Selain menjadikan kulit licin bak putih telur, gel timun juga berkesan untuk kecutkan jerawat dan atasi pori besar. Tak perlu lagi beli di kedai, kini ada cara mudah untuk anda buat gel timun buatan sendiri.
Anda boleh ikut cara Nauf Safuan buat gel timun buatan sendiri. Malah bahan yang digunakannya juga murah dan mudah untuk didapati.
Gel timun ni sangat sesuai untuk dapatkan kulit kilat kilat macam ni sebelum raya. Kalau ada jerawat yang berleluasa kat muka tu pon boleh cuba pakai gel timun ni. Dan paling best. Gel timun ni boleh elak dari En J terus merebak. Pakai sebelah malam. Esok bangun pagi Insha Allah En J akan segera kecut. Best kan?
Untuk yang ada masalah pori besar pun digalakkan untuk pakai gel timun ni. Sat ja pori akan mengecut dengan pemakaian secara konsisten.
Ads
Bahan-bahan:
1/2 biji timun
Aloe vera beli kat Watson @ Quardian
Penyagat
Cara penyediaan:
1. Sagat timun tu bagi habis. Kemudian asingkan air timun tu dengan hampas timun.
Listerine bukan sahaja untuk berkumur, membersihkan mulut ataupun mengatasi masalah mulut berbau. Sebenarnya banyak lagi kegunaan Listerine yang bagus dan efektif belum pernah anda tahu.
Bukan sahaja berfungsi untuk pelbagai kegunaan di rumah, Listerine juga boleh nda gunakan sebagai tip cantik dan bersih cara bajet.
Ini 11 kegunaan hebat Listerine.
Anda kehabisan deodoran pada waktu penting? Relax, perkara ini dapat diatasi hanya dengan mengaplikasikan sedikit Listerine pada ketiak menggunakan kapas. Selain itu, Listerine juga efektif untuk menghilangkan bau tengik pada ketiak dan memberikan bau yang lebih segar. Caranya, anda hanya perlu tuangkan sedikit Listerine pada kapas atau kain putih dan sental pada ketiak.
Sebelum digunakan sebagai ubat kumur, bahan-bahan aktif yang ada pada Listerine juga boleh digunakan terlebih dahulu sebagai ubat untuk membasmi kelemumur. Caranya mudah, basahkan rambut dengan sedikit air, campurkan 1/4 cawan Listerine bersama 1 cawan air pada rambut. Urut dan usap Listerine ke seluruh bahagian rambut hingga rasa segar dan dingin. Kemudian anda balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut. Lebih menjimat daripada membuat rawatan di salun.
Jika anda dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat masih tak hilang-hilang, cuba gunakan Listerine. Bersihkan wajah sebelum tidur, kemudian sapukan sedikit Listerine pada jerawat menggunakan cotton bud. Keesokan harinya, jerawat akan mengecut dan hilang disebabkan oleh kandungan alkohol yang ada pada Listerine.
Tuangkan Listerine ke dalam besen bersama air dan sedikit cuka putih. Rendamkan kaki anda selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki berbau busuk dan bercagu akan hilang. Malah kulit kaki anda juga akan lebih cantik dan sihat.
Listerine memiliki kandungan anti-kuman dan anti-infeksi yang mampu membunuh bakteria dan mengurangkan peluh pada kaki. Rendamkan kaki pada campuran air suam bersama sedikit Listerine untuk mengatasi masalah aroma kaki yang busuk akibat penggunaan kasut tertutup dalam tempoh yang lama.
Berus gigi yang selalu kita sebenarnya mengandungi kuman. Bagaimana untuk membersihkan kuman tersebut? Caranya, tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman.
Sembur sedikit Listerine pada kain dan sapukan ke atas skrin TV atau komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.
Jika anda malas nak membersihkan tong sampah di rumah dan tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak dipakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong sampah tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau busuk yang ada pada tong sampah.
Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang terkena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan daripada menjadi lebam.
Listerine juga boleh membersihkan mangkuk tandas. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas dengan berus. Ia berfungsi untuk mematikan kuman mati dan memberi bau wangi pada tandas.
Ramai penggemar kucing alami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Anda boleh campurkan Listerine dengan air dan semburkan pada bulu kucing tersebut. Selain itu, anda juga boleh mencampurkan Listerine dengan syampu mandian kucing.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rambut anda semakin kusut dan tidak terurus. Usah risau kerana anda masih ada harapan untuk kembalikan rambut lebat dan sihat.
Mungkin ada yang beranggapan dengan duit boleh beli segalanya termasuklah rambut yang cantik. Ya, ada benarnya tapi itu bukan tiket untuk buat anda putus asa dan terus membiarkan rambut tak terurus.
Tahukah anda apakah rahsia bintang Hollywood menjaga rambut mereka sentiasa nampak kemas, sihat dan bersinar? Jom ikuti 15 rahsia tip penjagaan rambut mereka di bawah!
