Ramai lelaki mengalami masalah rambut gugur, nipis, atau kulit kepala kering. Sebenarnya, salah satu rahsia untuk mendapatkan rambut yang lebih kuat dan sihat bukan sahaja bergantung pada produk penjagaan rambut, tetapi juga pemakanan yang kita ambil setiap hari.
Berikut adalah beberapa jenis makanan yang terbukti berkesan dalam mengekalkan rambut lelaki agar kekal lebat, sihat, dan tidak mudah gugur.
MINYAK IKAN
minyak ikan untuk rambut
ATASI MASALAH RAMBUT ROSAK :
Variasi minyak ikan seperti salmon dan mackerel mengandungi omega-3 yang dapat membantu memperlambatkan kerosakan rambut. Ikan juga mengandungi zat besi dan vitamin B12 yang dapat menjaga kesihatan rambut dan kulit. Zat besi akan disimpan di dalam folikel rambut dan digunakan untuk berbagai proses penting seperti pembuatan hemoglobin, zat dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen.
BIJIRIN
cereal baik untuk rambut
UNTUK MELEBATKAN RAMBUT :
Bijirin dari roti hingga cereal semuanya mengandungi zat zinc, vitamin B dan zat besi. Zinc adalah kunci kesihatan rambut kerana digunakan untuk memperbetulkan hormon dan secara langsung rambut anda akan tampak tebal.
KACANG
MENGURANGKAN KELEMUMUR :
Penuh dengan selenium dan mineral sangat penting untuk meningkatkan kesihatan kulit kepala anda. Kacang juga dapat mengurangi masalah kekeringan.
LOBAK MERAH
RAMBUT LEBIH BERSINAR SIHAT :
Ads
Sangat terkenal dengan menjaga kesihatan mata. Rupanya lobak merah juga membantu rambut lebih bersinar. Kandungan vitamin A, sayuran ini dapat membantu rambut lebih bersinar dengan menjaga kadar minyak pada kulit kepala. Selain lobak merah, sayuran lain yang ada vitamin A seperti tomato, apricot dan bayam.
PISANG
UNTUK MEMELIHARA RAMBUT :
Kekurangan vitamin B6 terbukti berkaitan dengan penipisan rambut kerana vitamin B membantu tubuh menyerap nutrisi dari makanan. Malah, turut mempengaruhi produksi sel darah merah yang membantu memelihara folikel rambut anda.
Dalam dunia gaya rambut lelaki, trend botak tidak lagi terhad kepada kepala yang dicukur licin sepenuhnya. Sebaliknya, terdapat beberapa gaya rambut yang menampilkan potongan pendek yang menyerlahkan karakter maskulin dan elegan.
Menurut saranan Zulhusnie Yusoff selaku tukang gunting dan Pengurus Kawasan Nimroc Barbershop, ada tiga gaya rambut botak yang patut dipertimbangkan oleh lelaki moden iaitu Buzz Cut, Crew Cut, dan Quiff. Setiap satu daripada gaya ini menawarkan keunikan tersendiri, sesuai dengan personaliti dan gaya hidup.
Buzz Cut merupakan gaya rambut yang sinonim dengan kesederhanaan dan keberanian. Potongan rambut ini adalah antara yang paling pendek, di mana rambut dipotong sama rata menggunakan mesin pencukur dengan saiz mata yang kecil.
Hasilnya adalah potongan yang seragam dan kemas, sesuai bagi mereka yang inginkan penampilan yang praktikal tetapi tetap menarik. Anda juga boleh memilih untuk memotong bahagian atas dengan panjang yang berbeza dari bahagian tepi untuk memberikan penampilan yang lain dari kebiasaan.
Apa pun pilihan anda, potongan ini tetap dikira sebagai potongan yang paling mudah dijaga, menjadikannya pilihan ideal bagi lelaki yang sering sibuk tetapi ingin kelihatan rapi.
Crew Cut pula adalah variasi yang sedikit lebih panjang berbanding Buzz Cut. Rambut dipotong pendek di sisi dan belakang, tetapi dibiarkan sedikit lebih panjang di bahagian atas kepala. Bahagian garis rambut di dahi pula akan dipotong dengan bentuk lurus.
Gaya ini menawarkan lebih banyak fleksibiliti, di mana lelaki boleh memilih untuk menyisir rambut ke hadapan, ke tepi, atau bahkan ke belakang. Crew Cut adalah pilihan yang bagus untuk lelaki yang ingin kelihatan kemas dan profesional, sambil mengekalkan sedikit elemen gaya peribadi.
