Gaya Hidup

KFC Perkenalkan Duta Baharu? Ini 5 Rahsia Colonel Sanders ‘Muda’ Yang Orang Tak Tahu!

Share

Setiap kali melihat iklan atau restoran KFC, ada tiga perkara yang akan kita sentiasa ingat tentang jenama ini.

Pertama, ayam goreng. Kedua, warna merah dan putihnya. Ketiga, lakaran wajah lelaki tua yang tersenyum manis.

Siapakah beliau?

Tidak lain tidak bukan, beliau adalah pengasas jenama KFC itu sendiri iaitu Colonel Sanders yang dilahirkan pada 9 September 1890.

Meskipun telah meninggal dunia pada usia 90 tahun, perusahaannya terus terkenal dan tidak berakhir sehingga hari ini.

Wujudkan Colonel Sanders ‘muda’?

Persoalan ini menjadi tular sebaik sahaja KFC menampilkan wajah seorang lelaki yang muda namun memiliki iras-iras Colonel Sanders.

Rupa-rupanya lelaki itu adalah satu karakter yang dicipta menggunakan CGI

untuk menjadi jurucakap KFC yang baharu.

Karakter tersebut ‘Virtual Influencer Colonel’ memainkan peranan sebagai seorang jurucakap KFC dan memiliki kehidupan yang tersendiri.

Selain gemar bergambar serta memiliki teman wanita yang turut dihasilkan oleh komputer, karakter tersebut memiliki tanda pagarnya sendiri iaitu #secretrecipesforsuccess dan diletakkan tatu kata-kata tersebut pada bahagian abs.

Cara baharu KFC

Kewujudan lelaki ini juga menggambarkan KFC sedang memperbaharui kaedah promosinya untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Apa-apa pun, gambar lelaki tersebut telah menjadi trend namun dalam masa sama, turut menerima pelbagai reaksi wargamaya.

IKLAN