Kenali Travis Kelce, Bintang NFL Serta Usahawan Berjaya Tambat Hati Taylor Swift

Share

Dalam dunia sukan dan hiburan, jarang sekali lahir figura yang mampu menguasai kedua-duanya secara seimbang. Namun berbeza buat jejaka bernama Travis Kelce bintang sukan American football yang cukup disegani.

Dia kini menjadi salah seorang nama yang dijadikan contoh kerena menjadi seorang atlet elit yang merentasi dunia sukan American football, usahawan berjaya, dermawan aktif, dan kini, tunang kepada ikon muzik global, Taylor Swift.

Tapi siapakah sebenarnya jejaka berjaya mencuri hati Taylor Swift ini?

Legenda di Padang NFL

Sejak terpilih untuk mewakili pasukan Kansas City Chiefs pada 2013, Travis Kelce telah membina reputasi sebagai salah seorang tight end

terbaik dalam sejarah NFL.

Dlam tempoh karier profesionalnya hingga kini, Travis berjaya dipilih sebanyak 10 kali sebagai pilihan Pro Bowl. Malah, prestasi malah konsistennya menyaksikan  dia berjaya merekodkan lebih 1,000 receiving yards selama beberapa musim berturut-turut.

Satu perkara yang jarang dicapai oleh pemain di posisinya. Dengan tiga kejuaraan Super Bowl bersama Chiefs, Kelce tidak sekadar pemain, tetapi simbol kejayaan era moden pasukan itu.

Statistik mengagumkan ini membuktikan bukan sahaja ketahanan fizikalnya, tetapi juga disiplin dan keupayaan untuk kekal relevan dalam liga paling kompetitif di dunia.

Kejayaan di Luar Padang

Nilai kekayaan Travis Kelce dianggarkan melebihi USD94 juta hasil daripada kontrak NFL dan pelbagai kerjasama komersial. Dia menjadi wajah kepada jenama antarabangsa seperti Nike, State Farm dan banyak lagi.

Selain itu, kejayaannya bersama abangnya, Jason Kelce, dalam podcast “New Heights” telah menjadi fenomena budaya pop dengan jutaan pendengar setiap minggu.

Lebih daripada itu, Kelce juga seorang dermawan. Melalui yayasannya, Eighty-Seven & Running, beliau menyalurkan dana kepada pelbagai inisiatif pendidikan, termasuk pembukaan makmal robotik untuk pelajar kurang bernasib baik.

Usahanya membuktikan bahawa kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui gelaran, tetapi juga impak kepada komuniti.

Kisah Cinta Era Digital

Cerita cinta Kelce dan Taylor Swift bermula dengan sederhana tetapi pantas menjadi fenomena global.

Segalanya bermula pada 2023 ketika Kelce menghadiri konsert Eras Tour dan membawa gimik friendship bracelet. Dari situ, hubungan mereka mula mendapat perhatian media sehingga berkembang menjadi kisah romantik yang diikuti jutaan peminat di seluruh dunia.

Pada 26 Ogos 2025, pasangan ini mengesahkan pertunangan mereka melalui hantaran di media sosial.

Taylor Swift memuat naik gambar cincin berlian antik bernilai setengah juta dolar dengan kapsyen penuh jenaka, “Your English teacher and your gym teacher are getting married.” Momen itu sekaligus menobatkan mereka sebagai “royal couple” Amerika moden.

BACA: Hun Haqeem Throwback Sambutan Hari Kemerdekaan Selepas Lihat Lebih 10,000 Penonton Meriahkan ‘Hello Inilah Kita, Sehati Bersama’

Travis Kelce menampilkan adalah manifestasi lelaki moden. Seorang berjaya, berkarisma, dan berjiwa besar.

Dari kejayaan di NFL hingga keusahawanan, derma dan kehidupan peribadi, beliau membuktikan bahawa seorang atlet boleh melangkaui sempadan sukan.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim