– Sebelum meluahkan kata cinta, beri peluang kepada diri anda dan juga si dia untuk mengenali diri masing-masing. Mungkin ketika keluar bersama rakan-rakan atau melakukan tugasan bersama adalah detik terbaik untuk anda menonjolkan diri. Jangan pula ‘over’ dan mendesak!
‘Baca’ Si Dia
– Bukan sahaja melalui perbuatan, anda juga perlu membaca gerak bahasa badan dan renungannya untuk mengetahui sama ada dia menyukai anda atau tidak. Sekiranya dia asyik menjauhkan diri bila bertemu kamu, maka bolehlah diketahui untuk permulaan ini yang si gadis tidak selesa lagi dengan anda. Andai dia suka malah sering pula berbalas-balas sms maka anda sudah berada di landasan yang betul.
Kesempatan
– Jangan lepaskan setiap kesempatan yang ada untuk mengajaknya keluar makan bersama. Kadang kala detik itu hanya datang sekali dan jika anda membiarkan sahaja mungkin peluang itu tidak akan datang kembali. Berjalan bersama menemani gadis ketika melangkah menuju ke parkir kereta juga satu yang baik dalam memberi tanda yang anda menyukainya.
Ads
Buka Ruang Cinta
– Untuk menyintai seseorang, anda juga perlu membuka ruang cinta dalam diri. Ini akan menjadikan supaya keduanya lebih faham tentang isi hati dan keinginan masing-masing. Kongsilah kisah-kisah lucu anda dan dia, cita-cita atau apa sahaja yang boleh menjadikan hubungan itu lebih serius. Ini adalah penting untuk membina kepercayaan di antara keduanya dan adakah si gadis merupakan pilihan yang tepat untuk anda? Ini boleh diketahui dari sumber yang dikurniakan oleh Tuhan iaitu hati anda. Adakah si gadis serasi atau tidak?
Ads
Alasan Tepat
Adalah penting untuk anda mengetahui kenapa anda jatuh cinta dengannya? Apakah yang ada pada si gadis sehingga membuat anda terpesona? Nilai seperti bentuk badan, gaya berpakaian dan sebarang elemen fizikal yang lain adalah lebih kepada nafsu semata. Manakala jika memilih kerana si gadis seorang yang berperwatakan baik, mengambil berat dan elok budi bahasa maka ia akan hadir dalam nilai cinta yang sejati. Kelakuan anda sendiri yang akan menentukan apa niat yang sebenar.
Ads
Luahkan
– Perlu berani untuk meluahkan segala perasaan yang terpendam kepada si dia. Sudah pasti tiada pihak yang akan mengetahui perasaan cinta itu jika anda hanya memendam rasa. Luahkan dengan cara yang paling sederhana di tempat dan masa yang sesuai. Jangan terburu-buru.
Yakin
– Yakin dalam diri akan perkataan dan tindakan anda. Ini akan melihatkan anda membuat keputusan yang berani dan bertindak cara dewasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk menjadi fit dan sehebat hari ini bukan mudah. Mohd Arif Afifi Bin Mohamad Sukri yang berusia 26 tahun melalui 7 kali try and error untuk mendapatkan berat badan idaman dan menjadi Fitness Trainer hari ini. Ikuti pengalamannya dalam melalui liku-liku untuk menurunkan berat badan.
*Boleh ceritakan sedikit perjalanan coach kurangkan berat badan?
Cerita nak diet ni sebenarnya dah teringin nak mula dari sekolah menengah lagi. Kerana berat badan masa sekolah menengah saya tergolong di kalangan mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kemudian berat naik ketika saya sambung pengajian di peringkat Diploma dan seterusnya di peringkat Ijazah.
Perjalanan diet saya tidaklah seindah hamparan permaidani merah. Adakala ia ditaburi dengan kaca, kerikil dan juga duri-duri sepanjang saya diet itu. Cabaran ini datang dari pelbagai sudut. Dari diri sendiri, dengan nafsu makan yang membuak, kawan-kawan dan juga suasana persekitaran.
