Mencuci muka dengan ubat gigi sering kali dijadikan sebagai salah satu kaedah rawatan tradisional, ataupun rawatan alternatif untuk kulit – terutama dalam menghilangkan jerawat. Walaupun kaedah ini bukanlah sesuatu yang terbaik untuk kulit anda, dan bahkan dalam beberapa kes ia boleh merosakkan kulit. Sesetengah bahan kandungan yang terdapat di dalam ubat gigi boleh mengeringkan kulit anda, tetapi tiada bukti yang sangat kukuh.
Sekiranya anda ingin menggunakan ubat gigi ke atas muka anda, pastikan anda mengikut cara yang betul. Sila baca artikel ini untuk tujuan tersebut
Gunakan Ubat Gigi Untuk Sesuatu Tempat
Pertama sekali, pastikan kulit anda tidak alah pada ubat gigi. Ikuti langkah-langkahnya di bawah.
Periksa Bahan Kandungan Ubat Gigi
Jika anda ingin menggunakan ubat gigi untuk mencuci muka anda, maka sebaiknya anda memeriksa bahan kandungannya terlebih dahulu. Beberapa bahan kandungan yang terdapat di dalam ubat gigi boleh menjejaskan kulit anda. Sekiranya ubat gigi anda mengandungi sodium lauryl sulfate, triclosan, dan/atau sodium fluoride, maka dinasihatkan agar menjauhinya – kerana boleh memberikan kesan kepada kulit.
Kebanyakan ubat gigi mengandungi bahan-bahan tersebut, tetapi ubat gigi yang berwarna putih (ubat gigi biasa) kurang kandungan tersebut berbanding dengan ubat gigi gel.
Sapu Sedikit Pada Muka
Jika anda merancang untuk menggunakan ubat gigi, adalah terbaik sekiranya anda mencubanya dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu. Sapukannya sedikit pada bahagian muka. Dan kalau kulit menjadi merah, kering atau berubah warna maka elakkan daripada menggunakannya. Anda boleh menggunakan putik kapas untuk menyapu, dan kalau mahu guna jari, pastikan anda mencucinya terlebih dahulu.
Bilas
Kesan ubat gigi ke atas kulit wajah adalah tidak tetap. Sesetengah orang membiarkannya semalaman, ada yang terus basuh dan sebagainya. Sekiranya kulit anda tidak sensitif, maka anda boleh membiarkannya, tetapi sekiranya sensitif, maka sebaiknya cepat-cepat basuh.
Gunakan Ubat Gigi Sebagai Face Wash
Tidak cukup dengan sekadar sapu? Kali ini kita akan lihat bagaimana anda boleh menjadikan ubat gigi sebagai face wash.
Buat Face Wash Dari Ubat Gigi
Jika sekadar meletakkan ubat gigi pada muka tidak mencukupi, maka anda boleh cuba untuk jadikannya sebagai face wash. Cara ini bukanlah satu satu saranan, anda perlu berani menanggung kesannya. Cara-caranya mudah sahaja. Pertama, ambil secebis ubat gigi, masukkannya ke dalam gelas/cawan.
Kemudian kacau sehingga air tersebut kelihatan putih dan ubat gigi larut.
Ads
Sapu Pada Permukaan Muka
Apabila anda sudah mencampurkan bahan-bahan itu tadi, anda boleh sapukannya dengan lembut pada muka.
Sekiranya kulit anda berasa pedih, bilas dengan kadar serta merta.
Bilas Serta Lembapkan
Bilas dengan air bersih, kemudian lap dengan kain bersih/kering. Kemudian, anda boleh menyapu moisturiser pada muka selepas proses itu tadi.
Penggunaan Alternatif Yang Lain
Seriously, banyak produk lain di luar sana yang direka khas untuk kulit. Berikut adalah beberapa daripadanya:
Guna Rawatan Lain
Ubat gigi mempunyai bahan kandungan yang boleh cepat kering, tetapi jangan lupa bahawa di luar sana masih banyak produk yang boleh mengeringkan jerawat, tetapi pada masa yang sama tidak meninggalkan kesan sampingan.
Ads
Sebagai contoh Oxy 5 atau Oxy 10 yang mengandungi benzoyl peroxide boleh menjadi pilihan utama.
Berbincang Denga Pakar Kulit
Sekiranya masalah kulit anda masih tidak baik dan segala ubat tidak berkesan, maka sudah tiba masanya untuk anda berjumpa dengan doktor pakar kulit atau ahli dermatologi.
Mereka boleh memeriksa kulit anda dan memberikan cadangan yang sesuai dengan jenis kulit. Antara jenis ubatan yang biasa diberikan adalah retinoids, antibiotics dan dapsone.
Guna Tea Tree Oil
Jika anda mahukan pilihan alternatif kepada Oxy, maka anda boleh mencuba tea tree oil. Biasanya ia dimasukkan sebagai salah satu bahan kandungan di dalam produk kecantikan yang lain.
