
Setiap kali awal tahun atau selepas satu turning point dalam hidup, gym akan jadi penuh dengan lelaki yang bersemangat nak berubah.
Ada yang mahu lebih yakin, ada yang nak turunkan berat, dan ada yang sekadar ikut trend kawan-kawan.
Tetapi lepas sebulan dua, suasana jadi sunyi. Ramai yang mula hilang arah dan akhirnya give up. Apa sebenarnya punca utama?
Ramai lelaki masuk gym dengan bayangan “nak ada six pack dalam 3 bulan” atau percaya iklan transformasi pantas di media sosial.
Bila usaha tak sepadan dengan hasil cepat, rasa kecewa mula datang.
Hakikatnya, perubahan badan perlukan masa panjang, disiplin makan, tidur dan latihan.
Pergi gym tanpa hala tuju umpama naik kereta tanpa destinasi.
Ramai hanya ikut suka hati cuba sana, cuba sini. Bila tak nampak progres konsisten, motivasi cepat jatuh.
Sebenarnya, walaupun workout plan asas pun cukup untuk bantu fokus dan capai target lebih cepat.
Mesin gym nampak mudah, tapi salah guna boleh menyebabkan kecederaan.
Ramai lelaki baru cedera sebab teknik tak betul, lalu terus trauma nak kembali.
Kalau ada personal trainer, kawan berpengalaman atau sekurang-kurangnya belajar teknik melalui video yang betul, perjalanan jadi lebih selamat dan menyeronokkan.
Kerja pejabat, kelas universiti, atau tanggungjawab keluarga sering jadi alasan utama.
Bila badan penat, gym jadi pilihan terakhir. Bermula dengan “skip sehari” jadi “skip seminggu” akhirnya terus berhenti.
Sebenarnya, konsistensi lebih penting daripada kekerapan 2 atau 3 kali seminggu pun cukup berkesan.
Gym boleh jadi tempat intimidating. Ada lelaki baru rasa rendah diri bila tengok orang lain angkat berat lebih besar atau badan lebih sado.
Rasa segan dan takut dipandang serong buat ramai menjauh.
Sokongan kawan atau suasana gym yang mesra boleh jadi penentu sama ada seseorang teruskan atau give up.
Give up gym bukanlah tanda seorang lelaki itu malas atau lemah semangat semata-mata.
Sebenarnya, ia lahir daripada gabungan beberapa faktor expectation terlalu tinggi, tiada plan jelas, kekurangan ilmu, kekangan masa dan rasa segan dengan suasana.
BACA LAGI : Transformasi Upper Body, 6 Senaman Dada Dijamin Beri Hasil Baik & Padu!
Semua ini adalah cabaran biasa yang hampir setiap orang hadapi pada awal perjalanan fitness mereka.
Yang penting, jangan jadikan kegagalan sementara sebagai titik noktah.
Kalau cedera, belajar teknik yang betul. Kalau sibuk, kurangkan intensiti tapi kekalkan konsistensi.
Kalau rasa malu, ingat bahawa semua orang pernah bermula dari kosong termasuk mereka yang kini berbadan sado.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.