Saya pernah ditanamkan ke dalam pemikiran bahawa saya tidak akan kurus. Kerana keluarga saya besar-besar belaka. Lalu dijadikan alasan obes disebabkan keturunan. Masa gemuk orang selalu pujuk hati cakap takpe gemuk pun. Asalkan sihat dah ok.
Sebenarnya tidak. Itu hanyalah ayat penyedap hati yang selalu diulang-ulang untuk menyejukkan hati. Walhal tuan tubuh sendiri tahu betapa tidak bagus dan tidak sihatnya mempunyai masalah berat badan berlebihan ini. Pergerakan terbatas, aktiviti yang terhad, sistem pernafasan tidak bagus ( mudah penat) dan masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi dan juga kandungan gula yang tinggi. Semua ini bukanlah satu hal yang baik.
Lebih sedekad saya hidup sebagai orang yang obes, hinggalah pada tanggal 2 Februari 2015 saya telah bulat hati untuk laksanakan perubahan. Tarikh itu dipilih memandangkan ia adalah tarikh lahir saya yang ke 23. Maka selepas membuat beberapa pembacaan tentang diet saya pun memulakannya secara perlahan-lahan.
Masa diet saya tak buat semua benda sekaligus. Saya mula secara berperingkat. Saya tahu kalau buat semua sekaligus diet saya akan temui kegagalan. Saya set pada minda diet bukan nak turun berat badan sahaja. Tetapi juga menjaga kesihatan saya. Kurus pula adalah satu bonus yang penting badan saya sihat dan cergas.
Saya mula dengan limitkan air manis sahaja pada permulaan dan lama kelamaan saya tingkatkan kualiti diet dengan kurangkan pula nasi, makan secara berjadual dengan baik, disiplin dengan rutin dan pekakkan telinga dari apa yang orang sindir-sindir. Saya jelas dengan apa yang saya buat itu buatkan saya gembira.
Saya perasan dalam diet yang buatkan saya berjaya ini adalah sepanjang diet saya tidak langsung pernah stress. Dan tak pernah pun anggap yang saya sedang diet yang ketat. Hanya setkan sebagai yang saya sedang menjaga kesihatan agar jadi lebih baik. Penimbang pun saya tak timbang hari-hari. Saya buat dengan enjoy sekali.
Itulah pertama kali saya rasa diet tidak stress dan seronok ya amat. Saya gembira dari rutin yang saya buat bila ia dibuat secara berperingkat. Lagi seronok pada setiap kali hujung minggu saya akan buat cheat day. Benda ni wajib untuk saya. Yalah dah 6 hari saya on track dengan diet, apa salahnya saya ambil satu hari untuk raiakan diri.
Maka bila cheat day tu saya akan makan segala bend yang saya tak sentuh masa on track. Air manis, makanan yang minyak-minyak sikit dan kuantiti pun akan lebih pada hari tulah. Cuma ingat hari tu sahaja. Hari lain on track.
Saya juga selalu pujuk hati dan maafkan diri sendiri. Kalau saya tersasar haritu saya akan kata takpe, esok akan usaha lain. Begitulah. Hinggalah satu hari seorang sahabat rumah saya minta saya pakai baju yang lebih kecil. Alangkah gembiranya bila saya dah mula boleh sarung baju saiz L. Sebelum ni kemana-mana pun saya pakai baju saiz XXXL tanpa sedar bahawa baju saiz L dah boleh sarung. Seronok ya amat.
Disitulah saya dapat tahu dan perasan bahawa berat saya sudah mula berkurang dan ada perubahan inchloss dalam badan.
*Berapa lama tempoh yang diambil?
“Fasa pertama saya fokus pada kardio. Yang menyebabkan berat saya turun secara mendadak dalam tempoh kurang lebih dalam tempoh 3 bulan. Selepas itu saya mula menaikkan sedikit berat badan dan fokus pada beberapa senaman beban. Kurang lebih makan waktu hampir setahun juga.”
*Apa diet yang diamalkan?
Sebenarnya banyak jenis diet yang telah diamalkan oleh orang ramai. Namanya pula sangat pelbagai. Secara umum diet semuanya terkait dengan bagaimana pengambilan kalori kita seharian. Saya memilih untuk diet dengan mengawal kalori yang masuk ke dalam badan. Dan ia dilakukan secara konsisten, sabar dan penuh disiplin.