Tetapi ada juga yang dijual secara khusus di pasar raya berdekatan. Terdapat kajian yang menyarankan bahawa tea tree oil boleh bertindak sebaik benzoyl peroxide apabila digunakan untuk merawat jerawat.
Ads
Celup putik kapas di dalam minyak tea tree dan sapu pada bahagian yang terjejas.
Info Tambahan
Elak sapu ubat gigi di bahagian berhampiran mata. Gunakan air suam. Gunakan kain tuala yang lembut.
Amaran Semasa Mencuci Muka Dengan Ubat Gigi
Penggunaan ubat gigi sebagai salah satu rawatan alternatif kepada jerawat anda tidak disarankan untuk orang yang mempunyai masalah kulit sensitif.
Kesimpulan
Kaedah mencuci muka dengan ubat gigi bukanlah satu cara yang disarankan kerana ada sedikit kesan sampingan. Namun, tidak bermakna ia tidak berkesan. Anda boleh mencubanya, tetapi kena tanggung sendiri.
Harap artikel tentang mencuci muka dengan ubat gigi membantu anda, sekiranya YA silalah kongsikannya dengan orang lain.
sumber: panduansaya.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Himalaya menggunakan herba yang terbaik di dalam setiap produknya. Bahan utama yang terdapat di dalam krim ini ialah lidah buaya yang mengawal muka dari kewujudan bakteria yang menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga mempunyai bahan antioksida yang tinggi untuk memperbaiki sel kulit mati. Krim yang melembapkan kulit dan mudah untuk menyerap ke dalam kulit anda ketika sapuan. Malah, ia juga sesuai untuk dipakai pada kulit ekzema.
Processed with VSCO with c6 preset
Cetaphil Moisturizing Cream 100G
Moisturizer untuk kulit kering dan sensitif
Cetaphil Moisturizing Cream mengandungi sistem superior emolien yang memberikan rasa kelegaan untuk kulit kering dan juga sensitif. Ia telah terbukti secara klinikal memberikan penghidratan segera kepada kulit dan tahan lama. Yang lebih menarik, ia mudah dan cepat menyerap ke dalam kulit dan tidak menjadikan kulit anda berminyak.
SAFI Krim Pelembap Muka 80g
Moisturizer untuk remaja dan ibu hamil
Krim pelembap ini diformulasikan dari ekstrak lidah buaya yang membantu melindungi kulit dengan memberikan nutrisi yang mencukupi untuk kulit. Sifat antibakteria yang terdapat di dalam krim ini juga turut membantu untuk mengatasi masalah kulit agar lebih sihat, lembut dan berseri. Kulit akan kelihatan lebih segar dan sempurna dengan beberapa kali penggunaan.
HADA LABO Moisturizing Cream 50g
Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi dan bebas alkohol
Krim pelembap Hada Labo ini mengandungi asid hyaluronik yang menembusi kulit untuk memelihara dan membantu mengembalikan seri kulit. Selain itu, ia turut membantu mengawal pH kulit agar seimbang dan meninggalkan kulit yang lembap dan licin.
Krim muka ini bebas dari bahan wangian, minyak mineral dan alkohol. Alami kulit yang licin dan bebas minyak dengan krim pelembap dari jenama ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin perkara ini telah berulang kali anda dengar.
Kebersihan diri dan penjagaan rapi segenap sudut pada bahagian tubuh badam merupakan aspek sangat penting untuk anda tampil sebagai lelaki yang bukan sahaja kemas tetapi kacak. Dan bersih itu bukan merujuk kepada jenis potongan rambut atau apa jua jenis fesyen pakaian anda pergakan.
Bersih itu terletak kepada penjagaan diri yang baik dan sentiasa tampil dengan bau yang segar, wangi serta senantg untuk didekati terutamanya oleh kaum wanita. Bagi mereka lelaki yang menarik adalah lelaki yang sangat mementingkan faktor-faktor seperti MASKULIN nyatakan di atas.
Perkara yang MASKULIN nyatakan di bawah ini adalah penjagaan ‘basic’ yang telah disepakati oleh wanita bahawa setiap lelaki harus menjaganya dengan baik. Jadi apakah bentuk penjagaan diri yang anda harus lakukan untuk sentiasa tampil segak dan seksi di mata wanita?
Ikutinya di bawah!
TRIM BULU HIDUNG, TELINGA & KENING
Tahukah anda bahawa wanita memandang anda bukan sekadar singgah di matanya sahaja? Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda.
Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat. Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
PENJAGAAN GIGI
Kalau kena dengan gaya senyuman anda boleh mencairkan hati wanita. Dan senyuman yang manis adalah senyuman yang disusun dengan kehadiran gigi yang bersih. Gigi anda adalah salah satu daya menarik bagi seseorang wanita.
