Tidak kisahlah sama ada anda seorang lelaki atau wanita, berstatus atau tidak, terdapat sesuatu yang cukup magis bila membicarakan tentang aroma. Ia mampu membawa kita ke memori tertentu, mencetuskan emosi atau memberi identiti tersendiri. Dalam dunia gaya hidup moden, wangian bukan sekadar semburan harian, tetapi sebahagian daripada naratif peribadi.
Inilah yang diraikan KENS Apothecary pada Fragrance Experience Day yang berlangsung di ELSE Hotel Kuala Lumpur pada 18 September yang lalu. MASKULIN turut berkesempatan memenuhi jemputan mereka mengikuti acara eksklusif ini.
Aacara istimewa ini mempertemukan peminat wangian, penggemar kecantikan dan media gaya hidup dalam satu perjalanan sensori yang intim.
Tampil dengan reputasi sebagai destinasi utama niche beauty dan fragrance di Malaysia, KENS Apothecary sekali lagi mengukuhkan kedudukannya melalui pengalaman yang lebih daripada sekadar apa yang kebiasaan dirasai di kedai biasa.
Mereka membawa tetamu menyelami seni penceritaan lima jenama wangian terkemuka dunia dalam suasana elegan dan penuh emosi.
Perjalanan Penuh Erat Lima Stesen Aroma
Bertempat di ruang SOMEWHERE di ELSE Hotel, acara ini diolah sebagai sebuah wonderland multi-sensori. Kami dibawa dalam kumpulan kecil untuk melalui lima stesen wangian.
Setiap jenama mempunyai sudut penceritaan sendiri. Dari kisah asal usul hingga nota utama dan inspirasi kreatif, setiap stesen memberi pengalaman peribadi yang dekat dengan intipati jenama.
Ads
Di antara jenama yang mengambil bahagian termasuk BORNTOSTANDOUT, Floraiku Paris, MEMO Paris, Maison Crivelli dan BDK Parfums. Setiap satunya menghadirkan koleksi baharu dan kisah di sebalik haruman mereka melalui paparan interaktif serta sentuhan personal yang meninggalkan kesan mendalam kepada tetamu.
Tidak cukup dengan itu, acara ini turut menampilkan kejutan istimewa apabila David Benedek, pengasas BDK Parfums, hadir sendiri untuk bertemu para tetamu. Kehadiran beliau membuka ruang interaksi peribadi yang jarang sekali berlaku, menjadikan pengalaman ini lebih eksklusif.
Ads
Eksperimen Deria Mengasyikkan
Fragrance Experience Day bukan sekadar pameran produk, tetapi sebuah perjalanan edukatif dan menyeronokkan. Antara sorotan termasuk:
Lima Stesen Wangian Unik: Setiap satu direka untuk memberi pengalaman tersendiri. Penceritaan Interaktif: Wakil jenama berkongsi kisah di sebalik aroma secara langsung.
Tetamu diberi peluang untuk benar-benar menyelami seni pembuatan wangian niche, memahami kehalusan kreatif yang membentuk setiap botol.
Acara ini membuktikan bahawa wangian bukan sekadar pilihan kosmetik, tetapi sebuah bentuk seni yang dekat dengan emosi dan gaya hidup.
Ads
Sejak penubuhannya, KENS Apothecary telah menjadi sinonim dengan penemuan, eksklusiviti dan penceritaan dalam dunia kecantikan mewah. Dengan kurasi teliti jenama-jenama antarabangsa, mereka berjaya mendefinisikan semula pengalaman retail niche beauty di Malaysia.
Fragrance Experience Day di ELSE Hotel menjadi bukti bahawa KENS bukan sekadar menjual produk – tetapi mencipta ruang untuk pelanggan merasai, memahami dan menghargai seni wangian.