*Bagaimana pemakanan? (makanan yang diambil dan dielakkan)
Masa diet dulu saya masih makan nasi seperti biasa. Tak ada tinggal nasi sebab saya tahu orang melayu dan nasi itu sukar untuk dipisahkan. Saya sebagai melayu sejati mestilah tak tinggal nasi. Itu yang utama. Haha. Cuma apa yang saya buat adalah kurangkan kuantiti nasi yang diambil. Orang akan terkejut bila saya cerita, sepanjang diet dulu saya makan nasi 2-3 kali sehari. Namun itu yang saya buat.
Cuma nasi itu hendaklah diambil dalam sukatan terkawal dan sederhana. Saya sentiasa disiplinkan diri untuk makan nasi pada setiap kali waktu makan dengan jumlah segenggam tapak tangan sahaja tidak lebih. Itu yang saya buat.
Untuk makluman juga saya amat pantang dengan air manis. Sepanjang diet saya tak sentuh langsung air manis dan hanya fokus kepada air kosong sahaja. Jadi di situ saya dah boleh jimat kalori dari air manis. Hehe.
Selain itu sumber protin juga saya memilih yang kurang lemak dan garam. Amat elakkan protin yang dimasak dengan rendaman minyak penuh (Deep Fried) dan saya banyak fokus pada makanan jenis rebus-rebus atau bakar-bakar sahaja yang semestinya lebih mesra kalori.
Sayur tidak tinggal. Walaupun saya bukanlah penggemar sayur satu ketika dahulu. Namun bak kata orang, Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Maka saya cekalkan hati untuk makan juga sayur. Itulah sedikit sebanyak pemakanan yang saya amalkan dan saya sentiasa variasikan makanan saya. Tidak terikat dengan menu-menu yang sama sahaja setiap hari.
Saya makan 5-6 kali sehari. Bukan diet tahan lapar tak makan apa-apa dari pagi sampai malam. Saya aturkan jadual makan dengan baik. Ada sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam, dan supper. Semuanya ini masih dalam kawalan dan kalori yang bersesuaian dengan saya.
Namun seminggu sekali saya masih adakan cheat day. Untuk rewardkan untuk diri sendiri.
*Bagaimana pula dengan senaman yang diamalkan?
Senaman itu saya buat. Supaya badan saya tetap aktif dan bukan kurus semata-mata tetapi tidak cergas. Sewaktu berat 125kg dulu saya tak mula dengan joging atau buat aktiviti fizikal yang membebankan lutut. Saya belajar dari kesilapan dulu yang saya sangka kalau nak diet wajib joging. Walhal saya sendiri tidak mampu disebabkan masalah berat badan.
Jadi apa yang saya buat? Saya fokus untuk ambil waktu pada setiap petang untuk berjalan kaki sekurang-kurangnya 20 minit sehari. Ini sudah memadai bagi saya kerana saya tidak mampu untuk berjoging ketika itu akibat masalah berat badan. Saya juga banyakkan kegiatan aktifkan diri. Dengan banyak turun naik tangga, kurangkan ambilan lif, parkir kereta jauh-jauh dan jika ke pasaraya untuk beli barang saya akan pusing dua tiga kali pasaraya tu barulah beli barang. Ini antara rutin saya buat.
Lama kelamaan bila berat saya mula mencecah angka 98kg, barulah saya mula joging dengan kadar perlahan ikut kemampuan. Selepas itu mula perlahan-lahan dengan buat senaman beban dan beberapa aktiviti lain seperti push up, sit up dan beberapa rutin lain dalam senaman.
*Pernah putus asa?
Pernah dan banyak kali sebenarnya. Lebih dari 7 kali percubaan diet yang saya buat bermula dari sekolah lagi. Namun kebiasaan mampu bertahan selama 3 hari sahaja. Selepas itu akan kelaut semula. Banyak faktor gagal ini sebenarnya. Kurang disiplin, ilmu diet yang tak betul dan buat berdasar ikut-ikutan sahaja.
Kegagalan adalah satu pengalaman berharga untuk terus maju ke hadapan.
*Apa yang menjadi kekuatan untuk kekal bersemangat menurunkan berat badan?
