Macam mana bentuk badan nak sasa kalau anda selalu buat kesalahan masa workout? Ingat! Apabila anda melakukan workout dengan teknik yang betul, bukan saja bentuk badan jadi sasa, malah dapat membantu meningkatkan prestasi dan mempercepatkan hasil yang anda inginkan.
Kini ramai anak muda melakukan workout untuk mendapatkan bentuk badan sasa. Workout yang konsisten dan disiplin secara berperingkat terbukti memberi pelbagai faedah.
Antaranya meningkatkan hormon, menguatkan tulang, mengurangkan risiko kecederaan, mencerdaskan minda, menguatkan daya ingatan, meningkatkan produktiviti kerja dan sebagainya.
Workout itu bagus tetapi haruslah jujur kepada diri sendiri dan mempunyai kemahuan yang jitu ketika melakukan latihan. Bukan sekadar melakukan workout, anda juga perlu ketahui langkah-langkah yang betul.
Ramai yang melakukan kesalahan ketika workout kerana anda terlepas pandang. Perhatikan 5 kesalahan ini dan jangan sesekali buat. Kalau tak susahlah bentuk badan nak sasa.
1. Tidak belajar teknik asas daripada pakar
Ads
Ramai lelaki yang buat workout tidak mengamalkan teknik yang betul. Ini terjadi apabila mereka melakukan latihan tanpa bimbingan daripada pakar kecergasan bertauliah. Workout dengan hanya mendapatkan ilmu dari menonton video dan majalah sahaja tidak memadai.
Malah ramai yang tidak tahu hukum atau asas pergerakan sendi-sendi, bagaimana sendi itu boleh bergerak, pergerakan yang diharamkan, pergerakan yang mempunyai batasan (limitation) dan sebagainya. Rentetan daripada itu, biarpun dalam jangka pendek kesannya tidak kelihatan tetapi untuk jangka panjang ia boleh mencacatkan anggota badan.
Oleh itu, melakukan workout dengan teknik yang betul akan mempercepatkan lagi faedah bersenam. Malah jika anda melakukan teknik yang salah, ia akan mengakibatkan berlakunya kecederaan serta membuang masa dan tenaga.
2. Tidak buat pemanasan badan dan regangan
Memanaskan dan meregangkan badan adalah dua aktiviti wajib yang berbeza. Memanaskan badan dilakukan sebelum melakukan workout bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan persediaan mental serta fizikal.
Ads
Manakala regangan pula dilakukan selepas workout bagi tujuan untuk mengembalikan otot dan sendi pada kondisi asal. Dua aktiviti ini dapat meningkatkan dan memaksimumkan prestasi workout, selain mengurangkan risiko berlakunya kecederaan.
3. Tak ambil makanan & minuman berkhasiat
Ramai yang tidak sedar bahawa mereka memerlukan tenaga lebih untuk workout tidak kira di gym atau taman rekreasi. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, anda perlu makan sebelum melakukan workout. Seperti kenderaan, anda memerlukan minyak untuk bergerak dan prestasi minyak tersebut akan menentukan prestasi kereta anda.
Sama seperti tubuh, anda memerlukan makanan dan minuman yang berkhasiat untuk meningkatkan prestasi. Minuman bertenaga yang mempunyai caffience membantu prestasi manakala minuman isotonik pula membantu memulihkan ion mineral yang hilang ketika proses perkumuhan semasa workout.
Ads
4. Tidak mempelbagaikan pergerakan
Bagi anda yang inginkan bentuk badan sasa dan solid, amat digalakkan untuk anda mempelbagaikan penggunaan alatan workout. Bagi yang tidak mempelbagaikan pergerakan, hasilnya tubuh anda akan lambat terbentuk.
Ini menjadikan tubuh badan kaku terutama bagi anda yang jarang menggunakan alatan seperti cable, free weight, fitball, kettle bell, rope, trx cable, variation step up box. Apabila anda mempelbagaikan pergerakan, tubuh badan akan lebih fleksibel dan nampak lebih sasa berbanding lelaki yang hanya melakukan latihan asas dan mengangkat dumbbell sahaja.
5. Kejar kuantiti bukan kualiti
Ramai yang komplen workout yang dibuat tak menjadi, padahal cara anda tak bersungguh-sungguh. Untuk menampakkan anda buat workout, anda pulun semua aktiviti di gym. Sudahnya anda sendiri yang keletihan tapi hasilnya tak ada.
Jangan sesekali mengejar kuantiti workout dalam sehari kerana ia tidak mendatangkan apa-apa hasil. Jika anda mahukan keputusan yang terbaik untuk tubuh anda, anda perlu melakukan workout yang serius. Sebaik sahaja anda mula bersenam dengan tujuan sebenar, anda akan dapati workout anda menjadi lebih mudah dan hasilnya akan lebih baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi yang keliru nak makan masa diet, apa kata ambil kombinasi makanan untuk kurus ini. Ingat! Nak diet anda tak semestinya perlu berlapar dan mengikat perut.
Jika anda nak kenyang dan diet dalam masa sama, kombinasi makanan untuk kurus ini sesuai diambil kerana ia membantu menurunkan berat badan secara sihat. Paling penting makanan ini sedap dan berkhasiat!
1. TELUR + SAYUR-SAYURAN
Telur dapat membantu penyerapan karotenoid (pigmen warna dalam sayur-sayuran). Karotenoid dapat menurunkan berat badan, mencegah kanser dan menutrisikan kulit. Kombinasi makanan ini memberi manfaat hebat untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.