Dalam dunia penuh hiruk-pikuk, acara ini memberi peluang untuk berhenti sejenak dan membiarkan deria memandu kita. Melalui KENS Apothecary, seni wangian niche kini bukan lagi pengalaman eksklusif di luar negara, tetapi satu perjalanan indah yang boleh dinikmati di Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada lelaki yang sensitif apabila menggunakan produk yang berbeza pada kulit wajah mereka, namun begitu produk yang sesuai untuk semua kulit wajah juga perlu anda ketahui keberkesanannya. Ini di antara produk yang dikatakan berkesan untuk semua jenis kulit lelaki.
Garnier Men Turbolight White & Oil Control Icy Duo Foam 100ml
Terbaik untuk kulit berminyak
Pencuci muka ini mempunyai buih yang mencuci dengan tindakan dua kali. Ia membersihkan liang pori dengan teliti dengan adanya bahan seperti tanah liat putih. Menjadikan kulit muka bebas dari minyak dan kotoran dengan hanya sekali cucian. Ia juga turut menjadikan kulit muka anda lebih cerah berseri dengan adanya icy mineralite complex. Garnier sememangnya jenama yang terkenal untuk penjagaan kulit wajah anda.
Physiogel Daily Defence Cleansing Gel Cream 200ml
Terbaik untuk kulit sensitif
Pencuci muka ini sesuai untuk yang berkulit alergik, ia telah diuji oleh para dermatologis. Ia mencuci segala kotoran pada muka tanpa mengeringkan kulit muka anda. Memberikan kelembapan yang berpanjangan pada kulit dan kelembutan yang bak sutera. Kelebihan produk ini adalah, ia bebas dari bahan pewangi, preservatif dan pewarna. Pencuci muka yang sangat sesuai untuk yang berkulit kering dan sensitif.
Hada Labo – AHA/BHA Foaming Wash160ml
Terbaik untuk kulit kering
Pencuci ini sememangnya jenama yang terkenal di negara Jepun. Tekstur buih ringan dan pengunaan 2 kali dalam sehari mampu membersihkan kotoron pada kulit wajah. Memberikan muka nampak licin dan cerah dan membantu menanggalkan sel kulit mati. Anda tidak perlu bimbang kerana pencuci muka ini bebas dari bahan pewangi, minyak mineral, alkohol dan pewarna. Pencuci muka yang menyeimbangkan pH kulit dan mengurangkan kerengsaan pada kulit wajah. Pencuci muka ini sesuai digunakan oleh kaum wanita dan juga lelaki.
Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash 150ML FREE 50ml
Terbaik untuk kulit berminyak
Pencuci muka yang dirumus khas untuk memberikan anda kulit yang licin dan bebas dari masalah kulit. Pencuci muka yang menggunakan bahan bebas sabun yang membersihkan kulit anda dengan mengeluarkan minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit muka. Neem, yang terkenal dengan ciri-ciri penulenan dan antibakterianya mampu membunuh bakteria yang menyebabkan masalah pada kulit dengan digabungkan dengan kunyit ia membantu mengawal jerawat dan menjadikan kulit anda lembut, bersih, segar dan bebas dari masalah.’
Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera Foam Cleanser 150ml
Terbaik untuk kulit penuaan
Pencuci muka ini mempunyai ekstrak Aloe Vera sebagai komponen utamanya iaitu bahan semulajadi antibakteria dan anti-radang bagi melegakan kulit sensitif. Bukan sahaja dapat membersihkan kulit muka tetapi ia juga merawat kulit muka yang bermasalah. Pembersihannya yang mendalam mampu membersihkan segala kotoran yang tersumbat pada liang pori muka dan juga mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. Pencuci muka ini sesuai digunakan untuk kaum wanita dan juga lelaki yang mempunyai masalah kulit sensitif dan juga mengekalkan keremajaan pada kulit wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bulu dada bukan sekadar ciri fizikal, ia adalah simbol maskuliniti yang sejak dulu menjadi daya tarikan tersendiri. Lelaki berbulu dada sering dikaitkan dengan kekuatan, kematangan dan karisma yang membuatkan mereka lebih menonjol di mata orang sekeliling. Tetapi di sebalik penampilan itu, ada fakta saintifik dan sosial yang menjelaskan mengapa ia dianggap menarik.