Ini antara kesalahan rookie yang banyak dilakukan oleh lelaki. Usah terlalu kerap menggunakan syampu yang mempunyai bahan kimia setiap hari. Cukuplah dalam seminggu anda mencuci rambut menggunakan syampu sekadar 3 atau 4 kali sahaja. Barulah rambut lebat!
Jangan sesekali menggosok rambut dengan tuala menggunakan kekerasan. Dalam kondisi basah rambut terdedah untuk rosak dengan mudah. Keringkan rambut dengan cara lap dengan perlahan-lahan.
Jika rambut anda makin menipis, carilah gaya potongan rambut yang sesuai. Usah sembunyikan kawasan bertompok yang nipis dengan menyikat rambut ke sebelah kawasan itu. Ia bukan sahaja buruk malah buatkan anda nampak macam sangat desperate.
Ya, telur ada banyak khasiat seperti protein dan mineral. Sekali-sekala anda boleh gunakan kuning telur sebagai perapi semula jadi untuk rambut lebat. Biarkan ia menyerap masuk ke bahagian liang folikel rambut anda.
Kandungan klorin terutamanya di kolam renang merupakan ramuan bencana buat rambut anda. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi kering dan mengeras. Jika anda ingin mandi di kolam renang gunalah penutup kepala atau spukan sedikit perapi.
Usah terlalu teruja untuk mencuba segala macam produk penjagaan rambut. Penggunaan terlalu banyak produk ini mendedahkan rambut anda dengan pelbagai kandungan kimia.
Sebelum membeli dan menggunakan mana-mana syampu pertama sekali anda harus pastikan jenis rambut anda. Carilah syampu yang sesuai dengan rambut dan yang mengandungi bahan-bahan mesra alam dan mampu memberi kadar pH yang seimbang.
Ada sesetengah orang bila mandi suka mengenakan syampu melebihi satu kali. Bagi mereka cucian berkali-kali membuatkan rambut lebih bersih. Sebenarnya tabit itu sangat buruk untuk kesihatan rambut.
Tidak salah untuk menggunakan alat pengering rambut. Namun sebolehnya kurangkan sedikit tahap kepanasan yang anda gunakan. Atau untuk kesihatan berpanjangan cuba elak sama sekali daripada menggunakan pengering rambut.
Setiap orang mempunyai kadar pertumbuhan rambut yang berbeza-beza. Namun majoritinya rambut akan mula tumbuh sedikit panjang selepas 4 hingga 6 minggu. Usah biarkan rambut anda serabai. Kunjungilah kedai gunting rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk melakukan kemasan rambut.
Tahukah anda air sejuk boleh menutup kapilari darah pada kulit kepala. Kapilari darah ini berfungsi membawa pelbagai jenis nutrien yang diperlukan bagi mengelakkan rambut menjadi rosak. Jadi dengan mandi menggunakan air yang sejuk boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
Antara punca utama rambut lelaki cepat rosak ialah tabiat mewarnakan rambut berulang kali. Minimumkan penggunaan bahan kimia terutamanya yang terdapat di dalam pewarna rambut.
Pastikan juga anda sentiasa menggunakan alatan yang betul untuk menguruskan rambut. Rambut merupakan bahagian yang sangat sensitif. Elakkan guna sikat yang mempunyai jarak ruang terlalu kecil.
Menggayakan topi yang ketat di bahagian kepala juga tidak baik untuk kesihatan rambut untuk jangka masa yang lama.
Diet yang sihat menjamin tubuh badan yang sihat. Begitu juga dengan rambut. Jika anda amalkan gaya hidup yang sihat ia akan turut mempengaruhi kesihatan rambut. Rambut yang sihat dan bersinar kebiasaannya datang daripada amalan diet yang sempurna.
Selamat mencuba!
Dapatkan produk penjagaan rambut pada harga menarik di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan nak menghilangkan parut jerawat yang bertompok hitam atau kemerahan bukannya perkara mudah. Jika tidak kena dengan produk yang sesuai, kesan parut jerawat akan bertambah parah.
Malah kesan parut jerawat juga boleh menghilangkan keyakinan diri, apatah lagi jika parut jerawat ini bertompok-tompok seolah-olah anda tidak tahu menjaga kulit wajah.
Jika anda berdepan dengan masalah parut jerawat, PharmaCare Online Store ada penyelesaiannya dengan memperkenalkan empat jenis ubat yang boleh membantu menghilangkan parut jerawat.
Dengan perkongsian ini, semoga masalah parut jerawat anda dapat dipulihkan dengan sebaiknya. Selamat mencuba!
Jika anda tercari-cari ubat untuk hilangkan atau pudarkan parut bekas jerawat. Ini 4 jenis ubat untuk parut jerawat yang boleh anda cuba.
Selepas masalah jerawat hilang, kini masalah parut bekas jerawat pulak yang tinggal. Ada beberapa jenis parut bekas jerawat yang ada, ada jenis Depressed Scar, Rolling Scar, Boxcar Scars, Ice picks scar dan beberapa jenis ini.
