Portal berita Mail Online me­laporkan, kajian yang diterbitkan dalam jurnal Geriatrics & Geronto­logy International itu menemukan kaitan rapat antara pemakaian gigi palsu dengan risiko kelemahan muskuloskeletal.

Pemakai yang berusia 50 tahun ke atas dengan kurang daripada 20 batang gigi kekal dikesan lebih cenderung mengalami kelemahan pada sendi dan otot.

Walaupun punca sebenar masalah tersebut masih belum dapat dipastikan, pakar-pakar pergigian percaya fenomena itu berlaku kerana tabiat pemakai gigi palsu yang sering mengelak makanan tertentu sehingga mereka kehila­ngan banyak nutrien penting.Wwalaupun gigi palsu meningkatkan fungsi kunyahan makanan, kekuatan gigitan mereka masih lemah jika dibandingkan dengan gigi kekal.

“Mereka yang mempunyai le­bih daripada 20 batang gigi kekal berupaya mengambil nutrien da­lam kuantiti besar sepanjang tempoh kajian dan mereka dengan kurang daripada 20 batang gigi kekal sama ada menggunakan gigi palsu atau tidak, didapati hanya mampu mengambil nutrien yang sedikit dan lebih rendah daripada diet harian yang disyor­kan.

Penemuan itu mendedahkan keperluan war­ga emas mengekalkan keupayaan mengu­nyah serta me­ningkatkan pengambilan nutrien bagi mengekalkan jisim otot serta menghindari ke­lemahan mus­kuloske­letal