Tidak ada kekuatan yang terkuat melainkan diri sendiri. Diri sendiri yang kena kuat. Kemudian barulah boleh ditagih kekuatan itu dari ahli keluarga dan sahabat handai yang baik. Namun semestinya dalam setiap usaha saya selalu sandarkan usaha dan kekuatan saya kepada Tuhan. Setiap hari saya akan doa memohon kekuatan dan istiqamah. Tanpa izin dan kekuatan dariNya saya takkan jadi apa yang saya dapat sekarang.
*Bagaimana penerimaan keluarga saat mengetahui coach sedang berusaha mengurangkan berat badan?
Pada awalnya mereka sendiri tidak percaya. Bahkan ada yang anggap saya hanya hangat-hangat tahi ayam saja. Abah pula selalu cakap, “Kita tengoklah Abang Arif tahan lama mana dengan diet dia?” Hehe. Ini saya fikir cabaran dari abah barangkali. Namun dalam hal ini saya amat bersyukur, emak sangat menyokong. Beliaulah dietitian tak bertauliah saya yang pertama.
Ketika saya nyatakan hasrat mahu diet emak yang tolong masakkan makanan khas buat saya. Lauk-lauk pun semuanya rebus dan bakar-bakar sahaja. Syukur hari ni saya mampu balas kepercayaan yang emak dah bagi selama ini!
*Antara dialog yang dilemparkan kepada coach yang membuatkan coach tak boleh lupa?
“Kau diet lah camana pun. Gemuk tetap akan gemuk dan takkan berjaya punya, kau ditakdirkan untuk gemuk dan orang gemuk selalu ketinggalan.” Hehe. Itu antara dialog popular. Bab kena panggil dengan gelaran King Kong, Badak masa sekolah dulu dengan kawan-kawan perempuan tu biasalah. Hehe.
*Bagaimana pula dengan nasihat dan dialog positif yang diterima, boleh kongsikan?
Walaupun dikelilingi dengan persekitara yang negatif semasa proses diet ini saya masih lagi ada lagi sebagian komuniti positif yang sentiasa menyokong. Kata yang selalu saya pegang, Perjuangan ini adalah perjuangan antara saya dengan diri sendiri. Tidak perlu fikir tentang apa yang orang lain akan terima. Jika dibuat pun tak untungkan tak untungkan mereka, jika ditinggal pun tak merugikan mereka.
Fokus dan buat untuk diri sendiri. Biar mereka yang pandang rendah hari ni akan terpaksa melangut tinggi bila dah berjaya. Buktikan!
*Dari mana coach belajar tentang pengambilan makanan yang betul?
Sebelum mula diet secara serius ini saya telah buat beberapa pelaburan ilmu dengan belajar dari kawan-kawan saya di bidang perubatan dan juga dietitian. Selepas itu saya mula membaca blog-blog kesihatan yang ada. Salah satunya dari Coach Kevin Zahri (Cikgu Fitness Malaysia) yang memberi tunjuk dan panduan bagaimana melakukan diet secara sihat.
*Apa pendapat coach mengenai penjagaan makanan yang sihat dan juga senaman? Penting ke?
Sangat penting. Penjagaan makanan membantu dalam mengurangkan berat badan. Namun senaman akan terus mencergaskan badan dan bina stamina dan otot yang lebih kuat. Dalam diet kurus bukan matlamat. Tetapi badan yang cergas dan sihat juga antara fokus utama. Tidak dapat tidak, senaman mesti jadi keutamaan juga. 80% jaga makan, 20% senaman.
*Coach pernah mencuba supplemen kurus ke?
Tidak pernah. Suka Neutral.
*Apa pandangan coach mengenai suplemen kurus?
Terpulang bagi mereka yang mahu gunakan. Itu atas pilihan masing-masing. Namun nasihat saya cuba dapatkan dahulu semakan kesihatan dari doktor sebelum menggunakan sebarang suplemen. Kerana risiko yang amat tinggi bagi mereka yang tidak tahu status kesihatan bila guna supleman secara tak terancang. Semestinya nasihat mestilah dari mereka yang berautoriti dan bukan dari penjual suplemen itu.
