi anda yang gemarkan ketenangan dan alam semula jadi, berkunjung ke Taman Burung Kuala Lumpur merupakan pilihan yang sangat tepat. Di sini, anda dapat melihat sangkar habitat burung-burung yang eksotik dari seluruh pelusuk dunia. Taman burung ini terbahagi kepada empat zon yang menempatkan pelbagai spesis burung yang berbeza. Jadi, kalau anda nak beriadah sambil memberi ilmu kepada anak-anak, taman burung inilah tempatnya!

Lokasi : KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)

Harga Tiket: Dewasa Warganegara: RM27, Pelancong: RM50 | Kanak-kanak (3-11 Tahun) Warganegara: RM13, Pelancong: RM41

IKLAN

3. Aquaria KLCC

Kalau Di Ibu Kota, 8 Lokasi Ini Memang Sesuai Untuk Habiskan Masa Sabtu & Ahad!

Aquaria KLCC pasti menjanjikan pengalaman yang hebat buat anda sekeluarga! Menempatkan lebih daripada 150 spesis hidupan laut, yang menjadi tarikan utama di akuarium ini adalah ikan jerung, ular laut, kuda laut dan lain-lain lagi. Selain daripada melihat hidupan-hidupan laut ini, anda juga boleh menyertai program Diving with Sharks yang mana sekiranya anda memiliki lesen menyelam anda boleh mendekati jerung ini di dalam air, kalau tak ada lesen pun anda masih boleh menyertai program Cage Rage di mana anda akan dimasukkan di dalam sangkar yang akan diselamkan di dalam air.

Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur

Waktu operasi : Setiap Hari (10.00am – 8.00pm)

Harga kemasukan : Dewasa MyKAD: RM49, Biasa: RM69 | Kanak-kanak MyKID: RM39, Biasa: RM59 | Warga Emas MyKAD: RM39, Biasa: RM49

4. Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

Kalau Di Ibu Kota, 8 Lokasi Ini Memang Sesuai Untuk Habiskan Masa Sabtu & Ahad!

Percaya atau tidak, Taman Rama-Rama Kuala Lumpur merupakan taman rama-rama terbesar di dunia! Mempunyai sebanyak lebih 6000 jenis rama-rama di sekitar tumbuhan eksotik ini, pasti akan menarik minat si kecil untuk datang melihat haiwan yang comel dan cantik ini. Bukan itu sahaja, haiwan lain seperti ikan koi, unggas dan serangga eksotik juga turut ditempatkan di sini. Anda juga boleh melawat muzium yang mengumpulkan pelbagai koleksi rama-rama yang jarang kita dapat lihat.

Lokasi : Kuala Lumpur Butterfly Park, Jalan Cenderasari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur 50480

Waktu operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)

IKLAN

Harga kemasukan : Dewasa Warganegara: RM12, Pelancong: RM25 | Kanak-kanak Warganegara: RM7, Pelancong: RM14 ; Kamera RM5

5. Kuala Lumpur Upside Down

Kalau Di Ibu Kota, 8 Lokasi Ini Memang Sesuai Untuk Habiskan Masa Sabtu & Ahad!

Kalau anda tidak pernah berkunjung ke rumah terbalik ini, anda patut masukkan dalam senarai tempat wajib dikunjungi bersama keluarga! Hal ini kerana, rumah terbalik di Kuala Lumpur ini merupakan rumah terbalik tertinggi di Malaysia. Kalau anda nak tahu, semua barang dalam rumah ini terbalik tau dan bila anda masuk pun badan anda pun akan terbalik juga! Pastinya, kunjungan ke rumah terbalik ini akan menerbitkan keseronokan anak-anak menghabiskan cuti hujung minggu.

Lokasi : Off, Jalan P Ramlee & Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur (KL Tower)

Waktu operasi : Setiap Hari (9.00am – 7.00pm)

Harga kemasukan : Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10

6. Blok Space

Kalau Di Ibu Kota, 8 Lokasi Ini Memang Sesuai Untuk Habiskan Masa Sabtu & Ahad!

Buat ibu bapa yang memang ‘kaki shopping’ tapi dalam masa yang sama risaukan keselamatan anak-anak ketika membeli-belah? Anda boleh bawa anak ke Blok Space yang terletak di dalam pusat membeli-belah juga. Mempunyai 5 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Blok Space ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk merangsang minda anak-anak. Dilengkapi dengan kelengkapan permainan lego, anak-anak juga dapat berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan jumpa kawan baharu! Barulah anda aman sikit nak membeli-belah kerana keselamatan anak pun terjamin.

Lokasi : Terdapat 5 cawangan di sekitar KL dan Petaling Jaya iaitu: IPC Shopping Centre Damansara, The School Jaya One, Main Place USJ 21, Empire Shopping Galery, 1 Mont Kiara.

IKLAN

Waktu operasi: Bergantung kepada cawangan BlockSpace

Harga kemasukan : RM18

7. Skybox KL Tower

Kalau Di Ibu Kota, 8 Lokasi Ini Memang Sesuai Untuk Habiskan Masa Sabtu & Ahad!

Selain District 21, tempat lain yang sesuai untuk anda seisi keluarga yang sukakan aktiviti yang menaikkan adrenalin, Skybox KL Tower adalah tempatnya! Bayangkan sahaja apabila anda berdiri atas kaca dalam ketinggian Menara Kuala Lumpur ini? Memang gayat lah jawabnya. Tak payah pergi jauh-jauh ke Melaka dan Pulau Pinang lagi untuk merasai pengalaman sebegini, kerana Skybox KL Tower pun tak kurang hebatnya! Memang lokasi menarik untuk bergambar.

Lokasi : Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Waktu operasi: 9:00 am – 10:00 pm

Harga kemasukan : Rujuk kadar di bawah

Kalau Di Ibu Kota, 8 Lokasi Ini Memang Sesuai Untuk Habiskan Masa Sabtu & Ahad!

8. Taman Eco Rimba Bukit Nenas

Kalau Di Ibu Kota, 8 Lokasi Ini Memang Sesuai Untuk Habiskan Masa Sabtu & Ahad!

Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan merupakan tempat hijau yang terpelihara. Sebaik sahaja anda memasuki taman ini, anda seperti terpisah dari dunia luar namun dapat menikmati suasana yang cukup tenang dan aman. Anda boleh menghirup udara segar dan menikmati suasana hijau menerusi jambatan gantung yang disediakan.

Waktu operasi :  7.00 am sehingga 7.00 pm

Harga kemasukan : Percuma

Jadi, apa tunggu lagi? Dah boleh mula rancang untuk bawa anak-anak dan isteri ni..!!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI