Mula muncul dan dikenali menerusi program nyanyian Akademi Fantasi musim keempat pada 2006, Dr. Diddy Hirdy kembali mengagumkan orang ramai apabila berjaya mengenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada tahun 2022.
Dr. Diddy, atau nama sebenarnya Syamsul Hirdi bin Muhid, 39, masih tampak cergas dan awet muda ketika ditemui Maskulin di pejabatnya di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Apa tidaknya, pelantun lagu “Hilang” ini menjelaskan yang beliau mempunyai rutin yang diamalkan sejak beliau menetap di Liverpool, England untuk menjalani pengajian PhD nya.
@maskulinmySejak dahulu lagi, Dr Diddy memperuntukkan waktu pagi untuk bersenam dahulu sebelum memulakan rutin harian. Patutlah alumni Akademi Fantasia musim 4 ini masih kekal cergas dan awet muda sehingga kini. #DiddyHirdy #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Bersenam Sebelum Mulakan Hari
Berkongsi kepada Maskulin, setiap pagi beliau akan bangun seawal jam 4.30 pagi untuk bekerja sebagai pekerja pembersihan sebuah firma guaman di pusat bandar Liverpool.
Selepas bekerja selama dua jam sehingga jam 7.30 pagi, beliau akan ke salah sebuah pusat membeli-belah di sana untuk bersarapan.
Kemudian, baru lah Dr. Diddy akan ke universiti namun beliau tidak langsung masuk ke pejabat yang disediakan untuk pelajar PhD.
“Sampai universiti, saya pergi pusat kecergasan dahulu. Saya pergi gim,” jelasnya kepada Maskulin.
Ads
“Saya pergi gim dulu, bersenam. Mandi, dah bersihkan badan baru saya masuk pejabat dan mulakan hari saya sampailah petang”.
Sentiasa Bawa Bekal Makanan
Selain itu, Dr. Diddy turut menitik beratkan pengambilan makanan seimbang di mana beliau sentiasa membawa bekal yang disediakan di rumah.
“Saya makan benda-benda yang berkhasiat, protin dan sebagainya,” katanya.
Disebabkan rutin sedemikianlah bekas peserta Akademi Fantasia musim 4 ini mampu mengekalkan bentuk badan yang tegap dan menarik ketika bermastautin di negara tersebut.
Ads
“Kalau tengok gambar saya dekat Liverpool itu, memang badan saya teraturlah sebab rutin itu cantik, dia jaga elok”.
Sumber foto: Instagram @diddyhirdy.
Kekalkan Rutin Apabila Pulang Ke Malaysia Walaupun Sukar
Bagaimanapun, rutin itu agak sedikit tersasar apabila Dr. Diddy pulang ke Malaysia untuk kembali menabur bakti di tanah air pula.
Jelasnya, perbezaan budaya dan gaya hidup di kedua-dua negara ini agak menyukarkan beliau untuk kekal dengan rutin yang sihat itu.
“Makanan Malaysia sedap-sedap kan?” selorohnya.
Ads
“Makanan sihat sangat murah di sana (England). Sini (Malaysia), benda itu yang mahal”.
Menurut Dr Diddy lagi, masyarakat di England kerap berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam berbanding masyarakat Malaysia yang lebih gemar menggunakan kereta.
Beliau yang kini bertugas sebagai pensyarah di UUM itu tetap cuba untuk mengekalkan sedikit sebanyak rutin tersebut.
Tumpu Sihat & Cergas, Bina Badan Bukan Lagi Keutamaan
“Sekarang ini saya cuba untuk kembali kepada rutin yang lama, iaitu pagi-pagi saya akan ke gim dahulu di sekitar sini (Sintok, Kedah) sahaja lah, selama 30 minit ataupun satu jam paling maksimum untuk sekadar bersenam di atas pengisar injakan (treadmill) sahaja,” ujarnya.
Membina badan kini bukanlah menjadi keutamaan Dr. Diddy namun sekadar memastikan dirinya kekal cergas dan sihat, tambahnya yang merupakan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni bagi Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), UUM berkuatkuasa awal tahun ini.
