Kalau Mulut Suka Mengunyah, Apa Kata Cuba Snek Ni

Share

Tentu anda sudah tahu bagaimana untuk menikmati hidangan apabila sedang berdiet kan? Makan 6 kali sehari sukar untuk anda kerana kebanyakan anda tidak tahu makanan apa yang bersesuaian dengan tubuh anda, dan makanan sihat apa yang harus anda makan lagi selain daripada salad dan protein seperti ikan dan ayam. Tentunya makan antara makan utama lebih menyedihkan apabila anda tidak dibenarkan makan makanan yang mempunyai kalori lebih daripada 100kal. Hari-hari nak telan buah-buahan atau kacang-kacangan sememangnya muak. Kadang-kadang rasa nak muntah. Ini antara makanan yang boleh anda jadikan snek siang, petang atau malan jika badan anda berasa lapar dan untuk cukupkan meal plan anda setiap hari.

 

Avocado Cracker

Apa yang ada perlukan adalah biskut crackers yang ber fiber, Avocado, Tomato, garam, dan papper. Jika anda ingin makan sesuatu yang berbeza, anda kenalah sedikit rajin. Makan ini diantara makan sarapan dan makan tengah hari. Barulah perut rasa sedikit terisi.

 

Hummus & Veggies

Anda pasti pernah dengan Hummus kan? Makanan arab ini sebenarnya adalah campuran kacang kuda yang telah dikisar dan diletakkan minyak zaitun. Sememangnya sos ini baik untuk mereka yang sedang menjaga badan. Tidak mempunyai banyak kalori, kami sarankan anda cicah Hummus tadi dengan sayur-sayuran yang mempunyai karbo sihat iaitu lobak merah dan timun. Sedap pun sedap, kenyang pun kenyang. Makan ini pada waktu minum petang anda dengan bilas air masak. Tak adalah kalori anda mendadak naik.

 

Kacang-kacangan

Bukan senang untuk asuh perut anda menerima makanan sihat jika anda seorang yang rajin makan makanan berminyak dan tidak sihat. Kacang-kacangan sebenarnya bagus untuk anda kerana ia mengandungi serat yang baik untuk tambahkan metabolisme anda. Campurkan keluarga kacang ini seperti gajus, pistachio, badam, buah kering, buah pala untuk anda nikmati saat-saat anda ingin mengunyah.

 

 

 

Saderi dan Kawan-kawan

Apa yang boleh dibuat dengan saderi dan kawan-kawan ni? Siapa kawan-kawannya? Bukan team wonder pets namun, pengubahsuaian makanan ini sesuai untuk dinikmati oleh mereka yang sudah buntu dengan makanan jenis apa yang harus dinikmati terutamanya waktu snek. Bahan yang anda perlukan adalah saderi, healthy peanut butter dan kismis sedikit. Hanya sapukan peanut butter di atas batang saderi dan lenkapkan ia dengan taburan kismis. Nescaya perut anda akan kenyang dan terisi dalam antara masa makan utama. Tak percaya cubalah.

 

Apple dan Peanut Butter

Tengok gambar saja sudah membuatkan mulut anda berair. Kemanisan buah apple dengan campuran peanut butter melengkapkan lagi selera anda. Pelbagaikan makanan anda dan anda tidak akan bosan dengan diet harian anda. Sesuai untuk anda yang malas nak prepare meal anda.

 

 

 

IKLAN