Kajian menunjukkan bahawa lelaki berbulu dada cenderung memiliki tahap hormon testosteron yang lebih tinggi. Hormon ini bukan sahaja berperanan dalam pembentukan otot dan tenaga, tetapi juga mempengaruhi keyakinan diri, keberanian membuat keputusan, dan sifat kepimpinan. Inilah sebabnya ramai yang mengaitkan lelaki berbulu dada dengan aura alpha male.
Bukan itu sahaja, pada tahun 90-an, satu kajian di Amerika Syarikat mendapati ramai lelaki dalam bidang profesional berprestij seperti doktor dan jurutera mempunyai bulu dada. Walaupun kaitannya bersifat korelasi dan bukan punca mutlak, ia tetap menambah kredibiliti bahawa bulu dada mungkin ada kaitan dengan tahap kecerdasan dan kemampuan berfikir secara strategik.
Dari sudut daya tarikan, ramai wanita menganggap bulu dada sebagai simbol kejantanan semula jadi. Ia memberi gambaran lelaki yang lasak, matang, dan tidak terlalu obses pada penampilan “licin sempurna”. Sebaliknya, ia melambangkan keyakinan menerima diri seadanya — satu sifat yang sangat menarik pada pandangan mata lawan jantina.
Bulu dada juga ada manfaat kesihatan. Ia membantu mengurangkan risiko iritasi kulit akibat geseran, melindungi kulit daripada sinaran UV secara semula jadi, dan memberikan sedikit penebat haba pada suhu sejuk. Bonus kecil yang datang bersama tarikan visualnya.
Tip Maskulin:
Jika anda berbulu dada, pastikan ia dijaga dengan kemas. Gunakan trimmer untuk merapikan panjang bulu, jaga kebersihan kulit dengan sabun antibakteria, dan gunakan pelembap supaya kulit kekal sihat. Penampilan menarik bermula daripada penjagaan diri yang rapi.
Kesimpulannya, bulu dada bukan sekadar hiasan — ia adalah gabungan ciri fizikal, hormon, dan personaliti yang memberi kelebihan pada lelaki. Sama ada untuk tarikan, keyakinan, atau manfaat kesihatan, ia adalah aset yang patut dibanggakan.
Sesiapa yang dilahirkan dengan anugerah wajah yang kacak dan tampan mungkin tak berdepan sangat dengan masalah penjagaan wajah.
Bagi mereka cukup sekadar menjaga kebersihan diri dengan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Tapi bagaimana dengan orang yang wajahnya biasa-biasa sahaja tapi punya potensi untuk lebih menyerlah?
Bayangkan seharian anda sibuk dengan pelbagai tugasan kerja. Keluar pagi pulang senja. Andakah mandi sahaja sudah cukup untuk mejaga kesihatan kulit wajah?
Tahukah betapa berminyaknya kulit muka anda selepas sehari terdedah dengan pelbagai kondisi sekeliling?
Anda seharusnya tahu bahawa kotoran yang melekat pada wajah itu jika tak dibersihkan sebelum tidur boleh menyebabkan masalah kulit wajah.
Inilah antara punca mengapa jerawat dan pelbagai kondisi masalah kulit wajah berlaku. Bayangkan senario seperti ini. Anda keluar bersama rakan-rakan lepak di kedai mamak menikmati teh tarik. Atau bermain futsal sampai satu badan berpeluh.
Jadi semestinya anda perlu mencuci wajah anda seselum tidur, bukan?
BERSIHKAN WAJAH
Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.
HALANG BAKTERIA
Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!
Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.
BANTU REGENERASI
Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.
KEKALKAN KELEMBAPAN
Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.
Tip MASKULIN:
Jika anda rasa terlalu penat letih untuk cuci wajah setiap malams ebelum tidur, anda boleh lakukannya lebih awal sekitar jam 7 hingga 8 malam. Lebih baik daripada langsung tidak buat langsung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Afgan menarik perhatian ramai apabila istiqamah memakai tasbih digital selepas pulang dari haji. Ketahui bagaimana perubahan spiritual ini memberi ketenangan dan inspirasi dalam hidup serta kerjayanya.