“Dari segi makan, saya mula berjaga-jaga jugalah sebab usia dah makin lanjut. Jadi kenalah jaga sikit makan,” katanya lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Walaupun sekali-sekala hujan turun membasahi bumi, rata-rata suhu di kebanyakan kawasan di negara kita adalah sekitar 29 sehingga 32 darjah Celcius pada waktu siang. Melakukan senaman dalam cuaca panas seperti ini sememangnya menjadi satu cabaran yang serius.
Bersenam dalam kondisi cuaca yang panas memerlukan persiapan dan langkah berjaga-jaga yang baik bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini.
Antaranya mengelakkan masalah kesihatan seperti dehidrasi, heat exhaustion atau strok haba. Tidak salah untuk bersenam seawal jam 3 petang namun kita perlulah mengambil dan melakukan langkah-langkah sesuai bagi memastikan keselamatan.
Berikut MASKULIN kongsikan cara terbaik bagaimana untuk bersenam dalam kondisi cuaca yang panas.
1. Minum Air Secukupnya
Dehidrasi adalah risiko utama semasa bersenam dalam cuaca panas. Pastikan anda minum air yang cukup sebelum, semasa, dan selepas bersenam. Jangan tunggu sehingga anda dahaga untuk minum; pada ketika itu, anda mungkin sudah mula dehidrasi.
2. Pilih Waktu Sesuai
Elakkan bersenam pada waktu puncak suhu panas, biasanya antara pukul 10 pagi hingga 4 petang. Bersenamlah pada awal pagi atau lewat petang apabila suhu lebih sejuk.
3. Pakai Pakaian Sesuai
Pilih pakaian bersenam yang ringan, longgar, dan terbuat dari bahan yang membolehkan kulit anda “bernafas”. Pakaian yang berwarna terang lebih baik dalam memantulkan sinar matahari berbanding dengan pakaian gelap.
4. Lindungi Kulit
Pakai sunscreen dengan SPF tinggi untuk melindungi kulit dari sinar UV yang berbahaya. Memakai topi lebar dan kacamata hitam juga dapat membantu melindungi mata dan kepala anda dari sinar matahari.
5. Sesuaikan Intensiti dan Durasi Latihan
Dengarkan badan anda dan jangan memaksa diri jika anda merasa kepanasan atau lelah. Mungkin perlu untuk mengurangkan intensiti atau durasi latihan anda pada hari yang sangat panas.
6. Kenal Pasti Tanda-Tanda Masalah
Sedari gejala awal heat exhaustion, yang termasuk rasa pening, mual, kelemahan otot, dan peningkatan detak jantung. Jika anda mengalami gejala-gejala ini, berhentilah bersenam, cari tempat yang sejuk, dan minum banyak air.
7. Latihan Ringan
Tubuh anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan cuaca panas. Mulakan dengan latihan ringan dan secara beransur-ansur tingkatkan intensiti bersenam anda seiring dengan penyesuaian tubuh terhadap suhu.
Tubuh setiap orang bereaksi berbeza terhadap suhu. Beberapa orang mungkin lebih sensitif terhadap panas. Penting untuk mendengarkan isyarat tubuh anda dan berehat atau berhenti bersenam jika perlu.
9. Pertimbangkan Alternatif
Pada hari yang sangat panas, pertimbangkan untuk bersenam di dalam rumah dengan kipas angin atau air conditioner atau pilih aktiviti yang lebih sejuk seperti berenang.
10. Makan Makanan Ringan
Makanan yang ringan dan kaya akan air seperti buah-buahan dapat membantu menjaga hidrasi dan memberikan tenaga semasa bersenam dalam cuaca panas.
Mengamalkan langkah-langkah ini dapat membantu anda bersenam dengan selamat dan efektif walaupun dalam kondisi cuaca panas. Ingatlah untuk selalu mendengarkan badan anda dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan risiko kesihatan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Running form setiap orang mungkin berbeza. Ia sangat penting bagi mengelak kecederaan sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.
Jadi sebenarnya ramai orang tidak tahu apakah running form yang betul ketika melakukan larian. Jika anda melakukan larian dengan running form yang salah anda mungkin berdepan beberapa masalah seperti kecederaan shin splints, masalah kecederaan lutut, bahagian atas pinggul.