Parut bekas jerawat ini lebih awal dirawat lebih mudah untuk ia hilang atau pudar, tetapi jika parut telah terlalu lama ia mungkin menjadi parut kekal yang sukar untuk diperbaiki.
Ini 4 jenis ubat untuk parut jerawat yang utama dan telah diuji secara klinikal:
Hiruscar Post Acne ini diformulasikan khas untuk kegunaan setiap hari untuk merawat bekas jerawat ataupun parut bekas jerawat.
Hiruscar ini berbentuk gel yang mudah dan cepat diserap oleh kulit.
Hasil daripada kajian yang dijalankan di Australia ke atas 31 orang wanita berumur 20-45 tahun mendapati 97% berpuashati menggunakannya dan 90% mendapati perubahan positif pada parut jerawat mereka selepas menggunakan Hiruscar selama 2 minggu.
Hiruscar Post Acne ni dihasilkan oleh Medinova AG Switzerland dapat memperbaiki parut ‘depressed scar’ yang disebabkan oleh jerawat dan mencerahkan tompok-tompok hitam bekas jerawat.
Gel ini bertindak melalui 3 cara iaitu:
1. Mencerahkan tompok hitam dan tanda bekas jerawat.
2. Melembutan dan menghaluskan permukaan bekas parut jerawat.
3. Menjadikan kulit lebih sihat dan tidak mudah dijangkiti jerawat semula.
Kandungan bahan aktif utama dalam Hiruscar Post Acne Gel ini adalah Allium Cepa Bulb Extract.
Untuk kesan dan hasil terbaik, disarankan anda gunakan Hiruscar Post Acne Gel ini sebanyak 2-3 kali sehari sekurang-kurangkan 2 minggu hingga 2 bulan untuk hasil yang terbaik.
PERHATIAN!! Jangan sapukan Hiruscar Post Acne pada luka terbuka atau jerawat yang masuh belum sembuh.
Pasti anda pernah tengok kan iklan DERMATIX di TV?
DERMATIX GEL ini juga diuji secara klinikal berkesan untuk memperbaiki, melembutkan, meratakan parut, melegakan gatal dan juga mencerahkan tompok hitam yang disebabkan oleh parut.
Tetapi Dermatix Gel ini tidak sesuai untuk parut jenis ‘Depressed Scar’ yang disebabkan oleh jerawat atau chicken pox.
Untuk kesan postifi yang terbaik, anda boleh mula gunakan Dermatix Gel pada parut yang baru (sehingga parut lepas 3 bulan), sebaik sahaja luka ataupun jerawat telah sembuh dan tertutup.
Kesan positif boleh dilihat selepas 12 minggu penggunaannya secara berterus.
1. Sapu sedikit gel sahaja cukup untuk lapisan nipis atas parut. Sapu telalu banyak gel hanya membazir dan ambil masa untuk kering.
2. Satu tube 15 g boleh digunakan untuk 2 bulan.
3. Sebelum gunakan Dermatix, ukur atau ambil gambar parut anda dulu. Supaya senang anda bandingkan perkembangannya nanti.
4. Jangan biarkan parut anda terdedah kepada suhu yang terlalu panas dan cahaya matahari yang terik.
5. Jangan gunakan Dermatix pada luka yang belum sembuh.
MEDERMA Proactive Gel merupakan satu lagi ubat untuk merawat parut yang utama di pasaran. Gel ini dikeluarkan oleh syarikat Merz Pharma dari Jerman.
Tiga kandungan utama Mederma yang berfungsi untuk memperbaiki parut adalah Cepalin, Allantoin dan Aloe Vera.
Cepalin telah dibuktikan mempunyai sifat anti-radang dan membantu untuk melembutkan tisu parut. Allantoin pula mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan rasa gatal dan meratakan kulit. Aloe Vera mempunyai sifat melembabkan, menyejukkan dan meningkatkan proses pembaharuan kulit,
Anda disyorkan menggunakan Gel Mederma ini sekurang-kurangnya 2 kali sehari selama 8 minggu hingga 3-6 bulan untuk kesan yang terbaik.
Bio-Oil pula agak berbeza daripada ubat merawat parut yang lain seperti Hiruscar, Dermatix dan Mederma yang diformulasikan dalam bentuk Gel.
Bio-Oil diformulasikan untuk memperbaiki parut, meregangkan kulit, memperbaiki warna kulit yang tidak sekata dan melembabkan kulit yang kering. Kandungan bahan aktif utamanya adalah Vitamin A, Vitamin E, minyak Kalendula, Lavendar, Rosemary dan Kamomil.
Bio-Oil perlu disapu pada parut 2 kali sehari, urut dengan hujung jari dengan pergerakan membulat sehingga ia diserap sepenuhnya. Gunakan minimum selama 3 bulan dan jangan sapu pada luka yang masih belum sempuh.
Bio-Oil ini khusus untuk penjagaan kulit bukan diformulasikan khas untuk parut jerawat tetapi tetap boleh digunakan untuk memperbaiki parut bekas jerawat sama ada baru ataupun lama.
Bio-Oil ini boleh didapati dalam botol 60ml, 125ml dan 200ml.