Ini kerana mereka kerap berada pada paras tersebut dan duduk di meja bertentangan, maka itulah perkara yang mereka akan perasan selalu. Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menggemari lelaki yang bergigi putih.
Wanita dengan segera akan perasan apabila seseorang lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda. Singgah kedai gunting seketika untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah menggunting rambut anda untuk memperkemaskan penampilan.
KUKU JARI
Hubungan peribadi dan profesional semuanya bermula dengan berjabat tangan – oleh itu penggayaan kuku anda juga haruslah berada pada tahap yang setanding dengan profesionalisma anda. Tiada wanita yang ingin keluar bertemujanji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti tinggal di hutan berbulan lamanya.
Wanita ini cepat perasan jika anda memakai bau-bauan yang berlebihan. Bukan sahaja berkenaan pewangi anda tapi juga berkenaan mandian badan yang anda kadangkala pakai selepas pulang dari gimnasium.Gunakan mandian badan tanpa bau yang kuat seperti mandian badan yang bebas dari wangian. Pasti terasa segar.
Lakukan lima step grooming di atas pasti anda akan sentiasa tampil kemas, bersih dan bergaya. Bukan sahaja anda akan mudah didekati tetapi keyakinan diri juga akan bertambah. Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Antara mimpi ngeri bagi seorang lelaki ialah bila berdepan dengan masalah keguguran rambut dan mula membotak. Apatah lagi jika rambut yang gugur itu trertumpu pada kawasan tengah kepala.
Memang boleh sakit jiwa dibuatnya! Jika tak diberikan perhatian khusus memang jadi botak tengahlah jawabnya. Tapi pernahkah anda terfikir apakah penyebab utama yang membuatkan rambut lelaki mudah gugur dan menjadi botak walhal umur pun masih tidak terlalu tua?
Selaian faktor genetik sebenarnya terdapat beberapa faktor lain yang melibatkan perbuatan dan tabiat seharian anda. Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 5 penyumbang utama keguguran rambut di kalangan lelaki.
RAMBUT DIIKAT KETAT
Bagi lelaki berambut panjang inilah antara gaya yang boleh menyerlahkan sifat macho mereka. Dan gaya manbun juga telah menjadi trend ikutan ramai. Tapi tahukah anda tabiat mengikat rambut ini hanyalah menggalakkan rambut mudah gugur.
Rambut yang diikat secara tocang atau fesyen ekor kuda menyebabkan rambut ditarik dengan kuat oleh ikatan. Lalu menyebabkan kehilangan rambut secara beransur-ansur. Jika anda seorang yang selalu ikat rambut cuba lihat berapa banyak rambut gugur selepas ikatan dibuka.
BERDEPAN TEKANAN
Ini juga antara penyebab utama berlakunya keguguran rambut di kalangan lelaki. Terdapat dua jenis tekanan berbeza iaitu tekanan fizikal dan mental. Contoh tekanan fizikal ialah bila berdepan dengan kecederaan luaran melibatkan seperti pembedahan.
Ini sebab yang memang tak dapat kita elak. Namun tekanan mental pula berbeza kerana ia berkait dengan kondisi mental. Jika anda selalu stres itu boleh menyebabkan rambut gugur dengan mudah.
HIPOTIROIDISME
Mungkin anda berkerut dahi membaca istilah di atas. Hipotiroidisme ialah kondisi di mana berlakunya kekurangan sesetengah hormon tertentu yang menyebabkan rambut mudah gugur terutamanya di kawasan alopecia areata.
Penyebab utama kondisi ini ialah disebabkan kecacatan semasa kelahiran, penyakit autoimun dan pembedahan yang melibatkan pembuangan tiroid.
BERLAKU JANGKITAN KUMAN
Antara jangkitan yang paling memberi kesan terhadap keguguran rambvut ialah penyakit kulit seperti kurap. Ia berlaku disebabkan oleh kulat dikenali sebagai Tinea capitis. Dan ia amat mudah dijangkiti jika anda sentiasa terdedah dengan kawasan kotor, panas dan lembap.
Jika anda gemar memakai topi atau menutup kepala dengan bandana pastikan rambut sentiasa dicuci dengan baik bagi mengelak terkena kurap.
BILA KURANG VITAMIN
Faktor pemakanan juga memainkan peranan sangat penting bagi memastikan rambut sentiasa sihat. Kekurangan yang paling biasa dianggap menyumbang kepada keguguran rambut adalah zat besi.
Kekurangan zat besi boleh membawa kepada kekurangan zat besi atau anemia. Ia satu kondisi di mana badan tidak mempunyai sel-sel darah merah mencukupi. Ia sangat penting untuk membawa oksigen ke hampir setiap sel dalam badan bagi membantu sel-sel mengekalkan fungsi normal.
Jika berlaku kekurangan zat besi dalam nutrien lain – seperti vitamin B (khususnya B12) dan protein ia boleh menyebabkan rambut gugur.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.