Quiff adalah gaya rambut yang memberikan penampilan botak tetapi dengan sedikit sentuhan dramatik. Dalam gaya ini, rambut di bahagian hadapan dibiarkan lebih panjang dan disisir ke atas atau ke belakang, manakala bahagian sisi dan belakang dipotong pendek.
Quiff memberikan ilusi ketebalan rambut, sesuai bagi lelaki yang mengalami penipisan rambut tetapi masih ingin mengekalkan gaya yang menonjol. Gaya ini memerlukan sedikit usaha untuk digayakan setiap hari, tetapi hasilnya adalah penampilan yang lebih berani dan berkarakter.
Gaya rambut botak tidak semestinya bermaksud kepala harus dicukur hingga licin. Dengan pilihan seperti Buzz Cut, Crew Cut, dan Quiff, lelaki kini mempunyai pelbagai cara untuk tampil rapi dan bergaya tanpa perlu mengorbankan identiti mereka.
Baru-baru ini, tular kenyataan seorang pelakon wanita yang mendakwa tidak selesa bekerja dengan rakan artis yang didakwa kurang menjaga kebersihan diri sehingga menimbulkan isu bau badan di set penggambaran. Isu itu hangat diperdebatkan di media sosial, sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.
Tapi berbeza dengan mereka yang memilih untuk menuding jari, Faizal Hussein tampil dengan respon penuh kelas. Faizal berkongsi pengalamannya dengan tenang dan berhemah.
“Kalau ada pelakon badannya berbau, tak kira lelaki atau perempuan, takkan ada siapa pun tahu. Saya sendiri pernah alami banyak kali. Tapi saya takkan bawa ke sosial media. Saya simpan sendiri, hadap dan hadam sahaja.”
Ayat itu mungkin kedengaran biasa, tapi ia menggambarkan satu prinsip penting dalam dunia lelaki iaitu jaga aib orang, jaga maruah sendiri. Dalam budaya hari ini yang cepat menularkan setiap kelemahan orang lain demi konten atau perhatian, sikap Faizal adalah satu bentuk kejantanan yang semakin hilang — gentleman silent, but strong.
“Kalau saya tak suka seseorang, orang itu tak akan tahu. Mungkin sebab itu bayaran saya mahal,” tambahnya, berseloroh tapi penuh maksud.
Bagi Faizal, isu seperti bau badan bukan perkara luar biasa. Ia boleh berlaku kepada sesiapa saja, lebih-lebih lagi dalam keadaan berpeluh atau berada dalam lokasi penggambaran yang mencabar. Bahkan beliau mengaitkan pengalaman itu dengan suasana solat Jumaat.
“Macam-macam bau kita akan hidu. Sama juga macam bau mulut masa puasa… itu bau kasturi. Normal je. Simpan sendiri, tak perlu nak beritahu semuanya.”
Lelaki sejati tahu beza antara keperluan untuk bersuara dan keperluan untuk menjaga keharmonian kerja.
Mengulas tentang pelakon yang gemar mencipta publisiti dengan membuka isu remeh seperti ini, Faizal mengingatkan bahawa bukan semua populariti itu bermanfaat.
“Zaman sekarang, good publicity or bad publicity tetap publicity. Tapi cara seperti ini tak bantu panjangkan karier mereka. Sepatutnya kita pilih cerita yang bawa karier kita ke depan.”
Faizal Hussein bukan hanya pelakon berpengaruh, tetapi kini menjadi simbol kematangan dalam industri. Di sebalik dunia seni yang penuh gosip dan drama, beliau berdiri teguh dengan nilai diam itu jantan.
Selain menjadikan kulit licin bak putih telur, gel timun juga berkesan untuk kecutkan jerawat dan atasi pori besar. Tak perlu lagi beli di kedai, kini ada cara mudah untuk anda buat gel timun buatan sendiri.
Anda boleh ikut cara Nauf Safuan buat gel timun buatan sendiri. Malah bahan yang digunakannya juga murah dan mudah untuk didapati.
Gel timun ni sangat sesuai untuk dapatkan kulit kilat kilat macam ni sebelum raya. Kalau ada jerawat yang berleluasa kat muka tu pon boleh cuba pakai gel timun ni. Dan paling best. Gel timun ni boleh elak dari En J terus merebak. Pakai sebelah malam. Esok bangun pagi Insha Allah En J akan segera kecut. Best kan?
Untuk yang ada masalah pori besar pun digalakkan untuk pakai gel timun ni. Sat ja pori akan mengecut dengan pemakaian secara konsisten.
1. Sagat timun tu bagi habis. Kemudian asingkan air timun tu dengan hampas timun.
All-New Honda Prelude membuka bab baharu buat tiga pemilik terawal yang berkongsi kisah impian, nostalgia dan hubungan peribadi dengan coupe sukan ikonik itu.