
Bayangkan suasana hutan yang tenang, udara segar yang metaforanya terasa dekat, namun anda sebenarnya berada di tengah pusat beli-belah. Konsep itu kedengaran hampir mustahil, tetapi kini ia sudah menjadi kenyataan. Dunia luar yang biasanya sinonim dengan gunung, padang atau ‘kemsite’ jauh dari hiruk-pikuk metropolitan akhirnya menemui rumah baharunya. Dan rumah itu berada betul-betul di The Gardens Mall.
Kemsite tampil sebagai jenama yang berani melawan arus, bukan sekadar menjual barangan outdoor, tetapi membawa semangatnya masuk ke ruang urban.
Dalam era moden yang semakin mengaburkan garis antara adventure dan lifestyle, Kemsite menawarkan satu bentuk eskapisme yang tidak memerlukan jarak. Ia memberi peluang untuk mengalami rasa bebas di luar, tanpa benar-benar meninggalkan keselesaan dalam bangunan.
Kelahiran ruang ini juga memperlihatkan satu trend baharu dalam cara masyarakat urban menikmati gaya hidup. Ramai mahu pengalaman outdoor tetapi enggan kompromi dari segi estetik atau fungsi. Kemsite memahami keinginan itu dan menjadikannya satu realiti.
Sebagai destinasi gaya hidup urban berkonsep outdoor pertama di Malaysia, Kemsite tampil sebagai premium flagship space yang direka dengan sentuhan alam, namun tetap sofistikated.
Hiasan dalaman yang menyerupai suasana luar menjadikan ruang ini bukan sahaja indah dilihat, malah memberi pengalaman imersif kepada pengunjung.
Jenama global seperti YETI, KAVU, Snow Peak dan Keen menjadi tarikan utama, menonjolkan fokus Kemsite terhadap kualiti, gaya dan fungsi.
Menurut Pengasas Montanic Malaysia, Charles Lim, “Jangan silap faham, kami bukan sekadar kedai camping gear atau outdoor biasa. Kami membawa misi mengubah persepsi tentang apa yang dimaksudkan dengan gaya hidup moden.
“Pembukaan kami di The Gardens Mall merupakan satu jemputan untuk kembali menemui kegembiraan berunsurkan alam semula jadi meskipun berada di tengah-tengah kota bahkan di dalam rumah anda sendiri. Ia bukanlah satu konsep yang asing, namun apa yang kami lakukan ialah menjadikan gaya hidup ini lebih mudah diakses.”
Tambahnya lagi, “Kami mahu mewujudkan sebuah ruang di mana elemen adventure, design dan lifestyle
bersatu dengan begitu lancar — sama ada anda sedang merancang pengembaraan seterusnya atau sekadar ingin menambah sentuhan rustic outdoorsy pada ruang dalaman moden dan urban anda.”Semasa pelancaran, Kemsite menzahirkan falsafah “Outdoor Inside” melalui pameran eksperiensial yang mempertemukan penggemar outdoor, keluarga, pencipta kandungan serta trendsetters dalam satu ruang.
Para tetamu diberi kebebasan merasai sendiri elemen yang ditawarkan, daripada styling zones hingga aktiviti hands-on termasuk sudut minuman dengan kehadiran mixologist. Semua ini dijalankan sambil menonjolkan barangan outdoor premium yang telah dikurasi khusus.
Pengunjung bukan sahaja melihat malah mencuba sendiri pelbagai peralatan seperti kerusi lipat, meja, coolers, lanterns, string lights dan portable fans
.Demonstrasi ini membuktikan barangan Kemsite bukan hanya untuk pendaki atau campers tegar, tetapi sesuai melengkapi kehidupan harian di rumah atau ruang kerja.
BACA: 10 Kasut Larian Trail Terbaik Pilihan MASKULIN
Dengan aspirasi mencetuskan gerakan urban baharu, Kemsite mahu menjadi jambatan antara pencinta alam dan warga kota moden.
Fokus terhadap gaya, keselesaan dan fungsi menjadikan rangkaian produknya mampu bergerak lancar dari kawasan outdoor ke ruang indoor, seiring perubahan gaya hidup masa kini.
Untuk menyertai gelombang ini, kunjungi kemsite.com dan alami sendiri bagaimana dunia luar boleh wujud di dalam ruang urban anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.