Semua orang akan stres jika berdepan dengan muka berjerawat yang teruk. Walaupun anda sudah guna pelbagai produk, namun masih juga tidak berkesan untuk menghilangkan muka berjerawat anda itu.
Jika anda salah seorang yang berdepan dengan masalah ini, apa kata cuba produk penjagaan wajah yang dikongsikan oleh Fazeem menerusi laman Twitternya ini. Manalah tahu masalah muka berjerawat yang anda alami itu juga boleh pulih seperti Fazeem.
Lelaki rambut pendek nampak lebih awet muda. Selepas tamat alam persekolahan, kebanyakan lelaki cenderung membiarkan rambut mereka panjang. Namun, berambut panjang sering kali membuatkan penampilan mereka kelihatan kurang kemas. Hal ini berbeza dengan wanita yang kelihatan lebih anggun dengan rambut panjang mereka.
Tahukah anda mengapa lelaki digalakkan untuk mempunyai gaya rambut pendek atau cepak? Rupa-rupanya, rambut pendek boleh menjadi salah satu ciri lelaki yang kelihatan awet muda. Walaupun tidak tersusun rapi, lelaki berambut pendek masih mampu menarik perhatian berbanding mereka yang berambut panjang.
Menurut pakar rambut, Jon Reyman, menjaga penampilan supaya kelihatan muda dalam kalangan lelaki sebenarnya amat mudah. Caranya adalah dengan memastikan rambut dipotong di atas garis leher.
Untuk tampak lebih maskulin, bahagian atas rambut boleh ditipiskan. Selain itu, penggunaan pomade juga boleh membantu agar rambut lebih mudah diurus dan kelihatan rapi.
Rambut pendek bukan sahaja menjadi salah satu ciri lelaki yang kelihatan awet muda dan mampu menarik perhatian wanita, malah ia turut memberikan beberapa kelebihan lain seperti berikut:
Lelaki berambut pendek tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk menyisir atau merawat rambut mereka. Bayangkan jika anda memiliki rambut panjang, anda perlu menyisirnya dengan lebih kerap agar tidak kusut. Tambahan pula, selepas dicuci, rambut panjang mengambil masa yang lebih lama untuk dikeringkan, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengering rambut (hair dryer).
Kulit kepala yang berpeluh dan terasa panas adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering melakukan aktiviti di luar rumah. Namun, jika rambut anda pendek, angin lebih mudah menyejukkan kulit kepala dan leher, mengurangkan rasa panas di bahagian kepala. Berbeza dengan rambut panjang yang perlu diikat untuk mengelakkan rasa panas, rambut pendek lebih praktikal dalam situasi ini. Rasa panas yang berlebihan boleh menyebabkan kulit kepala berminyak dan seterusnya memicu masalah kelemumur.
Merawat rambut pendek lebih menjimatkan berbanding rambut panjang. Anda hanya perlu mengguntingnya setiap dua hingga tiga bulan sekali dan merapikannya dengan minyak rambut. Berbanding dengan rambut panjang yang memerlukan penjagaan lebih rapi, rambut pendek mengurangkan keperluan penggunaan produk penjagaan seperti syampu khas untuk mengatasi masalah rambut gugur, kelemumur berlebihan, dan rambut bercabang.
Sesetengah lelaki, terutama mereka yang berusia 30 tahun ke atas, memilih untuk menumbuhkan janggut bagi menyerlahkan imej yang lebih maskulin. Selain itu, janggut juga boleh membantu menyamarkan leher yang mula menunjukkan tanda-tanda penuaan. Namun, janggut perlu dijaga dengan baik agar sentiasa kemas, kerana janggut yang tidak terurus boleh membuatkan wajah kelihatan lebih tua.
Ciri awet muda dalam kalangan lelaki bukan hanya ditentukan oleh panjang atau pendeknya rambut. Gaya hidup yang sihat juga memainkan peranan penting.
Menurut pakar kesihatan, Michael Breus, lelaki yang tidak mendapat tidur yang mencukupi cenderung mengalami lingkaran hitam di bawah mata serta kulit yang kelihatan kusam. Keadaan ini boleh menghilangkan kesan awet muda, walaupun mereka mempunyai potongan rambut yang kemas.
Selain itu, bersenam secara berkala juga penting untuk mengekalkan kesihatan dan penampilan yang segar. Gunakan hujung minggu untuk berjoging atau berbasikal santai. Tidak perlu lama, hanya 30 minit sudah mencukupi untuk mengekalkan kecergasan dan memastikan tubuh kelihatan segar serta bertenaga.
Rambut pendek bukan sahaja memberikan kesan lebih kemas dan menarik bagi lelaki, tetapi juga memudahkan penjagaan serta menjadikan penampilan lebih segar dan awet muda.
Bagaimanapun, gaya rambut yang menarik perlu diiringi dengan gaya hidup sihat, termasuk mendapatkan tidur yang mencukupi dan melakukan aktiviti fizikal secara berkala. Dengan mengamalkan rutin ini, lelaki bukan sahaja kelihatan lebih muda, malah lebih sihat dan bertenaga dalam menjalani kehidupan seharian.
Lihat sahajalah bintang pelakon hero Hollywood atau Bollywood. Babak pelakon kacak taak berbaju dengan bulu dada yang mekar di dada umpama perkara biasa yang kita lihat di layar perak.
Sejak sekian lama bulu dada dianggap sebagai salah satu simbol maskuliniti yang cukup penting. Tapi benarkah ia menjadi penentu kepada faktor tersebut dan adakah lelaki berbulu dada ini lebih bijak?
