Siapa sangka, kereta kebanggaan Malaysia iaitu Proton Saga menjadi perhatian dalam acara sukan permotoran berprestij di United Kingdom.
Seorang lelaki dari UK, Jon Coupland, mencuri perhatian apabila menyertai Hagerty Hill Climb 2025 dengan memandu Proton Saga miliknya.
Acara ini berlangsung di Shelsley Walsh, Worcestershire, yang terkenal sebagai lokasi perlumbaan mendaki bukit tertua di dunia.
Menurut perkongsian Jon di laman Facebook Jon Coupland Cars, beliau mengesahkan bahawa penyertaannya bukan sekadar gimik atau editan digital.
“Hebatnya, ini bukan imej yang dihasilkan oleh AI dan saya baru sahaja mendaki bukit dengan memandu sebuah Proton. Nantikan video untuk acara ini,” tulisnya.
Foto : VOCKET
Proton Saga Raih Pujian di Arena Antarabangsa
Penyertaan ini bukan sahaja mengangkat nama Proton di persada antarabangsa, malah mencetuskan reaksi positif dalam kalangan pengguna media sosial, terutamanya dari UK.
Ads
Beberapa warga Britain berkongsi pengalaman memandu kereta Proton, dan menggambarkannya sebagai kenderaan yang boleh diharap (reliable) serta mudah dijaga.
Apa yang lebih membanggakan, rakyat Malaysia juga turut sama membanjiri ruangan komen, berkongsi nostalgia mereka bersama Proton Saga dari menjadi kereta pertama dalam hidup, hingga kenderaan yang masih setia berkhidmat hingga ke hari ini.
Shelsley Walsh, Lintasan Bersejarah Sejak 1905
Hagerty Hill Climb merupakan antara acara yang dianjurkan untuk meraikan 120 tahun sejarah perlumbaan mendaki bukit di Shelsley Walsh.
Laluan mendaki bukit yang digunakan sejak tahun 1905 masih dikekalkan hingga kini, menjadikan ia salah satu lokasi sukan permotoran paling ikonik di dunia.
Ads
Edisi 2025 menyaksikan pelbagai jenis kenderaan klasik dan moden mengambil bahagian.
Selain Proton Saga, antara jentera lain yang turut serta ialah Audi quattro, Lancia Delta Yellow, MG Metro 6R4, Porsche 911 GT3, Renault Maxi 5 Turbo WRC, Rover SD1, dan Subaru Impreza.
Penyertaan Proton Saga dalam acara berprestij ini bukan sahaja menunjukkan keupayaan kenderaan buatan Malaysia, tetapi juga membuktikan bahawa model ini mampu berdiri setanding dengan jenama ternama dunia.
Ads
Ini satu penghargaan tidak rasmi buat industri automotif negara yang sering dipandang enteng di pentas global.
Langkah Jon Coupland ini secara tidak langsung membangkitkan rasa bangga dalam kalangan rakyat Malaysia, dan mungkin juga membuka mata dunia terhadap potensi sebenar Proton.
Sumber : VOCKET & Faceboook Jon Coupland Cars
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kebiasaannya motosikal berkuasa besar diperbuat daripada bahan yang cukup terkenal dengan ketahanannya. Sebagai contoh penggunaan karbon fiber. Tapi berbeza dengan motosikal yang diperkenalkan oleh sebuah syarikat dari Perancis, Newron Motors.
Baru-baru ini mereka telah melancarkan model terbaru motiskal berkuasa besar. Menariknya ia adalah motosikal elektrik yang sebahagian besarnya diperbuat daripada kayi.
Digelar dengan nama EV-1 motosikal tersebut adalah rekaan custom dan dijual pada harga USD67 ribu (RM288 ribu). Pelanggan mereka yang berminat boleh melakukan tempahan dengan deposit sebanyak USD2,250 (RM9,860).
Tampil dengan kemasan berbeza seperti oak, cedar, white ash dan eboy. Motosikal eksklusif Newron Motors ini dijana oleh bateri lithium-ion yang boleh dicaj penuh selama 40 minit sahaja.
Dalam kondisi caj penuh ia boleh ditunggang sejauh 300 kilometer untuk penggunaan dalam bandar manakala kira-kira 220 kilometer untuk perjalanan lama menggunakan lebuh raya.
Selain kayu, ia turut menggunakan rim daripada karbon ultra-ringan. Tumpuan utama rekaan EV-1 pastinya terletak pada bateri pack yang besar dan terletak di tengah-tengah badan motosikal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tanda-tanda gearbox kereta bermasalah, ini cara kenal pasti. Gearbox atau transmisi merupakan salah satu komponen paling penting dalam sesebuah kenderaan. Ia berfungsi untuk menyalurkan kuasa daripada enjin ke roda, membolehkan kereta bergerak dengan kelajuan yang berbeza mengikut keperluan.
Tanda-tanda Gearbox Kereta Bermasalah, Ini Cara Kenal Pasti
Oleh itu, sebarang masalah pada gearbox boleh menjejaskan prestasi pemanduan dan keselamatan. Berikut ialah beberapa tanda utama yang menunjukkan gearbox kereta anda mungkin mengalami masalah.
1. Perubahan Gear Tidak Lancar
Salah satu tanda paling jelas bahawa gearbox bermasalah ialah apabila pertukaran gear terasa kasar, tersangkut atau tidak lancar. Bagi transmisi automatik, kereta mungkin mengambil masa lebih lama untuk menukar gear atau terasa seperti ‘menendang’ semasa pertukaran berlaku. Bagi transmisi manual, sukar untuk memasukkan gear juga boleh menjadi petunjuk.
2. Bunyi Pelik Dari Kotak Gear
Bunyi seperti bunyi berkeriuk, mendengung atau ketukan yang datang dari bawah kereta ketika menukar gear adalah petunjuk bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan gearbox. Bunyi ini mungkin berpunca daripada gear yang haus, minyak gearbox yang sudah kotor atau tahap minyak yang rendah.
3. Bau Hangit
Jika anda menghidu bau hangit semasa memandu, ia mungkin menandakan minyak gearbox terlalu panas atau sudah tercemar. Minyak yang rosak tidak lagi mampu melincirkan gear dengan baik, sekali gus meningkatkan geseran dan suhu, yang boleh merosakkan komponen dalaman gearbox.
4. Kebocoran Minyak Gearbox
Periksa sama ada terdapat tompokan cecair berwarna merah atau coklat gelap di bawah kereta, terutamanya selepas ia diparkir semalaman. Minyak gearbox yang bocor boleh menyebabkan transmisi berfungsi tidak normal dan akhirnya mengalami kerosakan serius.
5. Lampu Amaran Enjin Menyala
Lampu amaran ‘check engine’ bukan hanya untuk masalah enjin sahaja. Ia juga boleh menyala jika terdapat isu pada sistem transmisi. Oleh itu, jangan abaikan lampu ini dan segeralah membuat pemeriksaan komputer di bengkel.
6. Prestasi Pemanduan Menurun
Gearbox yang bermasalah akan menyebabkan kuasa tidak dihantar dengan sempurna ke roda. Ini menyebabkan kereta terasa berat, tidak responsif atau kadangkala langsung tidak bergerak walaupun enjin hidup.
Servis Berkala: Pastikan anda menukar minyak gearbox mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan.
Gunakan Minyak Yang Betul: Sentiasa guna jenis dan spesifikasi minyak gearbox yang disyorkan.
Pemeriksaan Rutin: Lakukan pemeriksaan berkala di bengkel untuk mengesan sebarang tanda awal kerosakan.
Elakkan Pemanduan Agresif: Gaya pemanduan yang kasar boleh mempercepatkan kehausan gearbox.
Masalah pada gearbox tidak boleh diambil ringan kerana kos pembaikannya boleh mencecah ribuan ringgit. Jika anda mengesan sebarang tanda seperti yang dinyatakan di atas, segeralah ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut. Penjagaan yang baik bukan sahaja menjimatkan kos pembaikan, tetapi juga menjamin keselamatan anda di jalan raya.
Ketika Sir Henry Royce memperkenalkan model Rolls Royce Phantom pada 1925, kereta golongan atasan itu diiktiraf sebagai Kereta Terbaik Dunia. Sejak 92 tahun lalu model Phantom menjadi pilihan pengangkutan golongan berpengaruh dan berkuasa di dunia.
Kini model tersebut sudah tiba generasi kelapan. Model baharu berkenaan menetapkan tanda aras baharu. Tidak hanya menterjemahkan bahasa rekaan kontemporari, Phantom mengalami revolusinya tersendiri. Model berkenaan kini rasmi tiba ke pasaran tempatan dibawakan oleh Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur sebagai pengedar kenderaan Rolls-Royce di Malaysia.
Berikut lima perkara perlu anda ketahui tentang Rolls-Royce Phantom:
1) DUA PILIHAN VARIAN -Standard Wheelbase: Harga bermula RM2.2 juta. -Extended Wheelbase: Harga bermula RM2.5 juta.
2) KERANGKA ALUMINIUM (ARCHITECTURE OF LUXURY) –Phantom generasi kelapan merupakan model pertama Rolls-Royce yang menggunakan seni bina Architecture of Luxury. -Kerangka Phantom menggunakan aluminium sepenuhnya yang mana 30 peratus lebih kukuh berbanding generasi terdahulu. Malah, ia juga lebih ringan dan menawarkan pengendalian yang mantap. -Kerangka itu akan digunakan pada semua model baharu Rolls-Royce di masa depan.
3) ENJIN V12 –Phantom dikuasakan oleh enjin pengecas berkembar V12 bersesaran 6.75 liter serba baharu. Enjin itu mampu menghasilkan kuasa 563hp pada 5,000rpm dan tork 900Nm yang boleh dicapai seawal 1,700rpm. -Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi 8-kelajuan automatik dengan bantuan satelit. -Prestasi itu membolehkan Phantom memecut dari sifar hingga 100km/j dalam masa cuma 5.4 saat.
4) NVH LEBIH BAIK -Rolls-Royce mendakwa Phantom merupakan kereta paling senyap di dunia. -Kedapan kabin lebih baik dicapai menerusi dua lapisan kaca setebal 6mm yang mengelilingi seluruh kereta dengan penebat bunyi lebih daripada 130kg. -Manakala bunyi bising jalan ditapis menerusi dua lapisan aloi di kawasan antara lantai dan dinding sekatan (bulkhead) pada ruang kerangka. -Rolls-royce juga bekerjasama dengan pembekal tayar untuk menghasilkan tayar ‘Silent-Seal’– ia dibina dengan lapisan busa spesifik yang melapisi bahagian dalam tayar bagi menghilangkan bunyi bising tayar dengan pengurangan sebanyak 9db.
5) CIRI-CIRI LAIN -Jentera ultra mewah ini dilengkapi sistem stereo kamera ‘Flagbearer’ yang dipasang pada cermin depan. Ia berfungsi memantau laluan di depan dan mengubah suai suspensi secara proaktif. -Lampu utamanya menggunakan teknologi lazer termaju yang berupaya memberi suluhan cahaya sehingga 600 meter pada waktu malam. Menurut Rolls Royce lampu LED dan mentol sudah menjadi sejarah. -Penumpang diberi beberapa pilihan format tempat duduk belakang, sama ada berbentuk lounge atau individual. -Kemewahan Phantom terserlah apabila masuk ke kabin. Seperti yang boleh dijangka, Rolls-Royce menggunakan material kulit dan kayu paling premium. Keempat-empat buah pintu boleh ditutup secara elektrik menerusi satu sentuhan lembut pada hendal pintunya.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.