KENS Apothecary Tawan Deria Aroma Dengan Fragrance Experience Day

Share

Tidak kisahlah sama ada anda seorang lelaki atau wanita, berstatus atau tidak, terdapat sesuatu yang cukup magis bila membicarakan tentang aroma.  Ia mampu membawa kita ke memori tertentu, mencetuskan emosi atau memberi identiti tersendiri. Dalam dunia gaya hidup moden, wangian bukan sekadar semburan harian, tetapi sebahagian daripada naratif peribadi.

Inilah yang diraikan KENS Apothecary pada Fragrance Experience Day yang berlangsung di ELSE Hotel Kuala Lumpur pada 18 September yang lalu. MASKULIN turut berkesempatan memenuhi jemputan mereka mengikuti acara eksklusif ini.

Aacara istimewa ini mempertemukan peminat wangian, penggemar kecantikan dan media gaya hidup dalam satu perjalanan sensori yang intim.

Tampil dengan reputasi sebagai destinasi utama niche beauty dan fragrance di Malaysia, KENS Apothecary sekali lagi mengukuhkan kedudukannya melalui pengalaman yang lebih daripada sekadar apa yang kebiasaan dirasai di kedai biasa.

Mereka membawa tetamu menyelami seni penceritaan lima jenama wangian terkemuka dunia dalam suasana elegan dan penuh emosi.

Perjalanan Penuh Erat Lima Stesen Aroma

Bertempat di ruang SOMEWHERE di ELSE Hotel, acara ini diolah sebagai sebuah wonderland multi-sensori. Kami dibawa dalam kumpulan kecil untuk melalui lima stesen wangian.

Setiap jenama mempunyai sudut penceritaan sendiri. Dari kisah asal usul hingga nota utama dan inspirasi kreatif, setiap stesen memberi pengalaman peribadi yang dekat dengan intipati jenama.

Di antara jenama yang mengambil bahagian termasuk BORNTOSTANDOUT, Floraiku Paris, MEMO Paris, Maison Crivelli dan BDK Parfums. Setiap satunya menghadirkan koleksi baharu dan kisah di sebalik haruman mereka melalui paparan interaktif serta sentuhan personal yang meninggalkan kesan mendalam kepada tetamu.

Tidak cukup dengan itu, acara ini turut menampilkan kejutan istimewa apabila David Benedek, pengasas BDK Parfums, hadir sendiri untuk bertemu para tetamu. Kehadiran beliau membuka ruang interaksi peribadi yang jarang sekali berlaku, menjadikan pengalaman ini lebih eksklusif.

Eksperimen Deria Mengasyikkan

Fragrance Experience Day bukan sekadar pameran produk, tetapi sebuah perjalanan edukatif dan menyeronokkan. Antara sorotan termasuk:

Lima Stesen Wangian Unik: Setiap satu direka untuk memberi pengalaman tersendiri.
Penceritaan Interaktif: Wakil jenama berkongsi kisah di sebalik aroma secara langsung.

Tetamu diberi peluang untuk benar-benar menyelami seni pembuatan wangian niche, memahami kehalusan kreatif yang membentuk setiap botol.

Acara ini membuktikan bahawa wangian bukan sekadar pilihan kosmetik, tetapi sebuah bentuk seni yang dekat dengan emosi dan gaya hidup.

Sejak penubuhannya, KENS Apothecary telah menjadi sinonim dengan penemuan, eksklusiviti dan penceritaan dalam dunia kecantikan mewah. Dengan kurasi teliti jenama-jenama antarabangsa, mereka berjaya mendefinisikan semula pengalaman retail niche beauty di Malaysia.

Fragrance Experience Day di ELSE Hotel menjadi bukti bahawa KENS bukan sekadar menjual produk – tetapi mencipta ruang untuk pelanggan merasai, memahami dan menghargai seni wangian.

BACA: Tip Dapatkan Perfume Tahan Lama & Sesuai, Ini Beberapa Mudah!

Dalam dunia penuh hiruk-pikuk, acara ini memberi peluang untuk berhenti sejenak dan membiarkan deria memandu kita. Melalui KENS Apothecary, seni wangian niche kini bukan lagi pengalaman eksklusif di luar negara, tetapi satu perjalanan indah yang boleh dinikmati di Malaysia.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim