Gaya Hidup

Kenali Wanita Cantik Yang Fotonya Bersama Syed Saddiq Tular Di Media Sosial

Share

Dalam tempoh 24 jam ini, laman media sosial agak heboh memperkatakan tentang kemunculan figura misteri yang cukup jelita yang menjadi salah seorang individu bergambar bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq.

Dan biasalah masyarakat kita yang terkenal dengan sifat ‘membawang’, muncullah pelbagai cerita-cerita kurang enak di dengar dengan hanya melihat foto tersebut. Lebih mengecewakan bila ada juga portal yang memberi tanggapan bahawa wanita tersebut merupakan seorang transgender.

Kita sedar yang politik ini kadangkala boleh menjadi sangat ‘kotor’. Dan itulah luahan kekecewaan yang disuarakan oleh Syed Saddiq menerusi Twitter kendaliannya.

Segalanya menjadi bahan bualan selepas foto dan video wanita berkenaan yang berpakaian kebaya dilihat bersama-sama beberapa individu bertemu Syed Saddid di pejabatnya.

Lantas kehadiran figura ini menjadi bualan dan ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan individu ini.

Sebenarnya wanita ini dikenali dengan nama Anna Dean. Beliau turut mempunyai laman Instagram dengan menggunakan nama Cleopatra. Dan dia juga bukanlah calang-calang wanita.

Berdarah kacukan Cina dan Belanda, beliau merupakan seorang CEO kepada sebuah pasukan e-sukan terkenal tanah air iaitu Orang Esports. Dia juga merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai dua cahayamata.

Dan perjumpaan yang dilakukan oleh beliau bersama Syed Saddiq adalah satu perkara biasa untuk berbincang mengenai e-sukan. Apatah lagi Syed Saddiq merupakan antara individu paling kuat menyokong perkembangan industri tersebut.

Jadi usahlah kita menjadi orang yang ringan mulut melakukan persepsi membuta-tuli tanpa usul periksa. Sebelum menaip dan komen fikirlah dulu.

Sumber: Instagram Cleopatra, Twitter Syed Saddiq

IKLAN