Sukan

Kejayaan Besar BDB Rafting Kulim 2017

Share

Tahniah atas kejayaan program BDB Rafting Kulim 2017, program terakhir untuk siri kedua Triple Challenge 2017.  Dua acara sebelum ini ialah Climb & Run Langkawi dan Extreme Jitra 2017 turut menempa kejayaan yang sama. 

Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff, berkata acara kali ini lebih mencabar apabila kesemua 25 pasukan yang bertanding terpaksa menempuh arus deras sejauh 600 meter di Sungai Sedim Kulim Kedah.

Katanya, penganjuran sukan air ini adalah yang pertama kali diadakan dan ia dilihat sangat menarik dan ekstrem. Peserta dibahagikan kepada dua pasukan iaitu pasukan yang terdiri sepenuhnya ahli lelaki dan satu pasukan terdiri dari pasukan campuran lelaki dan wanita.

Acara sukan lasak ini turut dirasai sendiri rakan media juga para petugas BDB sendiri sebelum hari pertandingan berlangsung, kesemuanya rasa sangat teruja apatah lagi buat mereka yang baru pertama kali melakukan sukan air ini.

Juara pertandingan bagi kategori lelaki dimenangi oleh pasukan One Trilion dan bagi kategori campuran pula dimenangi oleh pasukan Radak Adventure. Masing-masing membawa hadiah berupa wang tunai bernilai RM1000.

Senarai pemenang 

Pasukan Lelaki

1.One Trilion

2.JPS

3. Libang @ Huru Hara

4. Budak Guides

5. Kembara Murni

Pasukan Campuran

1.Radak Adventure

2.BGA

3. KSRS

4.Nomad Adventure

5.Tembuakar Borneo

IKLAN