2. AYAM + CILI
Ayam kaya dengan protein sehingga membuatkan anda kenyang lebih lama. Manakala cili pula sangat bagus untuk mempercepatkan pembakaran lemak dan membantu tubuh untuk menukarkan makanan menjadi tenaga. Selain membuatkan anda cepat kurus, kombinasi makanan ini akan jadi bertambah sedap untuk dinikmati.
3. JAGUNG + KEKACANG
Menurut satu kajian, makan kekacang seminggu sekali lebih efektif untuk menurunkan berat badan berbanding anda berdiet tanpa makan kekacang. Ditambah lagi dengan jagung, ia dapat meningkatkan efek langsing pada tubuh kerana mengandungi pati yang boleh menyerap sebahagian besar kalori.
4. TEH HIJAU + LEMON
Teh hijau mengandungi catechins yang menjadikan ia kaya dengan antioksidan. Ditambah dengan buah lemon yang banyak khasiat, ia menjadikan kombinasi makanan ini terbaik untuk menurunkan berat.
5. SALMON + ASPARAGUS
Salmon kaya dengan Omega-3 manakala asparagus pula kaya dengan fiber dan protein yang membantu mengurangkan lemak dalam tubuh badan. Pastikan kombinasi makanan ini dibakar dalam ketuhar atau dikukus untuk anda mendapatkan manfaat kurus.
6. BADAM + GREEK YOGURT
Sesetengah vitamin terutamanya A, D & E sangat mudah untuk diserap apabila diambil dengan lemak. Badam kaya dengan kalsium, antioksidan dan vitamin E. Manakala Greek yogurt pula berkhasiat dengan vitamin D. Ini menunjukkan kombinasi makanan ini sangat sesuai dan terbaik untuk menurunkan berat.
7. AVOKADO + BAYAM
Kedua-dua makanan ini mempunyai banyak mineral dan vitamin. Pastikan anda menggunakan kombinasi makanan ini sebagai salad untuk menurunan berat badan. Bahkan bayam juga merupakan makanan terbaik jika dimakan dengan minyak zaitun. Manakala avokado pula sangat sesuai digabungkan dengan ikan, ayam dan roti gandum.
8. IKAN TUNA + HALIA
Ikan tuna mengandungi Omega-3 yang dapat mencegah penyimpanan lemak di perut dan halia pula membantu mencegah kembung perut. Ternyata ia kombinasi makanan yang sempurna untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.
Sumber: Bright Side
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bermula esok kita akan menyambut kedatangan bulan yang penuh berat, bulan yang mengajar kita erti sebenar kesabaran, Ramadan al-Mubarak.
Pasda bulan puasa, kebiasaannya aktiviti fizikal juga akan menjadi lebih kurang terutamanya senaman. Namun anda yang aktif bersenam secara rutin mungkin tertanya-tanya adakah ia masih boleh dilakukan?
Jawapannya, mengapa pula tidak boleh!
Ya, melakukan senaman sepanjang bulan Ramadan ketika diri sedang berpuasa sememangnya tidak semudah yang kita sangka. Akan tetapi ia boleh dilakukan jika anda mengikuti mengikuti panduan dan langkah yang baik. Senaman juga perlu diikuti dengan objektif serta tahap kemampuan diri, ia boleh memberikan kesan sangat baik.
Di antara salah satu satu faktor yang paling penting ialah mengetahui bilakah waktu yang paling sesuai untuk melakukan senaman di bulan puasa. Jadi bilakah waktu terbaik untuk melakukan senaman sepanjang berpuasa?
WAKTU TERBAIK
Waktu terbaik melakukan senaman ialah satu jam sebelum waktu berbuka puasa. Dan bila tiba waktu berbuka, minumlah air yang tidak berlakori atau berkalori rendah sahaja.
Lakukan senaman intensiti rendah dengan kadar degupan jantung tidak melebihi 65% kadar maksimum. Untuk mengetahui anda berada pada paras itu perhatikan sama ada anda berasa lega dan boleh bercakap dengan baik tanpa rasa tercungap-cungap.
Antara senaman yang baik dilakukan ialah slow jog, brisk walk (ikut kemampuan individu), sukan kasual dan sebagainya. Anda perlu tahu bahawa setelah seharian berpuasa dan kehabisan glycogen, badan terpaksa membakar lemak untuk sumber tenaga senaman.
SENAMAN INTENSITI TINGGI
Sesetengah penggemar senaman yang sudah biasa dengan bentuk intensiti tinggi pasti teringin melakukan perkara sama di bulan Ramadan. Tapi ia sebenarnya tidak digalakkan untuk diamalkan ketika berpuasa.
Latihan intensiti tinggi seperti HIIT, tabata dan senaman kardio high instensity perlu dielakkan. Senaman-senaman ini jika dilakukan tanpa air boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Antaranya ialah risiko kecederaan otot, pengsan, serangan jantung dan masalah kesihatan lain yang tidak berbaloi untuk kita menanggung risikonya.
Oleh itu lakukanlah senaman yang sederhana dan sesuai dengan tahap kemampuan diri di sepanjang bulan Ramadan.
Teruskan mengamal SOP dengan baik apabila bersenam di luar. Jaga jarak dengan baik dan pakai pelitup muka bila sudah selesai bersenam. Dan basuh tangan dengan kerap!
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.