Kalau Nak Muka Nampak Awet Muda, Tak Salah Amalkan 8 Petua Tradisi Ini!

Share

Semua orang kalau boleh nak muka sentiasa nampak muda balik meskipun usia sudah memasuki 30 tahun dan ke atas.

Perkara ini tidak salah dan untuk mendapatkan kulit wajah yang awet muda, ada caranya yang cukup mudah serta selamat dipraktikkan semua orang.

Sehubungan itu menerusi entri ini, Maskulin dengan suka citanya akan berkongsi 8 petua tradisi yang disarankan ‘orang-orang lama’ untuk manfaat muka seperti :

1. Elakkan merokok

Kalau anda memang seorang perokok, memang payah nak nampak muda. Kecuali anda berhenti rokok dan jauhkan diri dari asap rokok. Ini kerana asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata.

2. Jauhi makanan yang kurang berkhasiat

Makanan kurang berkhasiat sudah tentu termasuk makanan ringan, maggi, fast food MCD, KFC, Burger King dan sewaktu dengannya. Jauhkan diri anda dengan pemakanan sedemikian dan amalkan makanan yang lebih sihat dan berkualiti.

3. Bersukan

Bersenam secara teratur juga dapat mengekalkan kecergasan dan juga boleh mengurangkan stress.

4. Mengamalkan doa untuk awet muda

Ini adalah salah satu doa sendiri (bahasa Melayu) yang boleh kita amalkan, Insya’Allah.

”Wahai Tuhan, aku berlindung kepadaMu daripada kelemahan dan ketuaan dan aku berlindung kepada Mu daripada timpaan bala celaka, kecelakaan dan nasib yang buruk. Ya Allah, daku ( insan ) lemah, kuat dan segarkanlah diriku, ya Allah yang Maha Pengasih.”

5. Sentiasa positif dan tenang dalam menghadapi stress

Lelaki yang sentiasa tenang ketika masalah timbul dan bijak menyelesaikannya, kebiasaanya kurang mengalami stress. Lihat saja wajah mereka, kelihatan tersenyum saja seolah-olah tidak ada apa-apa masalah yang berlaku.

6. Meminum air herba

Minumlah air herba seperti tongkat ali, kacip fatimah atau akar kayu dan air suam. Selain itu, anda boleh juga mencuba teh herba, teh hijau, buah goji dan apricot. Berdasarkan petua orang-orang dahulu, herba sememangnya baik untuk tubuh. Dalam masa sama, boleh minum air suam kerana ia bersifat mencuci dan meneutralkan darah dalam tubuh.

7. Air embun

Letak piring, sebelum tidur di tempat yang luas, kemudian ambil airnya dan menyapu badan dengan air embun setiap pagi selepas solat subuh untuk mendapatkan tubuh yang segar. Insya’Allah..

8. Vegetarian

Mengikut kajian, orang vegetarian tidak makan daging. Maka, berat badan menjadi stabil. Sayur dan buah pula memiliki banyak warna. Jadi, semakin berwarna semakin sihat makanan anda.

Semoga bermanfaat!

IKLAN