Kena Rajin Buat Senaman Skipping Kalau Nak Awet Muda, Badan Tegap & Kikis Kalori!

Share

Senaman skipping merupakan antara alatan senaman yang digemari ramai. Selain harga mampu dimiliki, senaman skipping sesuai dijadikan senaman untuk seisi keluarga.

Malah senaman skipping juga menjadi pilihan yang terbaik kerana ia ringan dan mudah dibawa berbanding alatan senaman yang lain.

Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Pusat Kesihatan Connecticut, penggunaan tali skipping terbukti bagus untuk kesihatan jantung. Ia juga dapat menguatkan bahagian atas dan bawah badan, selain dapat membakar kalori dalam masa yang singkat.

13 kelebihan senaman skipping

1. Dengan penggunaan selama 15 hingga 20 minit, seseorang dapat membakar keseluruhan kalori daripada sekeping bar coklat.

2. Apabila anda melompat, tubuh badan akan mengeluarkan endorphin yang memainkan peranan sebagai pencegah kesakitan dan membuatkan tubuh anda rasa lebih santai.

3. Ketika melakukan lompatan berulang kali, tubuh badan akan membakar 800 hingga 1000 kalori dalam masa satu jam berbanding 200 hingga 300 kalori yang terbakar ketika anda berjalan dalam jumlah masa yang sama.

4. Melompat dapat membina kepadatan mineral tulang dan meningkatkan kecergasan tubuh badan. Atlet yang melakukan senaman skipping dapat meningkatkan prestasi ketinggian lompatan mereka.

5. Senaman skipping dapat meningkatkan pengaliran darah dan memberikan lebih banyak nutrien diserap pada kulit tubuh.

6. Ia juga boleh membuka pori-pori pada tubuh dan menghapuskan toksin melalui peluh.

7. Dengan melakukan senaman skipping, anda dapat menguatkan organ dalaman agar dapat berfungsi dengan lebih cekap.

8. Senaman skipping boleh membentuk dan memberi kekuatan pada otot betis untuk menjaga keseimbangan tubuh.

9. Ternyata senaman skipping juga boleh mencegah risiko penyakit pembunuh nombor satu dunia iaitu sakit jantung. Ini kerana ketika anda melompat sebanyak beberapa kali, jantung akan berdegup dengan lebih cepat, sekali gus menyihatkan jantung.

10. Selain menurunkan berat badan, senaman skipping juga boleh membentuk tubuh menjadi lebih kencang dna mantap. Ketika melompat, sebahagian otot tubuh anda akan tertarik dan tarikan pada otot-otot ini akan mengencangkan otot itu sendiri.

11. Senaman mudah ini juga membantu agar bahu anda jadi lebih tegap sekali gus membuatkan otot lengan jadi lebih kuat dan otot perut pun mulai terbentuk.

12. Senaman skipping ini sememangnya permainan yang menyenangkan. Jadi tidak hairanlah sekiranya ia boleh membantu anda untuk menghilangkan tekanan dan stres.

13. Orang yang melakukan senaman skiping ini mempunyai konsentrasi yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak melakukannya. Ini kerana senaman skipping

membantu meningkatkan fungsi otak sehingga anda lebih fokus terutamanya pada lompatan yang anda lakukan.

Sejarah tentang tali skipping

Aktiviti skipping dapat dikesan pada tahun 1600 sebelum Masihi apabila orang Mesir menggunakan pokok anggur untuk melompat.

Aktiviti skipping juga merupakan sukan yang popular di lebih 38 buah negara, organisasi dan kelab. Malah tali skipping boleh dijumpai hampir di mana sahaja di negara-negara tersebut.

Rekod dunia yang tercatat untuk aktiviti skipping ialah sebanyak 188 lompatan yang dilakukan dalam masa 30 saat.

IKLAN