Suplemen bukanlah ubat kurus. Itu yang harus disetkan oleh minda. Saya sendiri tidak menggunakan sebarang suplemen dan sememangnya kita semua boleh kurus walau tanpa suplemen. Jika mahu jimat dietlah secara alami tanpa suplemen.
*Peristiwa yang tak dapat dilupakan sepanjang weight loss journey?
Gambar saya ditangkap masa tengah berjoging dan muka kepenatan gila (masa tu tengah gemuk lagi) lalu dimasukkan ke dalam grup whatsapp dan saya kena bahan dengan member-member. Hahaha. Disindir oleh rakan-rakan sekelas dan begitulah keadaannya.
*Apa nasihat coach kepada orang ramai yang ingin mengurangkan berat badan?
Niat kena jelas dan fokus haruslah diberikan sepenuhnya semasa diet. Nak diet jangan buat semua secara drastik. Buatlah secara berperingkat dan jangan ikut menu orang itu atau orang ini. Lain orang lain citaranya. Binalah plan pemakanan kalian yang tersendiri. Yang penting masih menepati menu masakan sihat dan berkualiti.
Untuk senaman pula jangan buat apa yang orang lain boleh buat. Ikut dan buatlah senaman mengikut keupayaan diri masing-masing. Stamina dan tahap kecergasan kita tidak pernah sama. Lakukan mengikut kemampuan diri akan mengurangkan risiko untuk kecederaan yang berpanjangan.
Selain itu janganlah rasa stress dalam usaha diet ini. Buatlah ikut kemampuan dahulu. Sentiasa maafkan diri sendiri juga antara faktor kejayaan dalam diet. Sabar dan elakkan sikap tergopoh-gopoh terutama memikirkan tentang berat yang tak turun-turun. Bertenanglah kawan. Badan gemuk pun bukan makan sehari dua, tetapi bertahun lamanya bukan? Maka berilah badan waktu untuk faham diet yang kalian buat dan bersabar semasa prosesnya. Saya juga menasihati agar kalian buatlah sedikit pelaburan ilmu dengan pergi ke kelas atau seminar kecergasan dari mana-mana coach atau dietitian sekalipun. Belajar dan galilah ilmu diet dari kelas-kelas yang mereka anjurkan, Insyaallah ia akan jadi satu pelaburan ilmu yang baik.
Doa saya sentiasa mengiringi kalian yang ingin menurunkan berat badan secara sihat. Jika saya boleh kalian juga pasti boleh. Semoga terus istiqamah dan konsisten dengan apa yang kalian laksanakan. Tamatkan apa yang telah dimulakan.
Untuk info lanjut boleh ke FB dan IG Coach Mohd Arif Afifi Bin Mohamad Sukri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semua orang pernah melakukan kesilapan tetapi adakah kaum lelaki perlu jujur kepada pasangannya dengan membuka semua rahsia? Walaupun sebelum hubungan itu bermula? Jom semak!
Dalam kes-kes tertentu, sesuatu perkara tidaklah begitu membanggakan dan ada sebab mengapa ia dirahsiakan daripada pengetahuan pasangan. Akan tetapi, wanita sering mengatakan lelaki tidak berlaku jujur jika tidak berterus-terang dengan mereka. Bagaimana untuk hadapi mereka ini? Relaks sahaja. Ini senarai rahsia ‘boleh’ dan ‘tidak boleh’ anda dedahkan.
Kaki Porno
Ehem…ini realiti dunia lelaki. Akan tetapi jika boleh jangan sampai kantoi dengan isteri ataupun teman wanita anda. Bukan apa, takut menimbulkan pergaduhan. Bagi lelaki, ia normal dan perkara yang seronok untuk ditonton tetapi bagi pasangan berlawanan jenis ia bermaksud anda mencari kepuasan lain. Jika boleh ‘delete’ semua ‘link’ web yang telah dilayari sebelum pasangan menggunakan komputer anda.
Makwe Lama atau Skandal
Baik anda berterus terang pada awal perhubungan sekiranya anda masih berhubung dengan bekas kekasih atau pernah menduakannya. Masalah besar jika si dia ketahui daripada teman lama di Facebook atau musuh anda sendiri. Apatah lagi wanita terkenal dengan kebolehannya mengorek rahsia pasangan.