Sesetengah lelaki mungkin berasa tidak selesa dengan kewujudan bulu dada. Apatah lagi jia ia mudah lebat dan panjang. Malah ada juga lelaki yang mula berasa segan untuk tidak berbaju di tempat awam seperti pantai atau kolam renang akibat bulu dada.
Jadi apakah signifikasi bulu dada kepada seorang lelaki?
Tahukah anda menurut sains bulu dada boleh menjadi penunjuk atau implikasi positif terhadap tahap kesihatan seseorang lelaki.
Dari segi saintifik bulu dada terbahagi kepada 15 paten pertumbuhan yang unik. Ia merangkumi kepada empat bahagian berbeza pada dada.
Lokasi yang menjadi tumpuan bulu dada tumbuh adalah pada bahagian pektoral dan sternal. Paten yang paling lazim dikenali sebagai paten pekto-sterno-infraclavicular. Istilah tersebut membawa maksud bulu dada lelaki menyelubungi kawasan buah dada, tulang sternum dan di penghujung tulang kolar.
Kajian juga menunjukkan normal bagi lelaki berbulu dada mempunyai paten yang tidak simetri. Dengan kata lain, jika anda rasa corak bulu dada anda pelik, jangan risau, anda tidak keseorangan.
Adakah lelaki mempunyai bulu dada tampil lebih menarik di mata wanita? Terdapat kajian yang telah menunjukkan keputusan yang cukup menarik. Kajian tersebut mendapati terdapat perbezaan dari sudut lelaki yang dianggap menarik perhatian bagi wanita muda dan tua.
Walaupun bulu dada boleh dipengaruhi oleh paras hormon testosteron, wanita subur lebih cenderung memilih lelaki yang kurang berbulu dada. Situasi ini berbeza pula dengan wanita yang telah mencapai usia menopaus. Mereka lebih suka akan lelaki yang berbulu dada.
Ia merupakan hasil kajian yang melibatkan seramai 300 subjek wanita. Fakta ini boleh jadi perkhabaran baik atau berita buruk bagi mereka yang berbulu dada. Jika anda masih belum bersedia untuk memberikan komitmen perkahwinan, mungkin bulu dada boleh bertindak sebagai alat kawalan kehamilan.
Fakta tentang lelaki berbulu dada lebih bijak pula telah dicabar dengan satu kaji selidik. Menurut kaji selidik tersebut separuh daripada populasi pelajar perubatan adalah lebih ‘berbulu’ jika dibandingkan dengan populasi umum iaitu hanya 10 peratus.
Malah, persatuan yang dihuni oleh ahli dengan tahap kecerdasan yang tinggi sebagai kriteria kemasukan, MENSA, mempunyai majoriti ahli yang berbulu dada tebal. Namun begitu kita masih belum boleh merumuskan kaitan jelas antara kecerdasan dan juga bulu dada. Akan tetapi itulah hasil kaji selidik mereka perolehi.
Bila bercakap tentang stretch mark ia sering dikaitkan dengan wanita terutamanya yang terpaksa hadapinya selepas bersalin.
Kesan stretch mark yang paling ketara biasanya berlaku pada bahagian perut dengan kondisi kulit yang meregang dan pecah akibat perubahan bentuk badan secara mendadak.
Anda sebagai lelaki jangan tarik nafas lega dulu ya. Stretch mark juga boleh berlaku kepada kaum lelaki. Dan apabila pekara ini berlaku ia sekaligus menjejaskan keyakinan diri anda dan juga menyebabkan rasa tak selesa pada bahagian yang alami kondisi tersebut.
Stretchmark di kalangan lelaki boleh berlaku kerana beberapa faktor. Antaranya ialah;
Obesiti
Apa bila berat badan meningkat terutamanya dalam masa singkat kulit pada bahagian perut, pinggang, punggun dan peha akan alami strech mark. Dan ia akan semakin jelas kelihatan apabila anda kembali turun berat badan.
Pertubuhan otot
Ada sesetengah orang melakukan work out untuk membina otot terutamanya di bahagian kaki, peha dan tangan. Namun akibat pertumbuhan otot secara mendadak lalu menyebabkan stretchmark boleh berlaku di bahagian tersebut.
Pengambilan steroid
Stretch mark juga boleh berlaku kepada anda yang mengambil ubat-ubatan mengandungi tinggi kandungan steroid. Ini kerana steroid boleh merosakkan kolagen kulit sekali gus menyebabkan stretchmark.
Terdapat beberapa jenis stretch mark yang boleh berlaku terutamanya terhadap golongam lelaki.
Albicant lines
Juga dikenali sebagai distension stretch mark, kondisi ini berlaku apabila anda mengalami penurunan berat badan secara drastik. Sebagai contoh dari 120 kilogram kepada 70 kilogram. Antara bahagian terjejas teruk ialah dada dan perut.
Puberty stretch mark
Pernah tak anda melihat garis-garis halus di kulit anda atau rakan-rakan terdekat. Ia biasanya berlaku akibat pengambilan ubat dan biasa muncul di bahagian punggung dan pinggul.
Rapid muscle growth strech mark
Pertumbuhan otot yang mendadak di bahagian badan terutamanya otot trisep dan otot bahu. Ia menyebabkan berlakunya regangan otot.
Terdapat beberapa cara semula jadi yang boleh membantu anda hilangkan stretch mark. Antara sumber semula jadi yang boleh membantu ialah:
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.