KEPENTINGAN MEMPUNYAI RUNNING FORM YANG BETUL
mengurangkan risiko kecederaan kecil dan juga kecederaan serius
memperbaiki postur badan agar larian lebih berkualiti dan prestasi menjadi lebih baik
Kesalahan biasa ialah meletakkan beban di bawah lower body. Ini kerana bila beban terkumpul berat akan lebih dirasai dan mengakibatkan kecederaan.
Untuk melakukan larian yang betul kita perlu mendapatkan heel strike dengan betul. Pastikan kaki anda melangkah dan mendarat dengan betul untuk elak kecederaan.
Jika anda nak tahu dengan lebih lanjut tip mendapatkan running form yang baik ikuti video perkongsian dari Coach Akashah Izahar, jurulatih Garming Runinng Club Malaysia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2025 kini mengumumkan kerjasama terjalin bersama jenama sukan terkemuka, ASICS, sebagai rakan rasmi pakaian dan kasut untuk acara larian terbesar di Malaysia ini.
Lebih menarik lagi, kategori separuh maraton kini akan dikenali sebagai ASICS Half Marathon. Pengumuman ini menandakan satu lagi pencapaian penting buat ASICS.
Ini terutamanya dalam misi memberikan inspirasi pergerakan fizikal sebagai kunci kepada kesejahteraan mental, sekaligus memperkukuhkan komitmen mereka dalam menyokong dan mengembangkan komuniti larian di Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan ASICS Asia, Yogesh Gandhi, kerjasama ini membuka lembaran baharu yang menarik.
“Sebagai jenama yang berada di barisan hadapan dunia larian, bergabung tenaga dengan organisasi maraton terkemuka adalah langkah strategik yang memperdalam komitmen kami terhadap sukan ini dan memperkuat ekosistem larian kami.
“Bersama-sama, kami bukan sahaja mendorong batasan – kami mentakrifkan semula standard dan meningkatkan pengalaman larian untuk pelari dari semua peringkat,” tambahnya lagi.
PELBAGAI INISIATIF
Bemula saat saat pendaftaran sehingga hari perlumbaan, ASICS telah merancang pelbagai inisiatif dan manfaat eksklusif untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan para peserta.
Di antaranya termasuk:
Keistimewaan Eksklusif untuk Ahli OneASICS™: Baucar diskaun eksklusif untuk pembelian kelengkapan KLSCM dan akses keutamaan/eksklusif kepada produk dan aktiviti ASICS.
Pelan Latihan Peribadi: Akses percubaan percuma kepada Runkeeper Go™, aplikasi latihan premium ASICS yang menawarkan pelan latihan peribadi, motivasi yang disesuaikan, dan analisis mendalam untuk membantu anda mencapai matlamat larian anda.
Klinik Larian dan Penglibatan Komuniti: ASICS akan menganjurkan klinik larian dan sesi latihan yang dikendalikan oleh pakar untuk membantu pelari mempersiapkan diri menghadapi perlumbaan. Selain itu, mereka juga akan aktif dalam pelbagai inisiatif penglibatan komuniti.
Barangan Eksklusif Bertemakan Perlumbaan: ASICS juga sedang meneroka kemungkinan untuk melancarkan barangan eksklusif bertemakan perlumbaan, dengan pasukan produk serantau mereka sedang membangunkan edisi khas yang meraikan semangat maraton ini.
Foto: Dirigo Events
Pengurus Negara ASICS Malaysia, Boon Tib Soom Nik pula berkata, “Kerjasama ini lebih daripada sekadar perlumbaan. Ia adalah tentang mencetuskan satu gerakan. Kami ingin menginspirasi lebih ramai rakyat Malaysia.
“Terutamanya golongan muda. Ayuh ikat tali kasut mereka, ambil langkah pertama dan temui potensi diri, baik dari segi fizikal mahupun mental.”
Dengan babak baharu ini, ASICS Malaysia menetapkan rentak untuk beberapa bulan yang mendatang yang pastinya penuh dengan aktiviti menarik yang dirancang untuk semua peserta.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.