Bagi yang suka bertukar pasangan, tidak perlu anda senaraikan bekas teman wanita untuk diberitahu kepada pasangan sekarang tetapi cukup sahaja mengatakan anda sudah melupakan semua itu dan inginkan kehidupan yang sebenar dengannya. Relaks bro, kebiasaannya wanita mulai tenang jika dia rasa dihargai.
Hutang Bertingkat-tingkat
Sebelum anda berkenalan dengan dirinya, anda sudah pun mempunyai hutang. Ada pasangan yang tidak gemar suami dan teman lelakinya berhutang. Namun, itu adalah pilihan anda untuk terlibat dengan hutang. Bab hutang ini jika boleh dijelaskan kepada pasangan kerana pasangan mudah bertengkar tentang kewangan. Setidaknya dia tahu tentang aliran kewangan anda.
Fahaman Politik
Hah! yang ini ada masalah. Apa-apa pun pegangan politik anda, cuba bersikap profesional. Dedahkan sahaja parti politik mana yang disokong kepada pasangan agar dia tahu di mana haluan anda. Ingat ya! Jangan perlekehkan pilihan politik pasangan kerana masing-masing ada sebab kenapa mereka memilih parti tersebut. Jangan bergaduh kerana politik kerana ia perbuatan sia-sia sahaja.
Pemilihan makanan yang betul sangat perlu dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Antara usaha salah dan sia-sia yang selaku kita lakukan ialah dengan tidak menyentuh langsung makanan yang digemari, mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit dan lebih teruk lagi sanggup berlapar tanpa mengambil sebarang makanan.
Tentunya ia seakan menyeksa diri sendiri. Dah jom jadi bijak dengan mengamalkan cara diet yang sihat ini Kini, anda sudah mampu tersenyum dan tidak perlu lagi mengamalkan diet yang keterlaluan.
1. Pilih Cip sayuran berbanding cip kentang
Sudah terang lagi bersuluh yang cip sayuran lebih baik daripada cip kentang. Lebih baik lagi jika anda buat sendiri cip sayuran itu di rumah kerana ia lebih sihat berbanding cip yang anda beli di kedai. Sayuran mempunyai banyak vitamin yang diperlukan oleh badan kita.
2. Pilih Kentang beku berbanding kentang segar
Kedua-dua kentang ini mungkin nampak sama kandungannya. Perbezaannya adalah jika anda memilih kentang beku, anda akan kenyang lebih cepat kerana kentang beku mempunyai sjenis kanji yang sihat.
3. Pilih Oatmeal berbanding muesli yang dibeli di kedai
Oatmeal yang diletakkan buah-buahan dan kekacang yang anda lakukan sendiri di rumah adalah lebih sihat berbanding muesli yang anda beli di pasar raya. Pasti mengandungi perasa dan gula yang membuatkan ia lebih menarik. Disebabkan itu, ia lebih tinggi kalorinya berbanding oat ringkas.
4. Pilih Buah-buahan berbanding biskut
Setiap kali anda mahukan snek, tangan anda pasti akan mencapai sesuatu yang manis. Biskut mengandungi gula berlebihan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Jika anda memilih buah, anda akan menerima vitamin dan nutrien yang diperlukan tubuh.
5. Pilih Popcorn berbanding campuran kekacang
Nampak tidak masuk akal kan? Tetapi adalah lebih baik anda mengambil popcorn kosong atau sedikit masin berbanding campuran kekacang yang kebiasaannya digoreng dengan minyak.
6. Pilih Gingerbread berbanding coklat
Malangnya, coklat susu merupakan antara makanan yang tidak elok untuk tubuh anda. Disebabkan itu, sekiranya anda ingin makan makanan yang manis, pilih gingerbread yang lebih sihat.
7. Pilih Sorbet berbanding aiskrim
Pencuci mulut berasaskan aiskrim sebenarnya mengandungi lemak yang tinggi. Sorbet dan fruit ice pops sedikit berbeza dengan aiskrim. Ia mengandungi lemak dan kalori yang lebih rendah.
SUMBER: via Brighside
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang