Gaya Hidup

Ketahui 6 Langkah Pencegahan Sekiranya Terhidu Bahan Kimia Berbahaya!

Share

Pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor terus menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Sesekali terlihat video awal para pelajar yang bersekolah di sekitar sungai tersebut sehingga menggeletar tubuh mereka, terbit rasa sebak dan simpati.

Melihat kejadian tersebut masih belum pulih dan kerajaan negeri serta agensinya mencari solusi yang terbaik, Jabatan Kesihatan Negeri Johor ada mengeluarkan risalah tentang langkah pencegahannya dan tip diberikan amat bermanfaat untuk semua pihak :

1. Elak dari kawasan bencana

Orang awam diminta untuk mengelakkan diri dari memasuki dan berada di kawasan kejadian.

2. Dapatkan rawatan segera

Dapatkan rawatan jika mengalami gejala seperti loya dan muntah, sesak nafas, sakit mata dan sakit dada berkaitan dengan kawasan kejadian.

3. Guna alat pelindung diri

Orang awam dan petugas yang terlibat di kawasan kejadian diminta mengambil langkah-langkah keselamatan dan pencegahan yang perlu termasuk memakai alat pelindung diri yang sesuai mengikut arahan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

4. Tidak beriadah di kawasan tercemar

Orang awam dinasihatkan tidak melakukan sebarang aktiviti riadah berdekatan kawasan sungai yang tercemar seperti Sungai Kim Kim sehinggalah mendapat arahan yang seterusnya.

5. Mandi dan cuci pakaian berasingan

Orang awam yang berkemungkinan terdedah kepada sisa kimia berkaitan, dinasihatkan mandi dan cuci pakaian secara berasingan bagi mengelakkan pendedahan kepada kulit.

6. Peka maklumat semasa

Orang awam diminta mengikuti maklumat terkini kejadian yang berlaku dari sumber maklumat yang sahih dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Johor

IKLAN